Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, September 30, 2016

Juzu' 17

Mmmm.. banyak kali juga berbual hal ni dengan amna.. biasanya pagilah.. dalam kereta masa nak hantar dia gi Kafa

Pagi ni.. sebelum turun kereta..

Amna .. ibu dah juzu' 17! .. mm arini masuk 17. Amna?
Amna pun 17 ibu...
oww woohoo.. boleh lumba lagi la kiter (errr.. lupa pulak nak sebut alhamdulillah. excited punya pasal kih kih)
hahaa... ok ibu.. kita tengok sapa abis dulu eh..
wokey.. ngaji pandai-pandai tau. 
angguk je amna kali ni..

Alhamdulillah..
sebenarnya selalu sangat kami lumba bab ngaji ni. kadang dia ke depan, aku kat belakang. kali ni sama.. haaaa tu yang tetiba woo hooooo terus excited. Biasanya aku yang belakang dari dia. (hehe)

Ok... moga aku terus istiqamah.

#just untuk ingatan di hari mendatang

Monday, September 19, 2016

Sejuk perut ibu ngandungkan Amna.. :)

Amna jer ker.. opss opss.. yang lain pun ada kisahnya. Tapi yang ni paling sejuk sekali macam air batu (konoonnnn) kih kih..

Trobek gambo amna kt fb arini.. masa ni tadika lg


Oh ye,, sebelum tu nak bagitau.. entry ni bukannya nak menunjuk-nunjuk anok ambe hebak or anak ambe kelasss or anok ambe baikkkk sangat. Bukan .. bukan ye. Anok awak seme pun hebak. Semua ibu akan rasa anak mereka hebak kan...kan

Cuma entry ni.. nak ingatkan aku.. akan.. Ya Allah.. bertuahnya aku memiliki Amna. Semoga Amna anakku terus istiqomah dengan perilakunya begitu.

Macam ni.. dah banyak kali dah perasan, Amna suka mengaji. Kadang ada surah Yasin dalam kereta chery. Jadi bila bawak keta chery masa pagi-pagi nak hantar dia gi sekolah tu, mesti dia ngaji. Ok lagi tu..
Baru ni, masa balik kampung, on the way balik dari kampung ke Kuantan, tetiba tengok ada cahaya sportlight dari henset .. then dengar dia duk ngaji yasin. Oh rupenya dia pinjam henset bibik, suluh yasin buat ngaji.. Mmmm.. masa ni rasa oh anak.. biar betul.. gigihnya baca yasin dalam gelap (masa tu dah malam).. Dan opkos nampak keikhlasan dari bacaan dia tu.. means bukanlah nak menunjuk-nunjuk yang dia suka ngaji dalam kereta atau nak tarikh perhatian kami ni.

Mmmm.. pagi ni nampak dia bawa Yasin bawa masuk kereta Ayaya. Dalam kereta ni tak letak yasin lagi. Aku tengok jer.. tak sangka pulak rupanya dia nak baca Yasin. Lepas hantar Durrah ke Tadika Affan, dia pun start ngaji. Aku pun joinla sekaki.. Then sampai ke sekolah.. baru 66 ayat. Aku pun cakap..

Ok.. Amna tanda kat situ..nanti esok kita sambung lagi eh.
Takpe ibu.. Amna nak bawa masuk kelas eh.. nanti Amna sambung kt kelas..
Oh ye.. betul? (opocot aku masa ni sebab tak sangka sungguh-sungguh dia nak ngaji sampai abis)
Ha aa.. ye lah ibu
Owh.. sejuknya perut ibu na.. Hihi.. cer Amna rasa ni.. sejuk sangat..
(Sengih-sengih jer Amna masa ni)
Nanti simpan elok-elok yasin ni.. jangan letak beg kat bawah ..tak baik ada yasin
Amna letak atas meja nanti ibu (sambil simpan dalam beg)

Owh.. anak.. ibu tak pernah mendidik Amna macamni rupa.. tapi ini hadiah terindah untuk ibu di hari yang cukup indah ini..
Teruskanlah istiqomah sayang.
Ibu bangga dengan Amna.

Alhamdulillah Ya Allah.

Anak anda juga mesti hebak kan..

Friday, September 9, 2016

Nikmat selepas sakit


Allahu... demam je pun.
Untuk kali ke-2 taun ni demam lagi.. pecah rekod tak pernah lagi rasanya dalam setahun demam 2 kali, Mungkin usia dah bertambah, antibodi dah tak kuat. ataupun kurang jaga kesihatan.

Sebelum ni.. dah 4-5 hari Ilman Khalish demam on-off. Dia selalunya kalau demam mesti lebih tiga hari..tapi secara on-off la dan selalunya tak berterusan demam panas 3 hari berturut-turut. Aku ikut nasihat doktor pakar Dr Yaw kat Klinik Pakar Kanak-kanak Beserah. Dia kata.. bagi baby makan ubat demam kalau suhu dia tinggi melebihi 38 C, Kalau setakat 37.5 C tu biarkan je dia baik sendiri..cuma perlu lap badan dia selalu dengan air suhu bilik. 

Aku memang setuju sangat kalau ikut nasihat doktor ni..sebab aku memang kalau boleh nak elakkan dari kebergantungan pada ubat sangat. Biar dia kurang sikit dengan dadah ni.. haha.. macam aku lah jugak. Kalau demam or sakit pala, aku telan 1 bijik je panadol.. hubby bagi 2 tapi aku sorok lagi 1.. haha . Kalau selesema batuk jer, hubby sibuk suruh makan ubat batuk dan selesema.. aku memang tak makan ler kecuali kalau dah 2-3 minggu tak baik jugak barulah aku makan hahaaa... aku bukan tak suka ubat tapi tak nak bagi badan imun dengan ubat hihi

Jadi back to cerita demam Ilman tadi, since dia demam 4-5 hari tu, 4-5 hari jugakla aku tak dapat tido lena malam-malam. Meragam jer. Lepas jer Ilman sihat dari demam, terus Allah uji aku pulak demam. Aduih.. barulah rasa.. owh.. camni rupanya Ilman demam..patutlah dia peel jer.. Huu.. Petang masa kat ofiice badan dah mula lenguh-lenguh, sejuk panas, tak larat dan sebagainya lah.. Balik jer kejer terus tido.. Bangun mandi, solat, makan, makan panadol sebiji, tido lagi, Sedar-sedar Ilman dah nangis-nangis masuk bilik nak tido skali. Alhamdulillah dia tidor lena malam tu. Aku jer yang tak larat dan sakit abis badan.

Pagi esoknya, lepas hantar kids ke sekolah terus ke klinik.. Balik, makan roti + air milo, makan panadol 1 biji & ubat sakit tekak.. then baring tengok tv. Masa ni dah tak brape panas badan cuma tak larat ya amat.. dan sakit-sakit badan..

Pahtu Yaya punya lah suka sebab ibu tak gi keje.. macam-macam la pot-pet ye duk cite.. Cite tu cite ni.. happy sungguh. Pahtu satu ketika tu ye kata..

Ibu.. ibu masaklah kuih cara lagi. Yaya sukaaaaa sangat kuih cara ibu wat aritu. Sedaaaapp sangat !!
Errr... nanti ibu sihat ibu buat eh..
Ok ibu jangan lupa eh buat.. Yaya suka sangat kuih cara tu..

Pastu sambung pot-pet lagi
Pastu request kuih cara lagi.. dan lagi..
Aduih.. tak ke cair hati aku dengar..

Jadi.. dengan tak larat tu. aku pun bangunla buat kuih cara..
Senang je pun bahannya.. sib baik santan dah ada dalam peti. Santan pokok nyor sendiri.. 
Resepinya aku ambik kat sini..AZIE KITCHEN
Kali ni buat separuh sukatan .. dapat dalam 30+ biji . sekali masak dapat 12 biji..
Dan memang licin sampai malam kuih tu.. Durrah & Dhia je makan..eh aku pun makan lah jugak
Kuih cara, udang tempura tepung roti, carrot cake

Dah alang-alang masuk dapur tu, terus teringat kat chanel 703 tadi masak carrot cake.. macam sedap jer. Eh.. bolehlah harung sekali gus..
Next time boleh buat separuh je sukatan dari resepi ni sebab kek sangat tebal dan besar.
Tadaaaa... Siap.. nyumm nyumm (walaupun takde rupa.. bolehla..First trial kan)




Yang Udang tempura tu.. menu google jer..
Gaul udang dengan Tepung gandum + tepung beras
Celup dengan telur yang telah di pukul manja
Celup dalam tepung roti+garam+lada sulah  (Tepun roti : Blend kering roti yang dah biar keras semalam dalam peti)
Then goreng... nyum-nyum memang sedap.

Tada.. malam tu sambung sakit kepala lagi..  tapi tetap tak nak makan ubat
Pagi tadi masih sakit kepala lagi.. terpaksa telan panadol sebiji lagik sebab nak g keje.
Sekarang alhamdulillah dah tak sakit kepala

Tu lah.. nak bagitaunya.. untuk ingatan diri sendiri sebenarnya
Terus rasa nikmatnya la hai bila dah boleh bangun masak
Betapa malam sebelumnya.. aku tak daya takde tenaga langsung nak bangun mahupun nak makan
solat pun sambil duduk jer
Nikmatnya bila tengok anak-anak makan penuh selera walaupun masak dalam separuh sihat
Dan nikmat yang teramat bila tengok Ilman Khalish dah sihat sepenuhnya.. tak meragam, boleh lompat-lompat dan tak nangis-nangis lagi

Allahu
Terima kasih Allah
atas ingatan sakit ni
walaupun sikit cuma
tapi cukup memberi ingatan
supaya sentiasa bersyukut ketika sihat
itulah nikmat yang paling besar

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini