Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, July 25, 2016

Kami minum tadah air hujan je puan...


Alhamdulillah dah setahun bibik bersama kami. Dan alhamdulillah juga kami amat puas hati dengan kerja yang dia buat.. tak perlu cerita banyak bab kerja dia.. yang penting aku nak cerita kisah dia kat kampung.. nun kat Teluk Pinang, Tembilahan, Tanjung Balai, Kepulauan Riau

Bayangkan dari Tanjung Balai, dia kena naik bot (bukan speed boot) selama 8 jam untuk sampai ke kampung dia kat Teluk Pinang. Bayangkan 8 jam naik bot.. tanpa safety jacket.. ada berani?

Tak bahaya ker?
Tak lah puan.. tak pernah ada lagi ada orang mati lemas ke apa.. selamat puan..nanti puan datang kampung saya ..saya bawak puan naik bot ye.
(erkkk 10 kali terkedu aku dengar.. naik keta 8 jam pun aku rasa penat inikan pula naik bot dengan ombak sungai , buaya, air dalam , curam dan errr macam-macam aku bayangkan)

Kampung dia memang susah dapat kemudahan asas. 
Eletrik cuma ada waktu malam jer. dari pukul 7 petang ke 7 pagi. 
Bekalan air paip langsung takde. Air sungai dan telaga jer.

Sumber pendapatan mereka dari kerja kampung. Mereka ada ladang. Ada sawah padi. Mereka tanam padi untuk makan sendiri. Hasil jual sayur kat ladang baru mereka guna untuk sara hidup. 
Tapi ... tapi bayangkan .. untuk ke ladang tu.. mereka perlu naik perahu .. ye dayung perahu manually.. 4-5 jam untuk sampai ke ladang. Then, mereka akan bermalam di ladang 2-3 malam untuk uruskan ladang tu. Ye tidur kat ladang .. yang takde api air, takde rumah mahupun makanan. Tidur kat ladang sambil bawa anak kecik skali .. Mmmmm bayangkan.. engkau tidor dalam dusun durian yang cuma ada pondok, penuh nyamuk dan pacat, pastu bawa anak kecik,..kena bawa sumber makanan sekali.. sian kan. Pernah sekali dia call family dia siang hari.. aku tanya.

Mak kamu tengah buat apa?
Owh.. mereka kat kebun... 
Petang nanti balik ke?
Taklah.. mereka tidur sana.. 2-3 malam.. bawak semua ahli keluarga..sebab nak balik jauh..jadi bawak bekal sesiap dengan makanan, air dan lain-lain.
Pergi dengan apa?
Naik perahu. 4-5 jam sampai. 
Bot enjin ke dayung?
Dayung je puan. mana ada enjin.
Eh.. takde api kan?
Takde
Dah camne caj telefon kalau pergi lama-lama?
Mereka bawa itu,, power bank. Saya beli untuk mereka dulu.. senang kalau gi kebun lama-lama.
owh.. bagusla..

Owh.. terkedu lagi aku dengar..
Tu yang kadang aku tak sampai hati nak korek cerita dia kat kampung banyak-banyak..

Baru ni kami lalu kut tepi sungai Pahang.. keruh macam dalam gambar ni

Gambar dari google.. bukan aku ambik gambar sambil menyusuri sungai atas bot pulak tau.. hihi

Bibik pun bagitau..(mungkin dia pun sangat rindu pada kampung halamannya..)

Macam ni lah sungai kampung kami puan. Orang yang tinggal dekat tepi sungai ni terus mandi dan ambik air dari sungai jer. 
owh.. senangla terus melabur dalam sungai.. (hahaa.. gelak kami ramai-ramai)
(Dalam hati aku.. keruh macam ni jadi sumber air mereka..? siannya hai.
Rumah saya guna sumur.. nak guna air , kami angkut bawa masuk rumah untuk masak, basuh dan macam-macamla.. 
Takde orang guna pam air ke?
Takde puan..
Orang kaya pun tak guna pam air?
Tak puan.. semua macam ni lah.. guna air sungai atau telaga jer..
Owh.. (tak sampai hati aku nak cakap siannya kamu ye..)
Untuk minum... kami tadah air hujan  puan..!
Owh ye..?
Ha ah.. air hujan .. kebanyakan rumah ada bekas air besar untuk tadah air hujan ni.. buat minum puan

Owh... aku terus terkedu!
Apakah kita kat sini buat dengan air hujan??
Buat siram pokok pun tidak ...inikan pulak nak takdah untuk minum!

Owh.. bersyukurlah anak-anak
Bersyukurlah kita semua,,
Kita masih dikurniakan rezki yang melimpah ruah
Tak kisahlah rezki wang ringgit atau makanan
rezki kesihatan dan umur mahupun apa saja
Bersyukur seadanya

Moga kehidupan mereka sentiasa dalam rahmatNya walau dalam cara yang berbeza.. umumnya kita semua tetap sama. Hamba Nya sahaja.


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini