Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 4, 2016

Final exam week, invigilate exam, marking, moderate and Audit SIRIM

Wahh.. keje memang tak pernah habis..

Balik dari Shah Alam tempohari (bila laa nak update short vacation kat shah alam ni), terus keje non-stop. Alhamdulillah diberikan kesihatan walau badan kejap selesema dan sakit-sakit kepala sebab terlewat makan. Lately ni kerap selesema.. balik travel mana-mane je mesti selesema. Lately ni jugak selalu sakit kepala kalau makan lewat atau tak makan dalam satu tempoh masa yang lama. Mmmmm rasanya dah kena start ambik suppliment semula ni.. vitamin C maybe kan..

Ok, back to the story,.sepanjang minggu lepas, busy dengan minggu exam. Revision class, invigilate exam .. penatnya hai pusing hall exam sana sini .. macam marathon rasanya. Then weekend pun penuh aktiviti.

Saturday balik Terengganu, menghadiri dan meraikan majlis kenduri kahwin..  Balik pagi pukul 8, then pukul 7 malam dah sampai rumah. Mmm..alhamdulillah dengan kemudahan LPT yang ada sekarang. Dah boleh balik kampung dengan mudah, selamat dan cepat sekarang. Cuma.. tol la yang agak beban..

Sunday pun keje. Invigilate exam pagi petang. Wahh.. marathon lagi pagi petang. Balik rumah terus pengsan penat.

Monday morning sambung lagi invigilate .. aduh.. bersambung marathon.. penat yang amat rasanya. Then petang start marking paper

Tuesday-Wednesday, preparation for audit Sirim on Thursday & Friday..

Thursday., semalam. aku rasa dah complete bab ISO untuk audit. Dah boleh duk rilex, goyang kaki sambil nak marking paper je. Sekali datang info kata unit aku (unit praktikal) akan diaudit esok. Terus kena update dokumen-dokumen yang berkaitan.. zuss zasss sana sini aku dengan grup members. Sib baik complete semua. tinggal print, photostate dan filing jer. Tu pun semalam balik lepas solat maghrib. Beli lauk siap-siap, balik rumah makan, telan panadol sebijik (sebab dah sakit kepala tak makan , last makan lunch pukul 1).. 9.30 dah tido dengan Ilman.

Today, Friday.. tunggulah kami semua dekat ofice ni penuh debar.. mulalah rasa lambatnya masa berlalu... then 12.pm bos bagitau semua dah selesai.. Yeahaaaa !! happy dan lega yang teramat rasanya.. So now, sambung marking paper. next week, marking lagi then moderate paper subjek lain pulak, then key-in markah, then preparation for next sem pulak.

Owh.. alhamdulillah atas rezeki dipermudahkan segala urusan pada hari ini Ya Allah..

4 comments:

Laura Azura Zainal said...

Yeay!!! Takpe2 nanti kita cuti lama2.

Engku Artini said...

Happy marking zura! Work hard nanti enjoy sama2!

Dr Singa said...

multi tasking !!
:)

Engku Artini said...

Thanks Dr Singa singgah sini..:)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini