Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, December 6, 2016

Ambik bibik or hantar pengasuh je?

Aduih... tak abis-abis kisah bibik ni. Pening pikir. Banyak pro & con . Yang penting ikut kemampuan & for long term benefit.

Okeh before kita tengok pro & con, jom tengok cite rasaksa & hulk hogans hari ni dulu. Kuang kuangg kuangg!!

Dah 2 hari aku jadi fulltime housewife aka bibik. Tak paham aku, dari hari sabtu, ahad & harini.. tiap hari dobi baju. Nak tau yang lagi peliknya.. tiap hari dobi guna mesin 11kg. Banyok beno bajunyer kan. Tiap hari.. adeh.. tu belum cite jemur & angkut baju lagi. Lipat? Owh. Memang tak sempatla..  aku dah siap sediakan 7 bakul . Satu bakul sorang. Haha nangis tengok.  Sekarang aku cuti lagi dah huru hara bab kain baju. Tak taulah camne time dah keje nanti

Then bab kerja rumah. Memang non-stop. Macam pagi tadi, plan nak gi survey taska ilman. masak pasta ringkas dulu untuk kids.  dah siap masak, suap budak-budak makan dulu. Bagi diorang kenyang dulu. Pastu baru aku makan roti & milo & pasta tu sikit. Pastu mandikan ilman & yaya terus. Pas siapkan diorang baju semua, sidai kain yg dalam mesin basuh 11kg tu. Mak aih banyaknye. Then nak gi mandi, durrah pulak berak. Adehla.. dah setle semua baru aku mandi. Eh sebelum mandi masak nasi & sup ayam siap-siap. Balik nanti terus boleh suap diorang makan kan. Non stop kan!

Balik taska, singgah kedai runcit je pun. Nak beli ayam & kentang je. Tapi huru hara betul dengan ilman nak lari sana sini, budak- budak pulak poww macam-macam.. huuu
Sampai rumah, suap diorang makan. Ilman, yaya, durrah sekaligus. Then masak lauk aku & hasya pulak. Goreng ayam kicap je pun. Pastu time nak makan, ilman pulak berak sembelit. Sambil tunggu dia berak tu aku makan dulu. Sib baikla hasya banyak tolong tengok adik dia ni. Kiranya sambil makan, terpaksa aku pujuk ilman yang tengah sembelit tu suh teran.. huuu dasyat betul rasa..tapi nak kejar masa punya pasal kan.. lagipun dah lapar. Kalau lewat makan nanti aku akan terus jadi resaksa lagi bahaya hahaha

Rumah entah rupa apa dah. Toys sana sini. Air tumpah sana tumpah sini jap lap jap spray.. memang huru hara. Jap yang tu nangis jap yang tu ngamuk.

Haysa ..ketua kumpulan .. ni main doktor-doktor

Ni pesakit
Tangan durrah kena masuk besi, balut dengan kain anduh katanya..

Hai la anak. Time ni aku tak kisah. Tapi bila time-time tertentu aku akan bertukar sekelip mata jadi rasaksa. Bila aku tak cukup rehat aka non-stop keje kemas rumah, or time aku lapar.. haa siaplah semua..ampunkan ibu nak. Emosi ibu tak stabil lagi ni.
 Tido pun tak lena.. ni dah pukul 12.. pun tak boleh tido lagi hmmm

Ok back to tajuk asal.

Pro & con kalau tak ambik bibik:

Kos anak saja hampir 900, belum masuk ot kalau ambik lewat . Confirm ot punyalah sebab kena ambik kids di tempat lain-lain. Tapi gaji bibik baru 700 je

Rugi masa banyak sebab nak kena ambik anak kat banyak tempat tu lah. Bagi aku hari bekerja.. masa sangat berharga ..sebab kul 10 biasanya dah nak tido. So kalau sampai rumah lewat, nak masak lagi, anak-anak pulak baru nak manja sebab sari suntuk kat sekolah kan. camne nak masak, nak makan kan
Tapi kalau pakai bibik, boleh balik rumah terus lepas kerja. Lepas main-main dengan kids jap, bibik boleh tengok anak pulak sementara aku masak then makan sama-sama

Cost awal ambik bibik agak tinggi. Overall dalam 4k+ untuk invest. Ni aku dah tolak kos lain . Bersih aku kena tanggung 4k lah.
Tapi cost ni adalah untuk long term. Minimum contrak  keje 2 tahun. Rasanya agak berbaloi kut bayaran ni dengan ketenangan, keadaan rumah yang bersih, aku pun dapat berehat dengan aman & selesa. Tak perlu jadi resaksa dah haha!

TAPI
yang paling aku risau atau risiko utamanya adalah dari segi kebolehan dan kesabaran bibik tu handle kids nanti. boleh keje dengan baik ke dia ni? Camne kalau dia dera ilman yang lasak sekarang ni? Boleh ke dia handle macam bibik sebelum ni? Aku memang thums up kat bibik tu..terbaik sangat buat keje. Tak perlu bersuruh & tak perlu risau bab anak dengan dia. Bab rumah lagilah ok
So ni lah yang kami risau sangat

Mmmmmmmmm.. kalau kira kos, ambik bibik memang sangat berbaloi. Lagi-lagi kids sekarang memang kuat makan. Kalau bibik takde jawabnya tak sempat masak & banyak kena beli je. Parah tau sekarang kalau beli lauk kedai tiap hari. Tapi kalau bibik ada macam sebelum ni, aku ada banyak masa untuk masak sendiri je. Jimat sangat & makanan pun lagi bersih & berkhasiat..chewahh (padahal makan kek je manjang..hihi)

So camne..
The risk vs the benefit!

What do u think guys?

Dilema anak ramai ginilah
Help me please..
Amboiii kemain malam ni tido sama-sama !! Ye lah dah 2 hari main gaduh sama-sama kan. Suka aku tengok diorang tido. Jarangla moment tido sama-sama ni berlaku tau.. jarang sangat!


1 comment:

Nora Karim said...

Alahai anak2, sekejapan je membesar...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini