Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, December 18, 2016

10 tahun bersama KYP!

18 Dec 2006 - 17 Dec 2016


Alhamdulillah.. today genap 10 tahun aku bersama Kolej Yayasan Pahang
Esok, bermula tahun ke-11.

Syukur rezki Allah beri tak pernah putus. Ada ketika rasa gembira, rasa berjaya, rasa dihargai dan disayangi. Tapi.., ada ketika rasa down, gelisah, putus asa, nak lari dari kehidupan dan sebagainya.
 Tapi alhamdulillah syukur aku masih disini.. berkat doa, sokongan, usaha dan galakan dari semua pihak. Bondalah keutamaanku semestinya!

Apa yang dah aku capai sepanjang 10 tahun disini?

1. Master of Accountancy UiTM 2011
Inilah kejayaan terbesar bagiku disini. Walaupun aku membiayai sendiri pengajian master menggunakan duit KWSP, namun tidak terkecuali kerjasama colleuge, top management sangat bermakna dan terkesan dalam perjalanan pengajian master aku. Terima kasih atas pemberian cuti bergaji selama 2 bulan sepanjang aku membuat tesis. Pengorbanan keluarga lagilah tak terkata. Setiap minggu aku tinggalkan suami & anak-anak di Kuantan sebab kelas pada tiap sabtu & ahad. Hmmmm..takpelah kisah keluarga, aku nak utamakan kisah kolej je untuk kali ni sempena 10 tahun genap aku bersama kolej.

2. Pelarasan gaji master

Alhamdulillah pelarasan gaji berubah dari level degree ke master. Pelarasan ni banyak membantu ekonomi keluarga kami. Itulah antara tujuan utama aku sambung belajar. Hasil sambung master ni jugalah aku dapat belikan gelang emas untuk bonda & mertua..(teringat ucapan toknan semalam masa konvo kyp supaya belikan sesuatu berharga pada keluarga tercinta. )
Syukur teramat atas pelarasan gaji ni sebab ramai.. raamaaiii lagi rakan yang dah tamat belajar master, tapi tak dapat pelarasan gaji lagi..dah bertahun pun ada.. sian mereka & keluarga mereka kan.. moga cepatlah rezeki tu hadir buat mereka

3. Mengajar program degree
Biasanya aku mengajar program diploma. Bila perlu mengajar program degree, barulah rasa tercabar gitu.. haa tapi best jugak tau!

4. Kepuasan dan rasa dihargai
Walaupun kadang adalah rasa-rasa negatip tu timbul, aku simpankan aje. Yang positip aku kenang setiap masa agar terus jadi semangat aku untuk terus menabur bakti disini

5. Bangga melihat pelajar tamat dan berkonvo!
Yes.. memang bangga sekali tiap kali kami berarak dalam dewan konvo kolej dan meraikan kejayaan anak didik kami sendiri!

6. Semua rezki  dari Allah 
Rezeki tubuh badan yang sihat, anak yang sihat, keluarga yang bahagia, kawan yang sentiasa ada di sekeliling, rezki bibik yang baik (ini pun penting bagi aku haha) , rezeki dapat gi bercuti bersama keluarga, rezki kereta baru dan macam-macam pemberian dariNya ..dan kolej sebagai perantara menyampaikan rezki tersebut padaku dan keluarga 

Terima kasih Allah
Terima kasih kolej! 

Celebrating my 10 years dengan konvokesyen kolej semalam






2 comments:

#5 said...

Next 5yrs, pakai topi bulat lak year.. (Cover for me as well)

Nora Karim said...

Alhamdulillah kak... 😁 lama tu 10 tahun... saya sempat empat tahun je hari tu. Itu pun dah syukur, dapat pengalaman mengajar.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini