Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, September 19, 2016

Sejuk perut ibu ngandungkan Amna.. :)

Amna jer ker.. opss opss.. yang lain pun ada kisahnya. Tapi yang ni paling sejuk sekali macam air batu (konoonnnn) kih kih..

Trobek gambo amna kt fb arini.. masa ni tadika lg


Oh ye,, sebelum tu nak bagitau.. entry ni bukannya nak menunjuk-nunjuk anok ambe hebak or anak ambe kelasss or anok ambe baikkkk sangat. Bukan .. bukan ye. Anok awak seme pun hebak. Semua ibu akan rasa anak mereka hebak kan...kan

Cuma entry ni.. nak ingatkan aku.. akan.. Ya Allah.. bertuahnya aku memiliki Amna. Semoga Amna anakku terus istiqomah dengan perilakunya begitu.

Macam ni.. dah banyak kali dah perasan, Amna suka mengaji. Kadang ada surah Yasin dalam kereta chery. Jadi bila bawak keta chery masa pagi-pagi nak hantar dia gi sekolah tu, mesti dia ngaji. Ok lagi tu..
Baru ni, masa balik kampung, on the way balik dari kampung ke Kuantan, tetiba tengok ada cahaya sportlight dari henset .. then dengar dia duk ngaji yasin. Oh rupenya dia pinjam henset bibik, suluh yasin buat ngaji.. Mmmm.. masa ni rasa oh anak.. biar betul.. gigihnya baca yasin dalam gelap (masa tu dah malam).. Dan opkos nampak keikhlasan dari bacaan dia tu.. means bukanlah nak menunjuk-nunjuk yang dia suka ngaji dalam kereta atau nak tarikh perhatian kami ni.

Mmmm.. pagi ni nampak dia bawa Yasin bawa masuk kereta Ayaya. Dalam kereta ni tak letak yasin lagi. Aku tengok jer.. tak sangka pulak rupanya dia nak baca Yasin. Lepas hantar Durrah ke Tadika Affan, dia pun start ngaji. Aku pun joinla sekaki.. Then sampai ke sekolah.. baru 66 ayat. Aku pun cakap..

Ok.. Amna tanda kat situ..nanti esok kita sambung lagi eh.
Takpe ibu.. Amna nak bawa masuk kelas eh.. nanti Amna sambung kt kelas..
Oh ye.. betul? (opocot aku masa ni sebab tak sangka sungguh-sungguh dia nak ngaji sampai abis)
Ha aa.. ye lah ibu
Owh.. sejuknya perut ibu na.. Hihi.. cer Amna rasa ni.. sejuk sangat..
(Sengih-sengih jer Amna masa ni)
Nanti simpan elok-elok yasin ni.. jangan letak beg kat bawah ..tak baik ada yasin
Amna letak atas meja nanti ibu (sambil simpan dalam beg)

Owh.. anak.. ibu tak pernah mendidik Amna macamni rupa.. tapi ini hadiah terindah untuk ibu di hari yang cukup indah ini..
Teruskanlah istiqomah sayang.
Ibu bangga dengan Amna.

Alhamdulillah Ya Allah.

Anak anda juga mesti hebak kan..

1 comment:

Nora Karim said...

Pandainya Amma... 🤗

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini