Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, December 15, 2017

Main masak-masak : Waffle

Kali ni main masak-masak waffle
Waffle maker beli kat Lazada
Tara.. yang ni guna tepung waffle ready made.. senang je lah.. bancuh dengan air je
Tapi agak mahal.. rasanya RM18 sekilo ..

So sekarang masih mencari resepi terbaik. Dah cuba 2-3 resepi tapi nak cari yang lebih sedap lagi

Kalau ada resepi sedap , bagitau eh! Thanks in advance :)

New journey for me & Hasya

Alhamdulillah.. Hasya mendapat keputusan UPSR yang baik.  Gambar ni masa turun pentas ambik result.. nampak kelegaan kan.. ibu lah yang lega.. Hasya rilex aje hi hi

dan semalam 16 Dec, first step hasya gi ujian bertulis untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Ujian kat SEMSAS Kuantan je..  So aku angkut semua sekali.. cuti sekolah kan..
Result belum tau lagi.. ujian pun secara berkomputer... tunggu next step pulak. Moga ada rezki untuk anak ibu InshaAllah

Happy Graduation Day Hasya Addini

Date : 18.11.2017 (Sabtu)
Tempat : Sek Keb Assunta Convent Kuantan

Hasya bersekolah kat sini dari darjah 1 hingga darjah 6
aku pulak rasa sedih tengok keakraban sesama mereka .. terutama kasih sayang dari guru-guru mereka.. seperti anak-anak mereka je layaknya 
Terima kasih diucapkan cikgu-cikgu semua yang menjaga dan mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang .. anda semua memang hebat dan terbaik!

Hasya : barisan tengah, 5 dari kiri
yang duduk di tengah .. guru kelas Hasya yang sangat baik, Cikgu Zairol

Selepas turun dari pentas, terus kami bergambar kat bawah je.. 

Hasya dan Mysara.. rakan dan jiran terdekat.. hari-hari main sama-sama
Bunga yang kecik tu beli dari sekolah.. RM15... hmmmm

Aku dan hasya.. hujung belah kanan

Bukan senang nak naik pentas sama-sama dengan yang tersayang kan
Alhamdulillah Hasya terpilih sebagai tokoh pelajar cemerlang Kurikulum.. so dapatlah aku naik pentas. Semua ibu-ibu je yang naik pentas.. bapa-bapa tangkap gambar ha ha! Semoga kejayaan ni menjadi pendorong untuk terus berjaya dan menjadi ikutan adik-adik semua.. Insha Allah.

Hmmm.. imbau balik kenangan naik pentas ni, dulu pernah pertama kali jugalah aku naik pentas meraikan kejayaan yang tersayang.. masa tu gigih aku yang sarat 6 bulan mengandungkan Ilman.. naik bas sorang-sorang dari Kuantan ke K.Trg tengah-tengah malam.   Then esok tu balik semula dari K,Trg ke Kuantan. Syukur tak sia-sia usaha aku sebab nampaknya yang tersayang tu terus mengorak langkah demi langkah mencapai kejayaan yang diidamkannya.. Tahniah my dear.. we are so proud of you! Teruskan dan kekalkannya..

Hasya : Line tengah, 4 dari kiri
yang duduk hujung sekali, lelaki adalah cikgu zairol, guru kelas hasya

Ni hari terkahir hasya di sekolah. 
Aku tanya dia.. napa mata kakak bengkak?
Alaa.. sedihlaa ibu.. ha ha!
Ingat aku je yang over sedih.. rupanya dia semestinya lagi sedih kan

Semoga terus berjaya semua my Love
Terima kasih guru-guru sekolah assunta


Happy Graduation Day Durrah Khayla Addini


Date : 11.11.2017 (Sabtu)
Tadika Pasti Al Hidayah Beserah
Tempat : Era Gemilang Event, dekat airport Kuantan


Moga jadi anak ibu yang solehah dan menyejukkan hati selalu.. menjadi kebanggaan ibu abah dunia akhirat ye.. InshaAllah sayang!


Shopping with my young man!

Wah.. terus young man.. padahal baru 2 tahun Ilman.. hi hi!

Aku cuba untuk jadikan Ilman my man.. harusla kan! Tak boleh latih dia manja-manja sangat!
Selalunya aku cukup risau kalau bawa ilman gi shopping especially groceries.. keadaan akan jadi memang huru hara.. Nak cari barang lagi.. nak cari dia lagi ha ha! Kadang dia sengaja main sorok-sorok.. Padahal aku dan hubby memang dah cukup risau kalau tak nampak kelibat dia depan mata walau sesaat.. sebab macam-macam boleh jadi.. macam-macam dia boleh buat.

Tapi .. pernahlah jugak aku terbaca.. pesanan orang-orang..
anak lelaki ni biar dia explore semua keadaan supaya dia jadi kental dan melawan arus kehidupan
jangan biar dia terkurung.. nanti dia tak tahu realiti kehidupannya nanti jauh berbeza dari kurungan hidupnya tu.

Jadi, one day, balik taska.. aku bawa Ilman gi Nirwana .. ni first time aku gi dengan Ilman je... alahai nervous jugak rasa.. Apa yang aku plan, kalau keadaan tetap huru hara macam biasa. jawabnya tak jadilah beli barang nanti.. Tapi takpe, kita try dulu!

So aku buat deal dengan Ilman.. tak boleh beli mainan. Kita beli ayam dan susu ilman je.. Ok ibu katanya ha ha.. Kita tengok ok

Masuk nirwarna dia ambil bakul tarik.. dia nak bawa sendiri.. terus gi cari susu.. then letak dalam bakul. Then cari ayam.. tunggu orang potong ayam..then dia nampak kentang.. kitorang selalu beli kentang untuk amna.. so dia sebut suruh beli kentang amna.. okla.. ambik letak dalam bakul. Then sudah ambik ayam.. dia nampak tembikai.. nak tembikai katanya.. ok takpe boleh.. asal makanan yang sihat aku ok kan je.. then gi timbang.. pastu lalu lorong pasta cari pasta sikit.. cari susu kotak untuk masak.. pastu gi bayar.. Semuanya teratur je.. sampai kaunter eh lupa belum ambik roti. ambil roti jap pastu bayar. Ilman memang bawa duit 50 sen awal-awal tadi, dia bagi pada cashier nak bayar katanya... ha ha gelak je cashier. Dah bayar, minta dia bawa satu plastik .. yang paling ringan plastik kentang je. agak berat sikit.. tapi takdelah berat sangat. Saja nak dia belajar.

Akhirnya.. berjaya shopping dengan Ilman kat nirwarna. Wah kemain suka bila orang duk puji Ilman good! Nak gi lagi katanya!

Ok Ilman, lain kali ibu bagi cabaran lain pulak ok!

Hai.. nervous lagi lah jawabnya

gambar lama masa awal dec baru ni shopping kat pengkalan kubor.. memang huru hara. ha ha! tangkap broza se untuk ilman supaya dia pandai main gaya boy sebenar (konon hi hi)
Harga : RM70- muroh kan!

Masih cerita di pengkalan kubor.. beli pedang lambang kesatria melayu sejati ha ha
7 riyal je.. muroh kan!


Ni pulak masa gi makan kat PDM Beserah. Kakak takde masa ni sebab gi rombongan sekolah ke Melaka dan KL. Hubby pun takde . ada meeting kat KL. So macam biasa memang huru hara jadinya ha ha! 

Friday, November 10, 2017

Juzu' 30 & homemade pizza large size!

8 nov - alhamdulillah dah masuk juzu' 30. Lamanya aku ni mengaji.. kena improve lagi lepas ni ye rtny!!

Hasya request nak bawa pizza untuk bekal rombongan sekolah ke melaka & kl. Bertolak pukul 7 pagi.. so nak buat makan dalam bas katanya.. ok la nak.. ibu pun dah lama tak buat pizza.. semangat juga bila anak order ni. Hehe!

Deluxe cheese & beef pizza.
Yang ni bekal hubby & aku




Yang cheesy belah kanan tu semua hasya bawa bekal dalam bas.. share dengan kawan-kawan!

Ni lah peneman setia ibu.. kakak sibuk tengok tv aje kalini. Takpe.. lenkali kita pulak order dengan kakak kan ilman.. set!




Wednesday, November 1, 2017

Strawberry tahan lama lebih 10 hari!

Kami dimurahkan rezeki bercuti jap di Cameron baru ni. So masa nak balik, strawberry mestilah buah yang wajib dibeli. So kami beli la sikit .Beli pada 21 Oktober , Sabtu.
Buah stawberry memang biasanya tak tahan lama kan. Tapi kami berjaya mengekalkan kesegaran strawberry ni selama 11 hari..wowww kan!!

1. Bila sampai rumah, aku basuh, buang daun dan tangkai. Buah yang macam nak lembik or berair tu makan je terus..jangan campr sekali.  

2. Keringkan buah dulu.. sejat kat penapis then lap-lap sikit supaya takde air lagi. 

3. Ambil bekas TUPPERWARE. atau yang penting bekas yang kedap udara. Tupperware jenama TUPPERWARE biasanya memang confirm kedap udara. 

4. Alas tupperware dengan dengan tisu kering. 

5. Letak buah strawberry jarak-jarak sikit. Jangan terlalu rapat.

6.Simpan dalam peti bawah je. Jangan letak peti atas. Dulu aku pernah letak peti atas, memangla keras macam ais, tapi tak lama pastu terus lembik cair macam ais..huu

Ni buktinya semalam. 31hb. Selepas 11 hari, buahnya masih segar.

close-up sikit... 
Segar kan!

Cubalah sendiri!!
Boleh makan coklat strarbwerry lagi weekend ni...nyum nyumm!!

Tuesday, October 31, 2017

Kuih Cara Manis

Resepi ni ambil dari Kak Azie Kitchen
Terima kasih kak azie.. resepi akak semua sedap dan menjadi.

3 cawan santan
2 cawan gandum
2 biji telur
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Daun pandan (aku tak guna)
Semua bahan ni aku blender je semua.. hi hi.. senang kan.. kacau-kacau sikit dengan sudu bagi rata, blend lagi.. dah rata .. terus letak dalam acuan. Aku tak tapis.. malas sebab lambat he he

Inti : gula

Sebelum tuang tu, sapu minyak dulu sikit kat acuan
Tuang then tabur gula kat atas kuih tu

tutup dengan tudung periuk..guna api paling perlahan supaya tak hangit kat bawah
Jangan tutup rapat sangat.. bagi ruang udara sikit supaya wap udara boleh keluar. Kalau tak, kuih jadi lembap kena wap air

sambil-sambil tu intai tengok.. cucuh guna lidi.. kalau dah tak melekat tu.. masak dah 

 
 Siap masa sepatutnya dapat 42 keping.. tapi tinggal 24 jer.. hmmmm
Pastu aku solat, mandi bagai..
Keluar bilik.. kuih cuma tinggal 2 bijik jer huaaaaa
Terus cop untuk ibu satu, abah satu.. tu je yang sempat.
tu pun abah tak sempat, ilman pow jugak.. 


Takpe.. makanlah nak.. ibu happy tengok anak ibu makan



Monday, October 30, 2017

New chapter for me & Hasya! 2018

Tahun depan, 2018 Hasya akan melangkah ke Tingkatan 1..InshaAllah.
Bermulalah perjalanan baru untuk Hasya dan keluargaku..
Dan sesungguhnya.. kami berserah segalanya kepada Yang Maha Berkuasa yang telah mengaturkan perjalanan kehidupannya..
Kami cuma penyebab dan pendorong ke arah perjalanan tersebut..
Maka.. setelah berusaha dan berdoa.. kami serahkan segalanya kepada Allah S.W.T yang lebih mengetahui atas segasa sesuatu..




1. Untuk SBP, kami tergerak hati untuk memohonnya bersekolah di sini..

Kolej Tunku Kursiah, Nilai Negeri Sembilan
Keputusan yang dibuat agak lama.. banyak pro & con yang dibincangkan bersama.
Hasilnya, kami nekad untuk memilih sekolah ini sebagai pilihan utama. 
Terpulang pada ketentuan Allah S.W.T semuanya.
Kami berserah kepadaNya semata..

2. MRSM.. kami memilih di sini

MRSM Muadzam.

Semalam siap segala permohonan.
Semoga dipermudahkan segala proses permohonan
Dan dimurahkan mana-mana rezeki untuk Hasya
Tak terlalu berharap..
Tapi berdoa yang terbaik untuk Hasya
Kami redha atas segala rezeki yang telah ditakdirkan untuknya.
dan 
kami berserah kepadaMu semata Ya Allah
Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana
Ameenn



Friday, October 27, 2017

Lamanya tak balik kampung!

Last balik kampung 11 Ogos 2017- tu pun atas urusan kerja .

Then, 24 Ogos kami ke USM untuk pertandingan IOEC Hasya.

30 Ogos balik raya Haji, kali ni turn raya Chemomoi.

15 September, kami berkampung bersama Bonda dan family yang datang dari Terengganu , kali ni buat pertama kali berjaya pujuk bonda bercuti di hotel.. Swiss Garden Resort Kuantan je pun.. tapi seronok sebab berkumpul ramai-ramai.
Suka tengok muka bonda ...happy sangat kan!


Semua happy!!


22 September, kami ambil peluang ke Lanjut Beach Resort jap
Best jugak kat sini walaupun agak boring.. environment dia best!! View dia memang cantik especially lepas subuh.


7 Oktober, ada kenduri bekas pengasuh Durrah di Kuantan
14 Okober , aku duty sebagai invigilator exam
21 Oktober, kami bercuti di Cameron..yang ni memang dah plan lama.. so harusla pergi jugakkan!
Cameron Lavender... memang cantik!! 


28 Oktober, Hubby ada team building di KL
3 November malam, aku duty as liason officer. Tambahan Hasya ke KL selama 3 hari 2 malam untuk rombongan sekolah
11 November, hari konvokesyen tadika durrah
18 Nov- hari penyampaian hadiah sekolah Hasya

Fuhhh... penuh sudah.
Kalau ada rezeki, 25hb baru dapat balik kampung.. huuuu.. lamanya..!

Moga dimudahkan dan diberikan peluang untuk kami jenguk bonda di Kampung!

Friday, October 13, 2017

Enjoy @ Mini Carnival Didi and Friends , Kuantan City Mall

Semalam kami ke sini
Gigih aku bawa kids ke sini malam tadi jugak.. first day opening Kuantan City Mall tu
Sebabnya.. aku expect, kalau gi weekend ni mesti penuh orang.. aku memang tak suka gi ramai-ramai.. pening.. dengan nak jaga anak anak anak anak anak lagi.. hahh sampai 5 kali aku tulis anak

Sebenarnya.. unplanned pun ni..
Semalam aku nampak kat fb, orang duk share pasal karnival ni
Bermula semalam, Khamis 12 Oktober - Ahad 15 Oktober
Memandangkan Sabtu ni aku kerja, then kalau nak g tengok belah petang or malam.. memang tak laa kan.. mesti ramai giler orang..
So, kul 4 lebih semalam.. terus confirm dengan hubby.. kita bawa kids gi malam ni jugak.. gitu.. ha ha!

So, here we are
Enjoy sungguh budak-budak!
Sebenarnya mak pak budak pun semua enjoy!
Yang penting.. percuma .. yeaaa mana nak dapat free sekarang kan!

Tengok, kami dapat seat depan stage.
Depannnn sekali.
Tengok Ilman tu.. tak beralih tempat duduk dia tu..
Sib baik Nana tak terpijak tangan dia.. maklumlah.. bukannya nampak kat bawah Nana tu kan.
Layan gambar dulu ok










Kami sampai sini pukul 7, Alhamdulillah senang dapat parking..(baca doa parking maa hihi!) parking kat luar mall, tapi betul-betul depan mall je.. Kalau parking kat dalam mall, aku rasa mau penuh, jemm.. lambat nak beratur keluar masuk nanti.

Masuk mall je, orang tak ramai lagi..Terus cari surau. Tingkat 5 katanya.. So cari lif..takkan nak naik tangga kan. Tapi.. semua lif penuh. Buka pintu lif je penuh.. Alamak. kena tukar plan B.

Jom cari tangga ke ground floor, kita naik lif dari ground floor, confirm boleh naik. Tapi.. cari punya cari tak jumpa. Yang jumpa escalator ke level 1 je.. Tukar plan B.. kita naik escalator je lah sampai level 5 ok.. ok lah kan.. bukan naik tangga pun. 
Escalator Level G - ok
Tapi.. escalator level 1 - tak function, so menapak la kitorang beramai-ramai ke atas
Escalator level 2 - ok
Sampai je level 3, takde dah escalator.. alahai.. pusing lagi cari escalator lain
then.. jumpalah escalator level 3 ni.. huu.. dah letih dah ni
so, naik escalator level 3
Sampai je level 4, tengok ramainya orang beratur, buat apa ni? 
Semua nak beratur ambik wuduk ke ? dasyatnya...!! (dalam hati aku la kan.. kih kih..)
Tapi.. ha ha.. jauh panggang dari api tanggapan aku tu,, kelakar tul
Rupanya depa beratur...sebab nak masuk free screening ! Free tengok wayang!
Adeh... tak tau lah aku.. kecewa pun ada rasanya.. 

Then kami teruskan je lah naik escalator level 4 menuju ke level 5
Then.. meronda cari surau.. level 4 ni, level parking rupanya
Cari- cari, pusing sana pusing sini, tanya staf, tapi panduan salah rupanya.. maklumlah tempat baru.. dia pun tak berapa tau
tapi takpe.. akhirnya.. jumpala.. besar dan selesa suraunya
Aku banyangkan suraunya mesti penuh..
sepenuh lif yang orang duk naik tu
lagipun surau ECM dan Kuantan Parade memang selalunya penuh kalau maghrib ni.. 
Tapi.. alahai.. boleh kira berapa orang yang solat..
Jomlah adik-adik.. solat dulu
Maghrib kejap je waktunya
Sedih aku tengok tau

Sudah solat, terus cari lif,, tapi macam tadilah.. lif penuh.
So, buat plan D, naik ke atas dulu..
hehe.. yess berjaya!
Naik ke atas, then baru turun ke bawah...
Hi hi hi.. terpaksalah kan..
Tapi.. kan.. sampai level 1, lif terbuka, ada orang keluar, then tutup
Pastu, macam tersangkut,,, ala.. turun then stop, terasa macam tergantung je lif.. berdebar jugak .. tapi positif! semua diam. Masa ni lif penuh. Pastu pintu lif terbuka.. rupanya MashaAllah, betullah lif tu tersangkut. Lif tu dalam keadaan 1/5 tersangkut.. Allah, terus kami beramai-ramai keluar lif.. Berdebar betul..

Then, terus cari escalator tuju ke level bawah
Then, taraaa.. tempat tepan stage masih kosong.. masa tu baru pukul 7.45 camtu. Kami pun terus duduk cop tempat. Dalam pukul 8 camtu, DJ dah start acara.. ada nyanyi-nyanyi, bagi hadiah dan macam-macam.. Memang best!! Happy betul budak-budak! Aku pun happy hi hi hi!
Then, pukul 8.30 barulah Didi, Nana dan Jojo keluar... wah masa ni lagilah happening!! Nyanyi lagi beramai-ramai dengan Didi ni..dalam 15 minit jugak nyanyi
Then, sesi bergambar dengan diorang.. 
lepas tu kami terus balik. Tak sanggup eh, nak window shopping bagai .. orang ramai giler.

Ni tentative mini carnival Didi
Kami join karnival dari pukul 7.45 hingga 8.45 malam..
Memang enjoyyyy!!

Slot kejutan bersama Didi tu apa? Owh.. sila bawa My Kids anak ye.. Anak yang lahir bulan 10 akan ada kejutan untuk mereka.. Aku tertinggal My kid budak kembar dua orang ni.. Amna dan Durrah. Diorang lahir tarikh yang sama, 20 Oktober, cuma tahun yang berbeza. Hmmm.. Tu lah., unplanned kan.. tetiba jer nak datang.. so, bawak benda yang penting jer. Takpe lah nak... chewah.. yang penting kita happy tengoh Didi and friends kan! Horaa Horeyyy!! Memang niat aku bawa diorang datang pun cuma nak bergembira dengan Didi jer .. anggap jer lah takde rezeki untuk kita. Kita dah dapat rezeki duduk seat vvip kat depaaan sekali kan.. Tu pun rezeki jugak tak perlu berdiri bersesak-sesak dengan orang lain bagai. Kita  bagi peluang tu untuk orang lain peluang ok :)

Overall, 5 stars untuk mini carnival ni..!!
Jomlah datang beramai-ramai bawa anak-anak!



Video-video aku letak kat facebook.. tak lepas kat sini.. sili klick di sini 


Nasihat aku untuk mereka yang nak datang sini, solat siap-siap kat luar. Ada Masjid Hentian Putra kat depan mall ni. Atau boleh je solat kat mana-mana masjid lain kan.

Thank you Caliph Kids Supplement yang sponsor mini carnival!!
Memang best!!



Friday, October 6, 2017

Minggu Peperiksaan Akhir

Bismillahirrahmanirrahim

Tak tau nak mula kat mana
lesu.. lemah .. tak bersemangat dah rasanya
kata orang .. lemau sudah :(

Minggu yang sibuk
Minggu depan student akan mula sit for final exam
Minggu ni minggu ulangkaji or study week
Study week biasanya masa untuk student buat revision sendiri
Masa untuk lecturer benarkan student study sendiri, tak paham meh datang discuss

Tapi.. tidak bagi sesetengah lecturer
Ada student yang suka buat revision dengan lecturer..
Madam.. soalan ni camne?.. betul tak jawapan saya ni? Camne nak score markah kat soalan ni?
Ok lah.. kita tolonglah apa yang patut..
Biasanya aku buat Pre-Final Exam untuk diorang
Set masa, then jawab macam final exam

So, Rabu buat pre final,
35 students datang out of 49 ... frust jugak tak semua datang!
2 jam setengah jawab.
Pastu terus marking..
Khamis bincang!

Resultnyaa..
Ada 2 pelajar dapat markah 90% ke atas! WOW Student ni memang Excellent!
Ada 6 pelajar dapat markah 80% hingga 89%! Yang ni pun memang hebat!
Bagus-bagus..!! Happy aku walau penat giler tanda kertas.. ye lah dalam masa less 24 jam tu aku siapkan
Tapi takpe.. rasa berbaloi-baloi jer..
Student pun sengih-sengih happy!
Hopefully dapat buat  dan score markah yang lebih baik atau hampir sama masa final nanti tau!

Aku siap pesan.. yang dapat A+ dan A saje dapat hadiah kali ni tau!
A- takde hadiah!
Ha ha
dan aku siap pesan..
Student diploma in accounting kena dapat A paper accounting!! Kalau tak dapat, apalah maknanya jadi student accounts kan..? Haaa.. bagi diorang physco sikit

Tapi.. tak semualah excellent.. Ada yang average 50%, 60% dan macam-macam.
Yang fail pun ada.. so cuma boleh bagi kata semangat, bagitau berapa markah kena score untuk final exam, topik mana kena score dan lain-lain

Penat tapi hasilnya pasti berbaloi!
Tu pesan aku kat diorang..

Hopefully semuanya beroleh kejayaan cemerlang dan dapat membanggakan ibu-bapa dan keluarga tercinta!

Insha Allah!

Do your best my dear students!

Friday, September 29, 2017

Roti jala

sumber google

Semalam singgah kedai untuk beli breakfast.
Macam biasa aku beli kuih muih je.. jarang sangat sekarang beli makanan berat macam nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang.. 
Kedai ni pun memang best.. dah lama aku tak pergi, rasanya lebih setahun
Hari sebelum tu aku dah singgah .. intai kuih.. wah ada cream puff, cekodok, karipap, tepung kapur... nyummm semua feveret.. tapi aku cuma beli cream puff singgit, karipap singgit dan cekodok singgit.. cukuplah.. kenyang sampai tengahari..
So semalam aku pergi lagi sekali.. hajatnya nak beli cream puff lagi, tapi dah habis.. hmmmm terus rasa , ok takpe, weekend ni nak try buat sendiri chewahhhh kann!

Pastu nampak roti jala.. wah sedapnyer!
tapi terus terpanjat bila tengok harga
mak aiii.. RM2.50 biji untuk 5 biji!
Rasanya ..biasanya harga dalam 5 biji untuk RM2.00 kan!
Tapi kali ni 5 biji RM2.50.. mula tu aku kata (dalam hati la kan..) owh dah naik harga eh sekarang..
tapi bila tengok rupa roti jalanya..
mak aih.. kurus yang amat.!.cekeding jer !
haih.. sangat tak patut rasenya
kalau gemuk-gemuk tu aku boleh considerlah kan rege dia RM2.50 tu
hai laa... kalau beli untuk anak-anak aku.. sangatla tak berbaloi rasanya
sebab.. budak-budak tu bukan makan kuah gulai pun
diorang makan roti jala tu jer.. 
so, dah rugi kuah tu beli mahal-mahal 
lagipun, biasanya kedai dah siap packing 5 - RM2.50
mana boleh nak beli roti jala aja tapi tak nak kuah.. adeh.. maroh orang nanti

Sebenarnya dah lama aku tak beli roti jala kat mana-mana kedai ni.. biasanya memang aku tebar jala sendiri jer .. hihi.. sebab anak ramai kan.. puas hati ! tebar jer habis.. tebar lagi habis.. hihi alhamdulillah

So semalam terus buat
cicah dengan sambal ikan bilis

Macam biasa la.. ikut resepi azie kitchen ni
tq puan.. resepi puan memang sedap dan mudah nak buat
kali ni buat 2 acuan terus.. 
haa.. tak sempat nak snap gambar..
terus licin semalam 2 pinggan penuh aku tebar.
hubby buat sambal 

Hmm.. ekonomi sekarang kadang sangat membebankan
Kekadang masak sendiri jer semua
contoh spagethi.. 
kalau 4 orang makan kat kedai
RM12 x 4 - RM48
belum masuk air lagi
kopak jugalah kan
walhal buat sendiri baru berapa je modalnyakan

Macam modal roti jala semalam
gandum sekilo pun tak habis.. 
let say setengah kilo tepung- baru RM1.++
telur 2 biji katakan 60 sen
bahan lain pewarna, garam secubit, minyak 4 sudu..
alahai kos tak sampai 5 ringgit pun
dapat lebih 50 keping roti jala yang gemuk-gemuk

Alhamdulillah.. masih mampu masak tiap hari balik kerja
kadang makan berat, kadang masak simple2 je
jadilah.. asalkan dapat alas perut anak-anakkan

Bersyukur selalu seadanya


Wednesday, September 20, 2017

Main masak-masak


Assalamualaikum 
Lamanya tak update blog.. tengok busu update blog cite kuih tart sedap dia tu.. hmmm terus nak update jugak sekadar untuk kenangan main masak-masak dengan addinies.. bukan nak berlumba dengan busu hi hi..

Ni mini vanilaa muffin with raising and chocolate rice
sekali ngap 14 biji yaya makan.. mak aii berbaloi sungguh rasa buat..
(tak kisahla sedap ke tak kan.. ha ha)

Hari yang sama jugak.. buat pizza..
Dough semua hasya yang buat.. ala.. prepare je bahan.. masuk dalam bread maker jer kan.. senang ajer
aku cuma tolong tengok-tengok je
doh bulat tu aku buat.. topping semua hasya buat.. 
pun senang aje..
sapu pasta puri, letak cheese, crab stick potong,  capsicum, mushroom.. tadaaaa dah siap, aku tolong bakar!

ni masa proses nak bakar.. 


ni cerita lama.. lepas 2-3 minggu lepas dah.. buat biskut chocolate chip 

yang dah siap bakar tak sempat ambik gambar.. 

Ni lah egg tart kami cik su.. sama lah.. sarang tu beli aje.. nanti kita belajar buat sarang pulak
boleh la kan.. untuk makan sendiri je  

ni pulak cornflake.. time pose haritu

ni lidah kucing namanya.. haha..  bolehla.. takde sarang.. aku buat gini je 




Hmm... okla nak gi kelas dah.. 

banyak benda nak tulis kat blog.. kut lupa esok2
banyak kenangan indah

kisah hasya upsr
kisah hasya belajar masak
kisah bercuti bersama bonda
kisah raya korban

dan 
kisah tragis tragedi tahfiz yang amat pedih itu

ok jumpa lagi 





Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini