Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, November 17, 2016

Supermom agaian!

Im not a superwoman.. sekarang ni la.. sebab kebanyakannya bibik yang buat
Supermom ni maksudnya multipurpose job semua dia harung
bab baju- kumpul baju kotor, basuh, sidai, angkat, lipat, simpan, gosok dll. ni lah keje yang paling aku tak suka.. penat sebab rakyat jelata ramai.. 7 orang x 2 lai sehari.. aduss.. penat tengok
bab dapur - macam-macam lah kecuali bab masak memang aku ..
bab rumah - sapu, buang sampah, kemas, mop, dll
kids - kejar, tangkap, lari, dll
dan lain-lain

Tapi dulu.. sebelum ada bibik, akulah bibik.
Ahad kan husband keje.. jadi hari ahad adalah hari aku bertukar menjadi superwoman wahahaaa
Semangat kena kuat, makan kena cukup nak jadi supermom ni kann hahaa
Kadang memang rasa memang layak aku dapat title bibik pada hari Ahad.. adehlaaa.. sedih tau tengok rupa aku.. 
tak terkejar dengan nak suap anak makan lagi, nak masak lagi, anak sorang nangis nak susu, sorang lagi nak menyusu badan .. haaa dah camne tu kan
pastu ahad la time nak kemas lipat baju.. nak rehat pun ye jugak.. memang takde mane rehatnya la ahad ni 

Hari ni terjumpa gambar ni kat facebook.. 3 tahun lepas


Masa ni gi kenduri kahwin. Gigih aku bawa mereka berempat gi kenduri kat Taman Pertanian. Masa nak pergi ni berdebar tau kut tak dapat handle kids sesorang..
Tapi alhamdulillah semua behave, aku pun dapat makan kenyang masa ni..

Tapi memang tak dapat lupa scene hari ahad dengan mereka berempat ni
hahaaa..

So now,
planningnya maybe tak lama lagi bibik nak balik kampung dia dalam 2 minggu jugak
So.. the position will goes back to me..

Akulah the BIBIK
Akulah the SUPERMOM AGAIAN!

erk.. bersama 5 kids during school holiday HOKEYY!
Erkk .. poning aku pikir camne nak coolkan keadaan semasa jadi supermom nanti
dengan Ilman yang suka lari sana sini, panjat meja, panjat kerusi, panjat gril
lompat sana sini, usik kak yaya & kak amna sampai nangis
pastu asyik duk pegang tangan aku ke hulu ke hilir macam setahun tak jumpa
dah camne aku nak masak, camne nak suap mereka makan, camne aku sendiri nak makan 
camne nak basuh berak yaya & durrah (dan aku sekali..hihi)
camne nak rilekskan minda .. arrhh yang ni memang jangan mengharap lah
takdenya rileks.. dengan suara amna yang menjerit sana sini
kakak yang berlari lompat sana sini reka macam-macam aktiviti bersama addinies
huru hara rumah
memang lintang pukang rumah
okeh.. takpe tipsnya mudah
biarkan jer diorang main puas.. 
janji 5.30 kena kemas, rumah bersih dan teratur
sebab mmmm
mestilah sebab mr daddy dah nak balik keje time tu..
yesss.. u know what i mean.. pandai pun hihi

Ok, 
yesss ready..
those memory takkan kembali bila mereka semua dah besar nanti
ni je lah masanya bersama mereka
bersyukurlah
ada orang balik rumah... sunyi sepi hidup mereka
mereka begitu mengharapkan peneman ..
tapi mereka masih diuji ..
mereka masih belum diberikan peluang untuk menikmatinya 

bersyukurlah seadanya RTNY!

get ready rtny!

Friday, November 11, 2016

Cerita pendek : Pengalaman bersalin

Mmmm.. pendek la konon.. kih kih

Ni sebenarnya nak tulis sebab 2-3 malam lepas, errr.. mimpi bersalin lagi 
erkkk tercekik aku tulis ni tau !!
Jadi, takut lupa ingatan mimpi tu, aku tuliskan je lah kat sini.

Mmmm dulu pernah dah tulis cerita pendek jugak kisah bersalin Ilman, kisah pendek sangat .. then janji nak tulis kisah panjang.. tapi tak tulis-tulis pun.. hahaa..

Sebelum tu.. just to share my family photo
4 gurls and 1 hero
Alhamdulillah .. tak sangka besarnya rezki yang Allah bagi pada keluarga kecil kami

Left: Hasya, Amna, Hubby, Durrah, Ilman, Me, and Dhia atas beskal free susu S26 hehe
Tarikh gambar : 23 July 2016

Ok back to kisah mimpi tu.. tak taulah kenapa tiba-tiba mimpi gitu. Biasanya aku akan mimpi sesuatu kalau terpikir banyak benda.. then terbawa-bawa tido. Tapi tak de pulak pikirkan sesape yang akan bersalin lately ni.. mmmmmm

Gini citenya..
Tetiba aku dah ada dalam labour room..pakai baju pink.. nak bersalin.
Aku tak rasa sakit langsung..mmmm.. wahh gembira sangat masa ni sebab tak sakit kan.. tapi nak bersalin dah masa tu,..kalau tak mesti kawww kawww tak boleh sengih dah masa dalam labour room ni kan.. hihi

Tapi masa tu duk terpikir.
Eh.. kan biasanya mesti sakit masa nak bersalin kan.. tapi.. eh.. alamak takutnya.. camne nanti kalau sakit sama macam sakit masa lahirkan Ilman Khalish?
Yang masa tu aku rasa macam nak lari dari labour room sebab frust tak dapat push baby keluar ?
Kan ke masa tu rasa cam.. mmmm.. eh nape susah sangat baby nak keluar ni? Dah la sakit.. push-push tak berjaya juga.. rasanya bersalin gegurls sebelum ni takdelah sesusah macam ni.
Macam dah putus harap dah masa tu..
Sampai doc pun aku tibai marah sebab duk tekan perut aku jer. hahaa..
Rupanya sebab besar si Ilman ni.. 3.95kg .. kusss semangat!
Patutla susah benar ibu berusaha melahirkan Ilman

Masa tu kan mula rasa berdebar-debar bila ingat balik time tu, 
Adehhh.. takutnya.. tak mboh dah peristiwa tu jadi balik.. tak sanggup rasanya.. huuu

Then doc datang.. bagitau.. 
(masa tu aku sengih-sengih kat doc sebab tak sakit kan)
eh , kalau tak  rasa sakit bersalin ni camne nak push baby nanti? Camne nak bersalin..?
saya rasa kena induce ni.

Haaahhh? Induce?
Macam induce masa Amna Addini dulu?
Ohhhh terus aku...
.tidakkkkkkk!!!

Kenangan melahirkan Amna adalah saat yang sangat sakit.
Masa tu rasa macam putus nyawa punyalah sakit.
Induce means dia paksa kita sakit .. bila sakit kita akan rasa nak push..
alaa.. macam berak sembelit la kan.. kalau tak sakit, tak memulas perut camne nak teran berak kan,,
haaa cam gitu lah.
cuma bezanya sembelit tu taiknya secoet je besarnya
bersalin ni.. dengan baby yang cukup sempurna sifatnya.. mestilah lagi banyak tenaga yang perlu digunakan
paham? paham eh...?

Ok, jadi bila doc cakap jer induce.. terus aku terkedu.
Aku cukup takut induce.
Hasya & Durrah juga induce, tapi tak sesakit induce masa lahirkan Amna
Hasya & Durrah induce cara masuk ubat kat tangan
Amna pulak masuk ubat kat jalan bawah.
Rasanya ubat yang jalan bawah tu yang buat dia jadi sangat sakit,.. tapi sakitnya kejap je. Dalam 10 minit sakit macam tercabut nyawa (hingga sekarang aku masih terbayang rasa sakit tu), then terus selamat lahirkan baby
Ubat yang masuk ikut tangan tu, sakitnya macam melarat berpanjangan..lamalah pastu baru selamat bersalin.
Tapi kalau bersalin natural (tanpa induce), sakitnya macam boleh kontrol.. kejap datang.. kejap boleh rilex jap haa gitu

Jadi, dalam mimpi tu.. perasaan aku adalah..
owhhh... Ya Allah... tolonglah.. aku tak nak perasaan sakit masa bersalin Ilman dan Amna berulang..
Tolongla Ya Allah.. aku takut dan aku tak sanggup hadapinya lagi.

Tapi cam gelabah je dalam mimpi..
tup-tup terus jaga.
Oh mak... syukurlah mimpi je
fobia bersalin ilman tak habis lagi rasanya.. hiihi

Gambar Ilman dalam labour room. baru siap dibersihkan oleh misi 11/7/2015



Thursday, November 10, 2016

Hadiah Crispy!

Hasya suka ambik hati maknyer.. (aku ler tu hihi). Pendek kata suka bodek.
Crispy ni lama dah dia beli or dapat hadiah tak ingat.. Aku suruh dia simpan dalam peti dulu..
Then selalu lah dia cakap..

Ibu.. bila nak makan crispy kakak bagi ni..?
Ok nanti ibu makan
Ibu suka kan crispy ni?
Ha ahh.. mestilah feveret ibu!
Haa kakak tau.. sebab tu kakak simpan untuk ibu ni.
Ok tq sayang..nanti ibu makan ok

Tapi sokmolah lupenya.. ater nok makan sorang-sorang tanpa gangguan hahaa..kedekut!
Bukan kedekutlah, dont judge me ok!
Aku nak fefeling makan hadiah special ni .. semua sekali (alaa kecik je pun) .. nak nikmatinya sorang-sorang tanpa gangguan 
Why?
Sebab kalau kat rumah, normally aku akan tanya semua addinies (ilman aku tak bagi makan lagi benda manis ni).. jadi, kenalah bahagi 5 or 6.. kalau semua nak.. 
Sharing is caring kan!
Lagipun aku memang suka makan berkongsi-kongsi ni.. sebab nikmat makan yang sedikit tu nanti semua orang dapat rasa sama-sama
Then sama-sama komen.. sedapnya, pahitnya, tak cukuplah..mintak sikit lagi.. haha.. 

Tapi kali ni.. sebab yang ni special dari Hasya , Aku nak feeling makan sorang..
Bawak bekal nasi goreng hari ni, Kakak terus tanya

Ibu nak bawak crispy ni sekali?
Haaa boleh-boleh.. kakak letak dalam tupperware nasi goreng tu sekali eh
Ok kakak dah letak ni.. ibu jangan lupa pulak makan ..
Ok sayang..


mmmmm
tapi.. macam kurang sesuatu
Takde sape aku nak kongsi rasa crispy ni..
haish.. 
kurang indah dan kurang nikmat kali ni
So 
next time, share je lah tak kiralah yang special or tak
kan?
Sharing is caring.. yeass betul sangat-sangat!


(gambar google jer)

p/s ; sebenarnya penat tanda kertas periksa nih.. rehatla jap dengan crispy 
Happy working all!

Friday, November 4, 2016

Final exam week, invigilate exam, marking, moderate and Audit SIRIM

Wahh.. keje memang tak pernah habis..

Balik dari Shah Alam tempohari (bila laa nak update short vacation kat shah alam ni), terus keje non-stop. Alhamdulillah diberikan kesihatan walau badan kejap selesema dan sakit-sakit kepala sebab terlewat makan. Lately ni kerap selesema.. balik travel mana-mane je mesti selesema. Lately ni jugak selalu sakit kepala kalau makan lewat atau tak makan dalam satu tempoh masa yang lama. Mmmmm rasanya dah kena start ambik suppliment semula ni.. vitamin C maybe kan..

Ok, back to the story,.sepanjang minggu lepas, busy dengan minggu exam. Revision class, invigilate exam .. penatnya hai pusing hall exam sana sini .. macam marathon rasanya. Then weekend pun penuh aktiviti.

Saturday balik Terengganu, menghadiri dan meraikan majlis kenduri kahwin..  Balik pagi pukul 8, then pukul 7 malam dah sampai rumah. Mmm..alhamdulillah dengan kemudahan LPT yang ada sekarang. Dah boleh balik kampung dengan mudah, selamat dan cepat sekarang. Cuma.. tol la yang agak beban..

Sunday pun keje. Invigilate exam pagi petang. Wahh.. marathon lagi pagi petang. Balik rumah terus pengsan penat.

Monday morning sambung lagi invigilate .. aduh.. bersambung marathon.. penat yang amat rasanya. Then petang start marking paper

Tuesday-Wednesday, preparation for audit Sirim on Thursday & Friday..

Thursday., semalam. aku rasa dah complete bab ISO untuk audit. Dah boleh duk rilex, goyang kaki sambil nak marking paper je. Sekali datang info kata unit aku (unit praktikal) akan diaudit esok. Terus kena update dokumen-dokumen yang berkaitan.. zuss zasss sana sini aku dengan grup members. Sib baik complete semua. tinggal print, photostate dan filing jer. Tu pun semalam balik lepas solat maghrib. Beli lauk siap-siap, balik rumah makan, telan panadol sebijik (sebab dah sakit kepala tak makan , last makan lunch pukul 1).. 9.30 dah tido dengan Ilman.

Today, Friday.. tunggulah kami semua dekat ofice ni penuh debar.. mulalah rasa lambatnya masa berlalu... then 12.pm bos bagitau semua dah selesai.. Yeahaaaa !! happy dan lega yang teramat rasanya.. So now, sambung marking paper. next week, marking lagi then moderate paper subjek lain pulak, then key-in markah, then preparation for next sem pulak.

Owh.. alhamdulillah atas rezeki dipermudahkan segala urusan pada hari ini Ya Allah..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini