Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, July 20, 2016

Oh My Vision!!

Aku ada 3 set periuk vision bertangan ni. Dulu letak dalam frame jer.. pastu.. eh apa la paedahnya buat frame kan.. Pastu aku decide guna untuk masak kuih ajer. Ala.. bubur ke, dessert ke, puding ke.. asalkan bukan yang lauk. Biasanya camtulah kan ibu-ibu ni suka asingkan periuk masak..barulah kuih-kuih tak bau hamis ikan or daging dan sebagainya.. 

Ni contoh set vision yang sama sebijik macam aku punya tu. Now dah RM499 ke? Wowww dasyhatnyer rege lening.. Dulu.. 13 tahun dulu kalau tak silap aku dalam 200 je..ye lah.. rege dulu, jangan comparelah dengan zaman gst sekarang kan.. adeh..tapi mahalnya kan! Let say, yang saiz besar sekali dalam 200, yang lagi 2 tu rege dalam 150 satu.. waduh-waduh, untungnya tokey vision kan!

Aku selalu guna yang saiz kecik sekali. Dah 3 generasi eh 3 orang anak aku guna buat masak bubur nasi diorang. Dari Durrah, Dhia and then Ilman. Ilman dah tak makan bubur sekarang. Jadi periuk ni dah jarang balik guna. Masa time masak bubur tu.. tiap-tiap hari guna. Memang best.. aku suka lagi-lagi transparent kan. Nampak buih-buih air bubur tu gelegak hahaa.. memain pulak aku.

Tapi pendek kata memang berbaloi-baloilah guna periuk ni. Hampir 6 bulan guna setiap pagi masa masak bubur diorang..hati-hati masa nak pegang, masa nak basuh, nak terap kering, nak simpan kat rak pinggan .. hati-hati sokmo aku sebab pemegang dia licin. kut terlepas . Tapi so far, masih tip top .

Yang lagi 2 saiz tu biasanya guna buat dessertlah. puding jagung, agar, buat caramel untuk puding caramel dan lain-lain. Anak dah ramai ni biasanya guna yang size paling besar untuk buat pengat or puding.. sebab tak cukup.

Tapi.. mmm.. one day.. masa tengah nak ambik kuali dekat rak pinggan, aku terbelaga pulak kuali dengan periuk vision besar tu.. CRACCKKKKKKK... retak sudah.. 
Oh My Vision.
Masih tak berkecai.. Tapi dah retak memanjang kat dasar periuk.. Confirm dah tak boleh guna.
Nangis kejap.. Then simpan elok-elok.

Tapi.. semalam ... berlaku lagi.
Kali ni vision kecik skali
Silap aku sendiri
Kes yang sama.. nak ambik periuk dan kuali dekat rak pinggan, tapi tak nampak periuk vision kecik tu menyorok dalam periuk besar (periuk biasa bukan vision). Masa nak tarik periuk tu, baru nampak vision dalam dia,, periuk tu kan terlangkup kat rak, apa lagi, terus terjunam vision tu ke lantai..
KEBABOMMM sudaaaa..
Terus terlerai pecah ..
Takde rupa dah...
Dah crack macam ni rupenya...


Dengan perasaan yang sangat sedih, terus suruh Durrah ambik tepon.. snap gambar dulu
Then hubby balik..
Terus mengadu.. Terus suh dia tengok

Alaa... jom kita gi Langkawi (uishhh langkawi terus tu..)

Tak mboh... dok sama..
Ala.. kita cari mesti ada yang samanyer
Dok samanyer
Bakpe pulak
Ye lah.. mesti dok sama.. hok ni hok ma wi hadiah..masa kita kawin.. 
Mesti dok ingat tu.13 taun doh.

Diam
Mesti dia tak ingat

Tapi
Aku ingat
Aku akan sentiasa ingat
Sesuatu yang penuh dengan sentimental value... InshaAllah aku akan sentiasa ingat

Terus dia sibuk-sibuk tolong kutip dan sapu .. sama-sama bungkus dalam paper dulu then baru buang dalam plastik pampers,,tebal .. baru tak koyak plastik.

Pelan-pelan air mata menitik..
Ellehhh.. tu pun nak nangis..
Mestilah ..

Terus tukar menu dari mee rebus , masak ikan masak kicap kegemaran aku masa kecik dulu yang selalu bonda masak.
Sambil masak menitik lagi..

Emo betul

Ala.. kejap je pun
Pastu dah sibuk dengan budak-budak.. terus aku pasrah.
Tengok pulak cerita masaklah kau.. masaklah kau Mamat Khalid kena masak belangkas..
Kah kahh.. kelakar betul mamat khalid

Tapi memang salah aku..
Lenkali jangan simpan vision sekali dengan periuk belanga lain kat rak pinggan
Cepat berlaga
nanti cepat pecah
atau memang bila dia usia lebih 10 tahun akan mudah crack.?

So, tinggal sebiji lagi saiz sederhana..
terus aku simpan dalam lemari kabinet
InshaAllah takkan buat frame je kat sini.. tapi nak simpan je kat sini.
Hopefully aku akan lebih hat-hati pasni

Tapi.. kita dah takde periuk nak masak pengat ni daling..
cemane kita?
:)

p/s..
idea hubby:
nanti suh ma buwi lagi.. kita tolong beli pun takpe..

tapi.. mahal weh kan .. tu lah sendiri buat sendiri aa tanggung . alahai nasib badan.

2 comments:

Nora Karim said...

Allah... Akak, sayangnya... Terjatuh... kalau saya nangis tak berlagu la kak. Saya pun ada set Vision ni, milik arwah mak. Tersimpan kemas dalam kabinet. Ada 6 ke 7 biji, dari yang saiz kecil sampailah saiz besar. Tapi sekali sekala saya pakai untuk masak yang berkuah. Tak pe la kak, jangan sedih2. InsyaAllah Allah nak ganti dengan yang lebih istimewa... (^_^)

Engku Artini said...

kan.. sedih kan.. tq nora
moga ada rezki yg lebih baik lepas ni (walaupun tak mengharap apa-apa.. dah salah sendiri ..sendirila tanggung )

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini