Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, October 5, 2016

5 October



Aku akan sentiasa ingat detik ini.. detik yang memisahkan kami di dunia sementara menunggu pertemuan abadi kelak inshaAllah..

05.10.1988

Pulang dari sekolah, kelihatan bonda termenung di kerusi di rumah kuarters kecil kami. Bonda jarang begitu. Bonda nampaknya sangat bersedih tapi tak kelihatan air mata di pipinya. Mungkin aku yang tak perasan atau bonda yang dah kekeringan air mata mungkin mengenangkan sesuatu..

Aku beranikan diri bertanya..atau mungkin juga bonda sendiri yang bagitau dengan nada yang sangat lemah..

Tadi, ada orang datang bagitau,ada orang telefon di pondok telefon..minta sampaikan pesan yang abah sakit tenat

Di kampungku masa tu takde telefon rumah. Yang ada cuma pondok telefon yang letak hampir 50-80 langkah perjalanan kaki. Sape-sape yang tinggal dekat dengan telefon tu akan tolong ambil pesanan telefon kalau ada deringan call.

Lepas bonda bagitau abah tenat, aku tak ingat apa perasaan aku masa tu.

Yang pasti, petang hari yang sama, Cik Su Ti datang ke rumah..memaklumkan tentang janji Allah itu pasti. Tak terlewat walau sesaat..

Aku terduduk mendengar khabaran itu.

Cuma khabaran.. bukan menghilang di depan mata. Macam mimpi lagi

Tak kala jenazah sampai, aku melihatnya.. aku sedih. Ye sedih..pilu.hiba

Jenazah dimandikan
Dikafankan.. semua yang menyayanginya menciumnya buat kali terakhir, kecuali aku.
Ye.. sampai kini sesalan itu tiba
Aku ingat.. masih ingat..beria bonda menyuruhku menciumnya. Tapi aku hanya diam membisu
Dah.. tak perlu ada istilah kalau dalam kamus hidup. Ia takkan berulang lagi.

Saat dikebumikan
Saat talkin dibaca
Aku ada pada setiap detik itu

Awak.. juga disitu kan. Share with me please. Apa yang awak ingat tika itu?

Ianya detik 28 tahun yang sudah
Perjalanan kehidupan selama 28 tahun tanpa ayah sangat susah.
Bonda sangat kuat..aku sangat kagum dengannya.
Bonda sangat hebat membesarkan kami dengan air mata & keringatnya

Al fatihah untuk arwah abah
Al fatihah juga untuk bonda..

Baca alfatihah sampai abis tau. Jangan sebut alfatihah je :)

1 comment:

Nora Karim said...

Kita jua akan pergi satu hari nanti... Moga roh mereka yang telah pergi sentiasa dirahmati...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini