Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, August 18, 2016

Reward diri sendiri!

Penat kan kerja?
Tapi ..
Kalau tak kerja pun penat jugak.

So now.. aku pilih bekerja untuk rezki anak-anak dan keluarga.

Lately ni, aku suka baca kata-kata motivasi.
Kadang dari AFL ,
kata-katanya kadang simple tapi kadang sukar aku nak paham. Yang paling best bagi aku adalah ayat ni..

Jangan terlalu taksub mengejar dunia!

Haaa... tersentap jap aku baca! Ok, terus perbetulkan nawaitu.. moga aku terus istiqamah walau kadang masih lari dari niat asal.. mmmm

Baru ni jugak terbaca kata-kata ni, best jugak dan menyentap ke jiwa raga terus!

Dalam hidup ni jiwa kena kental
Tak boleh sikit-sikit nak sentap
Tak boleh sikit-sikit nak terasa
Tak boleh sikit-sikit nak benci
Sikit-sikit nak marah!

Haa.. best kan ayat tu! Ekceli dah lama jugak aku amalkan prinsip tu. Jangan kejap-kejap melatah sentap, marah, terasa dan sebagainya. Aku cuba untuk jadi seorang  yang tabah, kental .. walau sebenrnya takdelah kuat mana pun hihi. Selalunya aku layankan jer telatah dunia ni.. Tapi tipulah kalau terkadang aku tak sentap bila melibatkan sesuatu yang buatkan aku marah... ye marah ... Maaf, kadang aku tetap emo.. masih emo untuk hal yang aku rasa berpunca dari tempias orang lain...

Haish.. so untuk meredakan bebanan kerja, stress dan mata yang berpinar-pinar, jom reward diri sendiri!

Semalam entah tetiba dapat rezeki dari Allah. .. tetiba jer dapat. Takde dalam senarai budget bulanan. Kiranya dah jadi macam extra ordinary income (konooonn hehe). Kalau dapat bonus, kita dah ada perancangan nak buat apa.. saving, untuk bonda, kids & hubby, expenses itu ini dan lain-lain. Tapi bila tiba-tiba dapat durian runtuh camni, terus rasa oh my rezki... ALHAMDULILLAH Ya Allah!

Terus plan.. eh nak buat apa ni? Owh.. takkan nak simpan lagi kut? Takkan nak bagi untuk kids lagi kut. ..ye lah baru jer abis raya kan, tak perlu dah rasanya nak beli baju kasut raya untuk diorang ni. Haaaaaa... so apa lagi. Nekad terus kali ni nak perabiskan untuk diri sendiri jer... erk? PERABIS okey.. yaahoooooo!!

Sebenarnya dapat duit medical claim yang dah lama tertunggak. Setahun ko...
Amaunnya tak lah besar sangat dan tak lah kecik sangat.
Tapi .. memang tak cukup kalau nak beli set periuk vision baru untuk ganti yang pecah aritu..
Tak cukup juga kalau nak beli hendset baru (dan memang tak plan pun nak beli baru)
Tak cukup jugak kalau nak beli periuk noxxa idaman semua wanita tu..

Tapi kali ni jugak nekad, nak beli untuk diri sendiri jer.. means bukan untuk kegunaan rumah

Contohnya beli periuk untuk kegunaan rumah, beli waffle maker untuk rumah juga, beli iron untuk rumah... beli catridge printer untuk kids, beli meja tulis untuk durrah , beli almari baju baru untuk kakak, yang ni memang NO NO NO..
aku nak untuk reward diri sendiri jer kali ni

Sebab Irfan Khairi cakap...

Sering kali apabila kita terlalu kerja keras dalam mengejar cita-cita, kita tidak berkesempatan untuk mengupah diri sendiri for a job well done. Kita terus kerja, dan kerja… ini terutamanya bagi mereka yang sudah berumah tangga kerana bekerja untuk kebahagiaan keluarga… tanpa memikirkan keadaan diri sendiri. 

Haaa.. jadi kena reward untuk diri sendiri kali ni. Aku dah penat kerja. Dan dah banyak spend untuk beli baju raya budak-budak baru ni. Jadi tak kira, kali ni.. hihi ME time only! Yesss Yesssss!!

Sebenarnya dah selalu jugak ngelat dengan kids, (baru berjaya 2 kali) aku gi reward dengan hubby jer.. pendek cite dating berdua jer. ececeeehhh... Ye lah bila lagi kan. Bagilah peluang untuk kami pulak rehatkan diri jap, hihi.. (tu pun kena main tipu sunat dengan yang kecik-kecik.. kalau tak semua nak ngikut, tapi tak dengan Hasya. Dengan hasya, dia dah boleh tolerate dan paham situasi aku .. bagus kakak tau!)

Dan dah lama jugak aku praktis, tiap bulan mesti reward something untuk diri sendiri.. tak kisahlah mahal or murah. Ni tak termasuk makan-makan, holiday atau beli barang keperluan rumah. Tapi start nak raya aritu, aku dah stop jap beli untuk diri sendiri sebab lebih kepada shopping barang raya untuk kebahagiaan keluarga .. huuuu

Okeh semalam, balik dari kerja... terus singgah kedai baju ni. Sebenarnya dah lama aim nak beli skirt labuh yang display kat patung tu.. Emmmm dah lama simpan angan tau.. tapi tak pernah pergi tanya sebab,, macam irfan khairi kata tu lah.. sangat mengutamakan kebahagiaan keluarga tanpa memikirkan diri sendiri. Erk... kena sangat dengan aku tau.
So, semalam, terus singgah kedai, try, mintak kurang sikit, terus bayar. Yesss... settle reward yang pertama. Tapi eh.. ada balance. lagi.. hihi.. untuk diri sendiri jer nih. Wahh sukenya you.. memanjang senyum dari semalam tau..

Mmmmm... okeh.. teruskan angan mat jenin.. untuk diri sendiri jer kali ni..woww wowww!! Syoknyer! Apa lagi eh.. ?

Alhamdulillah Allah atas rezki yang tak disangka-sangka ini.. :)

Mmmm... dan didoakan semoga rakan-rakan yang masih menunggu rezki mereka yang masih tak kunjung tiba (hak mereka dah sebenarnya) dipermudahkan dan sampai pada mereka dengan segera.. sesegera yang mungkin. Kesian mereka.. kesian pada keluarga mereka sebenarnyna..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini