Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Monday, December 5, 2016

Huru hara kami selepas bibik balik kampung

Siapalah kita untuk merancang dan memastikan semuanya berjalan lancar kan. Semuanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

Merenung masa depan yang belum pasti ke ilman?

This is our plans..

PLAN A:

Ejen janji nak uruskan bibik balik kampung & masuk semula Mesia. Mudah betul dia cakap macam kacang. So kami plan bibik balik kampung dalam 2 mingu gitu then masuk keje semula. Time dia cuti tu aku jaga anak sambil anak buah husband tolong jaga skali.
Tup- tup ejen senyap, call x angkat, wasap x reply. Aku dah set date, 1 dec 2016, urusan bibik balik kampung mesti selesai sebab nanti aku kena cuti jaga anak plus semeter baru dah mula.. tak boleh cuti banyak sangat . Since ejen main senyap je, aku pun tak bayar satu sen pun lagi kat ejen, jadi kami proceed dengan Plan B

PLAN B:

Kami uruskan sendiri bibik balik indon dengan Iman KTI kuantan & imigresen Kuantan . Yang ni program pulang secara sukarela ke 5 negara terpilih oleh kerajaan. Program ni tamat 31 dec 2016. Jadi nak tak nak perlu hantar bibik balik indon jugak sebab kalau selepas tarikh tu, bibik boleh balik imdon dengan cara seludup je. Tak nak lah kan.. kami ambik dia elok-elok, biarlah dia balik elok-elok juga dengan cara betulkan.
 28hb kami g setlekan semua. Bayar RM1250 untuk semua dokumen termasuk tiket feri dari stulang ke batam. Sepatutnya bibik naik feri dari kukup terus ke tanjung balai. Tapi Iman TKI kuantan tak jual tiket dari kukup ke tanjung balai sebab kukup takde jual tiket online katanya. Jadi terpaksalah bibik lompat feri dari stulang-batam, batam-tanjung balai. Kalau uruskan di IMAN KL, course cuma dalam 900+., cost kat kuantan kena tambah lagi RM200 sebab "kuantan ni cawangan je puan. Kalau nak jimat puan boleh buat di Kl. " mmm memang tak lah kan pergi KL dengan cost transport, masa dll kan. Jadi kira cost hanguslah 200 tu.

Di imigresen kuantan, bibik tengah kena soal siasat dengan pegawai imigresen




Risiko bila daftar balik ikut program sukarela ni adalah bibik dah tak boleh berkhidmat di Malaysia dalam tempoh 5 tahun. Nama dia kena blacklist dengan imigresen (maklumlah PATI kan sebab kami tak dapat buat permit bibik, majikan lama tak buat permit & tak bagi pun pasport bibik kat kami..thats why bibik kami adalah PATI).

Plan B adalah kami minta tolong anak sedara belah husband tolong jaga budak-budak sementara nak dapat bibik baru or pengasuh yang serasi. Dia ni baru abis SPM.. nak jaga 2 bulan katanya. Aku ni takdelah harap sampai 2 bulan pun, sebulan dah ok kut. Maklumlah budak lagi dia ni kut jemu dengan keje jaga budak ni. Niat kami bukanlah nak jadikan dia bibik pun. Sekadar tolong jaga masa kami gi keje pun dah ok kan..

Since dia volunteer nak datang jaga 2 bulan, lega jap kami. Dah janji 3 dec kami ambik dia kat kampung. Tapi ...
Mmmmmmmmmmmmmmmmm ni yang buat haru biru ni.
Tunggu punya tunggu 3hb tu tak sampai-sampai. Wasap tak reply. Suspend dah aku masa ni.  Then lewat petang pukul 3, aku ambik henset husband.. nak tolong caj je sebenarnya. Tapi tergerak hati nak tengok wasap . Then ternampaklah wasap dari dia ke husband.. pukul 7 pagi..
" sorry tak dapat balik takde orang nak hantar. Lenkali kalau kakak saya balik nanti dia hantar kat kuantan"
Haaaa? Lenkali tu bila? Apa perasaan aku masa tu??  Cari husband! Tapi...
Husband pulak tido masa ni. Aku tau sangat husband mesti tak baca wasap tu sebab dia memang jenis tak baca wasap sangat. Lagipun kalau dia dah baca mesti dia dah info aku kan..
Pening kepala aku masa ni.husband tido, ilman, yaya pun tido. Aku pun bantai tido sama. Malas nak serabut kepala pikir walau memang dah serabut kan

Can u imagine.. dia deal dengan aku, janji nak datang, nak balik kampung then balik kuantan sekali etc, tup tup bagitau kat husband tak jadi..
Haip! apa masalah ni.. kalau tak nak bagitau awal-awal la kan. Takdelah masalah baru pulak timbul

So now acane??

PLAN C

Dalam kusut masai duk pikir masalah pengasuh baru ni, mmm today kena cari taska baru or sementara untuk ilman. Yang lagi 4 orang tu camne..?? Adeh pening lagi..

Need extra OXYGEN please...

Manelah nak cari taska on the spot nak terima baby ni kan.. dengan tetiba nak paksa ilman gi taska .. alahai kesian anak.
Sian hero ibu ni esok tetiba kena gi skolah.. sekolah mana pun tak pasti huuu


PLAN D:
Masih blur untuk another 4 addinies nak tinggal kat pengasuh mana. Pengsan nak hantar nursery semua kan..

Moga dimudahkanlah satu-satu haru biru dalam hidup kami ni ..

1 comment:

Nora Karim said...

Alahai, susah juga kalau tak de bibik kan kak... now rasanya semua dah settle kot kan?!

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini