Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Wednesday, October 26, 2016

Homestay murah di Shah Alam 2016

Murah?

Mmmm..setakat mana anda rasa murah bagi sebuah homestay?
Bagi aku.. homestay yang murah mestilah:
- harga below RM150 semalam. 
- ada keperluan asas di dapur seperti periuk nasi dan kettle
- at least ada 1 bilik

Yes.. bagi aku.. bila nak cari homestay mestilah memenuhi kriteria kat atas.
Tapi kan.. percayalah.. susahnya nak cari homestay yang harga below RM150 kan..
Biasanya yang ada pun jenis bilik studio. Studio memang lengkap dengan katil, tv, dapur & bilik air.. tapi takde bilik. Aku perlu bilik.. at least 1 bilik.. sebab.. mmm.. sebab aku bawa bibik.. Jadi perlulah asing kan sebab suami ada skali ..

Pernah sekali kami ke Segamat, dapat  homestay 1 bilik harga RM120 semalam... ada peti sejuk, tv,kettle & pinggan mangkuk je. Takde dapur. Kira standardlah kan harga camtu.

Pernah juga dapat homestay 2 bilik kat Melaka.. RM100 semalam..haaa murahkan. Masa tanya tu katanya rumah tengah renovate, jadi dia bagi gambar luar rumah je. Nampak ok je. Kemudahan siap tv, dapur, peti ais, Masa dimaklumkan, kami penyewa pertama lepas renovate, wah rasa happy je sebab ye lah.. first customer kan.. mesti everything baru kan especially lepas renovate kan. Tapi kan.. adeh.. bila sampai.. indah khabar dari rupa. Rupanya homestay tu direnovate dari rumah kampung macam tinggalan jer, Ada tinggalan tangga yang bersambung ke rumah lain dalam rumah, bilik air bertampal sana sini, dan yang paling tak selesa rasa ngeri semacam jer malam-malam. Kami bermalam 3 malam kat sini. Ilman Khalish masa tu baru 6 bulan. Tiap malam nangis.. huuu pastu serik dah nak sewa homestay murah-murah ni

Pernah juga sewa homestay Langkawi, RM150 semalam, juga sama... murah sebab rumah kampung yang agak sunyi dan seram. Bilik air bertampal sana sini, tong gas berbau gas masa masak..last-last kami tak guna terus dapur gas.

Kalau homestay kat Cameron mesti majoriti RM200 ke atas..  standard dah rasanya harga tu

Area kuantan pun harga camtu. Pernah sewa homestay 3 bilik masa rumah kami kena banjir tahun 2013.. RM150 semalam, Majoritu memang RM150 ke atas kan.

Aku memang nak homestay sebab nak dapur dan ada bilik. Nak ambik 2 bilik studio pun lebih kurang RM70 x 2 bilik = RM140 jugak.. So rasanya better cari homestay yang bajet lebih kurang 2 bilik studio tapi dapat at least dapur kan.

Jadi, masa nak pergi konvo Along (anak buah sebelah suami) 23 Oktober baru ni, terpaksalah kami cari homestay area Shah Alam. Tapi.. majoritinya mesti RM200 ke atas untuk homestay area Syeksen 7. Dekat tapi over bajet..nak menginap 2 malam . Lagipun majoritinya dah penuh orang booking untuk convocation jugak.. hmmmm... masa ni rasa macam alahai.. nampaknya terpaksalah korbankan duit lebih kurang RM400 juga untuk penginapan . .. alahai..

Tapi.. rezki Allah nak bagi.. tetiba terjumpa Homestay Qalif Qaisara kat Face book..

Ruang tamu.. kecik je , tapi ringkas dan comel. ada meja makan skali

Flat kami tinggal yang warna putih hijau tu. Tingkat 16 dari 17 tingkat.. fuyoo.. nampak seluruh shah alam. Dont worry.. lift was there for u. 

Antara gambar bilik, peti ais, mesin basuh, dan dapur.


Mula-mula tengok harga

Kami masih menawarkan Harga Promosi yg mampu diduduki buat anda. 
● Weekdays (Mon-Thu) RM90/night
● Weekends (Fri-Sun & PH) RM120/night

Wahh.. murahnya kan..Kalau ambik 2 malam masa weekend, baru RM240 instead of RM400  kalau stay di area Syeksyen 7. Banyak juga beza tu.. Tapi macam risau jugak takut peristiwa homestay Melaka & Langkawi berulang lagi kan.. so baca lagi..

Homestay yg mempunyai 3 bilik tidur & 2 bilik air. Berada berhampiran dgn Pusat Bandaraya Shah Alam.

Hmmm... biasa jer kan .. takde yang menarik sangat
Baca lagi..

Homestay kami mempunyai 3 bilik tidur & 2 bilik air. Sesuai untuk semua golongan. Dilengkapi dgn sistem kawalan keselamatan 24jam.
.
Antara kemudahan2 yg berdekatan ;
- 1 Lot Parking with Access Card.

Haa... yang ni menarik.. Yess.. lot parking with access card & cctv.. Yes.. i lioke.!
Kat Shah Alam or KL or mane-mane area bandar camni kan .. memang susah nak parking kan. Dulu pernah sewa homestay kat Lumut, flat tingkat 2 RM130 semalam. Dah la takde lif, susahnya hai nak cari parking.. 
Pernah pergi rumah kawan husband area Sentul, MashaAllah, bertindan-tindan diorang parking kereta. Rasanya ada kes kena tolak kereta pagi-pagi dulu kut. aduhai.. mesti hilang mood nak pergi keje tiap hari kan

Then .. barulah aku wassap owner homestay Qalif Qaisara..

Banyak lagi kemudahakn lain yang ada rupanya:
-peti sejuk
-mesin basuh
- Towel
-kelengkapan masak (dapur, periuk, microwave, kettle, kuali, pinggan, jug, mangkuk, sudu, garfu, semua complete.. dah la complete, baru pulak tu hihi.. first customer kan sukenya)
- iron &iron board.

Hmm .. rasanya ok kut. Owner pun boleh dibawa berunding, Aku minta diskaun sebab bermalam 2 malam .. dia layan. Aku sampai awal , minta check in awal  pun dia layan... so ok lah kan..

Tapi kan.. part yang paling bestnya.. bila check in, rupanya ada lagi complimentary lain yang kami dapat:
- 3 helai towel besar & 3 helai towel kecik (yang ni kena pulangkan semula ye)
- 2 batang berus gigi & ubat gigi colgate
- Milo 3 in 1, nescafe
-Mineral water besar 2 botol
- Dan yang paling best... kami dapat 2 jenis mandian. 1 mandian biasa yang kecik, 1 lagi mandian scrub.. wah.. kelass gitu. Hotel pun tak bagi scrub kan mmmm
Oh ye.. area taman ni juga ada playground. Jadi, balik jalan kids boleh main taman, time nak keluar gi jalan pun kids boleh main-main dulu kat sini.. mmmm I lioke sangat!

Okeh.. jom bagi rating (out of 5 bintang):

Kebersihan kawasan : 3.5 bintang 

Kebersihan dalam rumah : 4.5 bintang

Kemudahan dalam rumah : 4.5 bintang

Kemudahan dapur : 4.5 bintang 
(complete.. dont expect soo much, luas dapur standard dapur rumah flat.. but for me.. its ok. kecik tapi comel)

Kebersihan bilik air : 
4 bintang (oklah.. standard deco untuk rumah flat, bersih, ada air panas, hiasan dalam bilik air menarik, air flush biru - nampak bersih sangat, hotel pun takde air flush biru kan hehe)

Harga : 
Amat memuaskan dan berpatutan

Kemudahan ke tempat awam /  tempat menarik : 
Banyak pilihan

Keselamatan :
 3.5 bintang 
Sebab :
Ada 17 kes denggi di kawasan ni- tertera di dinding lif. mmm agak takut jugak mula tu.. patutla nampak ada banyak air minuman untuk kucing disediakan di tingkat bawah flat. Mungkin pihak kejiranan perlu buat sesuatu bagi menangani masalah ni
Kebanyakan penghuninya di kalangan bangsa asing.. Indonesia, Bangladesh dan pekerja kilang. Jadi perlu berhati-hati juga untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku
TAPI.. yang penting ada CCTV & kejiranan rukun tetangga yang baik kat sini. Security guard pun ada, acces card pun ada.. (jadi bukan sebarang orang boleh masuk area flat ni..Rasa selamat kan?)
Dan.. yang penting.. sepanjang 3 hari kami disini, tak pernah tengok sebarang anjing berkeliaran.. haaa.. rasa selamat dan selesa kan?

Kepuasan : 
4 bintang 
(Pasti jadi pilihan utama jika berkunjung ke Shah Alam lagi

So.. mane lagi nak cari homestay 3 bilik , complete dapur dan parking lot yang harga RM90 weekdays dan RM120 weekend di Shah Alam?
Confirm aku booking homestay ni lagi jika ada plan ke Shah Alam semula.. InshaAllah.

Oh ye.. kemudahan lain:
- Kedai Runcit, Kedai Serbaneka, Restoren
- Pam minyak (Petron,Petronas 24jam).
- Maybank
- 15minit ke AEON Mall Shah Alam
- 15minit ke MSU College
- 15minit ke SEED College
- 10minit ke TUDM Subang
- 10minit ke Politeknik Shah Alam
- 15minit ke Stadium Shah Alam
- 15minit ke IDCC, SACC, Anggerik Mall, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral
- 20minit ke i-City Shah Alam
- 30minit ke Subang Airport
*Akses via Federal Highway, LKSA Highway, Guthrie Highway, NKVE
Sebarang pertanyaan hubungi ; 
📞010.2857.480 (Mizi)
Atau WhatsApp 012.4474.707
Lokasi :Taman TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam.

p/s.. menulis sekadar untuk ingatan diri sendiri.. .. lenkali senang nak booking :)

5 comments:

onlinebookinghomestay said...

assalamualaikum admin...memang murah homestay di bawah RM150...kalau admin ingin mencuba homestay teres 1 tingkat dengan kelengkapan memasak + 3 bilik tidur + 2 bilik air + free unifi + taman permainan kanak2 sebelah rumah + parking kereta lebih dari 2 = harga RM180 (2H1M)...boleh try homestay kami di pinggiran Shah Alam Klang...lepas cuba boleh review homestay kami untuk penambahbaikan...wasalam

Anonymous said...

Boleh sy mintak detail no telefon? Sebab sy nak tempah untuk minggu nie

ahmad asyraf said...

Pm detail boss . Ni no.sye 0175971960

Engku Artini said...

anymous & En Ahmad Asraf
ini nombornya.. 010.2857.480 (Mizi)
Atau WhatsApp 012.4474.707

Nora Karim said...

Dalam gambar pun dah tau comei homestay tu kak..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini