Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, December 16, 2016

Cinderelela cantik!

Okey.. life 360 darjah bertukar sekarang

Hasya, Amna & Durrah stay kat rumah. Aku dah siap masak tiap pagi. Jangan buka pintu, jangan masak, jangan keluar rumah etc
Dhia ke rumah pengasuh lama
Ilman ke taska (mmmm tiap hari masih nangis ke taska.. aduhai tiap pagilah mood aku swing. Tiap pagi bawa dia ke kedai dulu, ke taman nak bagi happy.. tapi sampai ke sekolah terus nangis..anak o anak)

So, walaupun ada 3 orang puteri addinies kat rumah.. aku dah setkan jadual harian diorang:
belajar - 3 jam
solat & mengaji
sapu rumah
angkat baju kat ampaian kalau ada then asing ikut bakul baju masing-masing
makan (ofcos la kan tapi saja la aku tulis dalam list tu)

So, tiap hari balik kerja rumah kemas. Sebab diorang duduk bertiga je kan.. bersapu tiap hari kan.

Tapi ni cite malam kelmarin.
Aku sakit kepala sebab lunch lewat. 8.30 malam aku dah tido. Baju penuh sebakul hubby tolong dobikan (alaaa masuk mesin then tekan butang je kan). Bangun pagi esok, aku tak sempat nak sidaikan sebab dah lewat siapkan lunch diorang siap-siapkan. Jadi plan balik petang nanti lah baru sidaikan.

Tapi
Balik keje.. aku intai mesin..eh kosong.. hubby pun kebetulan ada kat dapur.. kami sama-sama pandang.
Eh abang sidai baju ke?
Tak lah.. 
Eh kakak ke? Tengok kat ampaian ada baju?
Eh takde baju pun kat sidai luar ni.
Aku masuk dalam bilik tempat baju 7 bakul tu..
takde pulak bakul lebih yang bercampur semua baju. semua ada 7 bakul jer
Oh maksudnya dia dah siap sidai, angkat dan asingkan ... wah.. rasa terharu jap

Malam tu sudah dinner aku masuk bilik addinies.. diorang ni tak abis-abis duk main macam-macam
Aku pun mula bercerita..

Nak tau tak.. dulu rumah ibu ada cinderelela. itu duluuuu.
Bila ibu penat, ibu tido awal tapi bila ibu bangun awal pagi tu nak kemas.. terkejut ibu tau sebab tengok semua pinggan mangkuk dah basuh, baju dah siap, rumah kemas dah bersapu,.. kira bersihlah kan.. Baru ibu tau rupanya ada cinderelela kat rumah ibu..
Tapi tu dulu lah.. sebelum kita ada bibik
Tapi kan.. ibu rasa kan cinderelela tu dah ada semula kat rumah kita
sebab tadi ibu tengok baju kat dalam mesin basuh dan hilang. kat sidai pun takde, kat bakul campur-campur baju pun takde.. 
Wahhhh ajaiblah kan!
Ibu suka cinderelela tu tau..!

Terus hasya jawab..

Haaa mestilah ibu
Kalau ibu nak tau.. itulah cinderelela cantik namanya.. (sambil buat gaya sekali)
hahaahahahaaa...semua ketawa

Tq princess..!
Bangga ibu tau..


1 comment:

Nora Karim said...

Dah besar dah hasya.. memang nampak kakak-kakak sangat...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini