Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Sunday, December 4, 2016

Bibik balik indon sudah..

Hmmmm hingga saat ni..kami dalam huru hara..macam ilman dalam gambar ni
Masa ni kat library johor. Bibik dah balik masa ni . Aku biar je dia panjat rak buku dari dia duk buat sepah buku kat rak. Letih kejar dia dan kemas balik buku tu

Ok. 1 dec 2016 bibik balik indon. Naik di jeti Stulang Johor.
Masa sampai kat kaunter pukul 8.15 am, feri dah ada , nak berlepas pukul 8.45 am. So diorang suruh masuk terus. 
Jadi gopoh gapahla kami. Ingatkan boleh salam peluk cium, ambik gambar nangis-nangis dulu. Tapi bagus jugak bila kena cepat-cepat ni, tak sempat nak nangis hihi

Peluk sakan durrah dengan bibik. Sorry muka bibik blur sebab semua kalut nak cepat kan. Gambar aku pun takde ( i is jeles tengok gambar ni.. kebetulan sama kaler pulak.. adeh baju je pun sama nak jeles kan)

Kat pintu berlepas

Kami intai dari luar jeti je.. tengok sampai bibik selamat naik bot baru kami cau.. baru lega dah selamat naik bot.Bot ke batam. 2 jam perjalanan

Sampai ke batam, dia ambik taxi ke jeti skupang pula. Then naik bot lagi dari skupang batam ke tanjung balai 1 jam setengah.  Malam tu bermalam di tanjung balai.
Pagi esok baru dia naik bot dari tanjung balai ke kampung dia.. 8 jam perjalanan naik bot..err nak muntah dengar naik bot 8 jam..tapi bagi dia normaal

Alhamdulillah.. lepas dan lega dah kami bila dapat tau dia dah selamat sampai ke kampung.  Masa kat tanjung balai & batam dia takde call kami cakap dah sampai. Risau la jugak kan kut ada masalah ke..ada orang jahat ke.. ish macam-macam aku pikir. Macam nak hantar family terdekat balik kampung pulak rasanya. So bila dah sampai kat kampubg.. baru dia call dah selamat sampai. Rupanya dia tak dapat nak call aku masa kat tanjung balai sebab tak reti nak buat call dari indo ke malaysia
 Tak dapat ..tak ada code number katanya. 
Sebenarnya 2 tahun lebih bibik tak balik kampung.. orang giler jer yang tak rindu kampung kan. Eh rindu anak lagilah. 2 tahun tak jumpa anak. U all mampu?.. kalau aku mampus dah rasanya huu

Semoga dia bahagia dengan kehidupan dia bersama keluarga tercinta..walaupun hidup kami pula huru hara.  Nanti aku cite next entry kalau sempat
Dia dah duduk dengan kami hampir setahun setengah. Sebelum tu dia duduk dengan majikan lain. Walaupun sekejap je..tapi hubungan kami terutama anak-anak sangat rapat. 
Tapi apakan daya, puas di pujuk.. keluarga di kampung tetap menjadi pilihannya. Its good for her but not for us. Tapi haruslah kami redha kan

Oh ye.. bibik balik kampung ni bukan balik bercuti yek..tapi balik terus. Lagi 5 tahun kalau ada rezki baru dibenarkan kerajaan untuk masuk malaysia balik..
Tapi.. 5 taun tu macam- macam boleh jadi. Kehidupan sekarang perlu diatur semula..

1 comment:

Nora Karim said...

Mudanya bibik akak... hehehe sayangnya dah balik kampung pula yea kak... moga Allah permudahkan urusan akak...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini