Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, October 14, 2016

hECTIC wEeK!

owh.. ok.. bukan merungut
cuma sekadar catatan..
terima kasih
masih ada yang percaya pada tugasan yang diamanahkan padaku
masih ada rezki mengalir dariNya untukku

start last week.. busy manjang

Last week

Monday , 031016, cuti awal muharram








Busy baking pizza.. first trial katakan.. excited kemain. Lagi-lagi bila Ilman Khalish suka makan
Tapi aku lupa something.. Ilman alergik pada susu lembu.
So.. malamnya.. berterusan Ilman muntah..muntah ..muntah..
Amna pun muntah juga .. sebab tak makan.. ralik buat pizza sampai lupa nak makan. Dia makan pukul 11 pagi then 8 malam. Aku pun lupa nak suh dia makan..  3 hari Amna tak ke sekolah pastu.
Hasilnya..

Tuesday 041016
Hasilnya.. akibat muntah dan muntah.. pukul 12 pagi kami bawa 2 orang ni ke klinik Putramedic jalan beserah. Habisla RM100+ huu..
Hasilnya juga.. terpaksalah aku cuti hari ni sebab jaga mereka demam dan muntah tu.. amna dah lembik lesu rupanya.. Ilman tahan lagi..

Wednesday 051016
Keje.. Busy.. pulun prepare untuk presentation LI students next weeknya, check report diorang, check slide, prepare borang.. oh my.. penat giless

Thursday 061016
Today was GST Day. We (Accounting Department) had GST Seminar from our GST consultant (our lecturer). Beliau dah siap ada sijil kelayakan lagi.. hebat seminar dia kali ni. Macam-macam aku tau.. barula aku tau rupanya bukan company jer kena GST, sape-sape yang dapat gaji lebih RM50k setahun pun kena GST .. kayanya kerajaan kita rupenya.. Alhamdulillah.. tapi .. kayanya tuh ke mana sebenarnya



Friday..071016
I did Pre Final Examination for my students in Diploma Perladangan. Then, checked agaian... slide, report, photostat, and everything..so tired

Saturday 081016
Morning - came to the office, just to settle everything about LI presentation agaian. Semalam tak sempat semak abis slide students. Dah janji dengan diorang nak tengok.. so datang office tenteram sikit.. boleh focus.
Petang -  having picnic with brothers and in law's family.. well itwass so happening bila kids enjoy and kitorang pun enjoy makan sama-sama kat tepi pantai batu hitam


Sunday
Baking day.. addinies masak muffin vanila and samperit susu..






Monday to Wednesday (10-12 Oct 2016)
Pembentangan Latihan industri by my students..






Well.. rasa bangga bila some of them boleh present dengan baik sekali. Bersemangat, dapat menjawab soalan panel dengan yakin, memenuhi keperluan dan syarat dari pihak Universiti
Ada juga yang kelihatan gementar, kurang yakin, tidak bersemangat, gagal menjawab soalan panel dengan baik dan sebagainya.Tapi tak ramaila gini. Most of them sangat cemerlang!! Good job !!
Tapi ada juga yang gagal .. means perlu membuat beberapa pembetulan sebab tidak memenuhi ketetapan Universiti. Yang ni seperti yang aku jangka dah.. tapi selepas ditegur .. lepas dimaklumkan salah.. masih berdegil.. akhirnya gitulah akibatnya. Hingga sekarang masih tiada markah untuk pelajar tu sehingga pembetulan dibuat. Agak memalukan bila panel terpaksa meninggikan suara dan membuat teguran .. memalukan dan pertama kali berlaku dalam sejarah pembentangan LI kolej (maaf.. aku menulis untuk ingatan aku sendiri bukan untuk menjatuhkan imej sesape)

Rabu juga kami mendapat makluman.. pemergian pengurusan tertinggi kolej kami Allahyarhamah Puan Salmi. Aku takdelah rapat dan amat jarang .. jarang sangatlah ada kaitan dengan beliau. Tapi beliaulah yang memberi dorongan sepenuhnya dan menentukan hala tuju perjalananku kini

satu ketika dulu.. 2007 maybe

Puan.. apa pendapat puan kalau saya sambung MBA (Accounting) di UUM KL?
Mmmmm saya rasa tak perlu.. ambik master in Accounting Engku.. Baru betul dengan bidang u
Tapi course tu ada di Shah Alam dan weekend je puan.
Takpe.. tak jauh pun Shah Alam tu.
Saya tak biasa area tu puan
Takpe.. lama-lama u akan biasa. Your carier lagi penting .. lagipun bukan lama u belajar tu..

Ye.. beria beliau suh aku ambik master accounting juga. Aku tak pikir pun kenapa masa tu. Yang aku pikir jauh ..jauh.. Tapi, aku ikut je lah cakap beliau.. dan hasilnya.. ye.. inilah hasilnya sekarang..
Thank you very much atas pandangan yang diberikan. ..walau sedikit cuma tapi sangat mempengaruhi kehidupan ku seterusnya. Moga nasihat beliau ini.. digantikan dengan seribu ganjaran untuknya di sana.. Moga beliau dicucuri rahmat dan dihimpukan bersama dengan orang yang beriman.. amin

Semalam, khamis dan today Jumaat
Aku.. barulah masuk office, melangsaikan tugas hakikiku.. marking dan marking yang bertimbun-timbun ni,,then key in, next week will be exam week.. then marking and keyin lagi..

Good luck all my beloved students
Do your best!

2 comments:

Eray Majid said...

wah super busy life, eray doakan semoga semuanya baik-baik saja

Nora Karim said...

Innalillahiwa innailaihirojiun... moga Allahyarhamah Puan Salmi, tergolong bersama para solihin.. Amin...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini