Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, February 17, 2017

Panggilan pertama untuk 'IBU' @ 19 months old

Panggilan ibu memang lambat. Kalau cari info dalam google.. memang diakui itu. Jadi,, janganlah merajuk kalau anak sebut nama abah lebih cepat dari ibu.. aku ler tu.. hehe
Kalau nak cepat, ajar anak panggil mama.. haa yang ni cepat. 
Kadang ilman panggil bibik aritu mama.. aku tak ajar, bibik tak ajar.. tapi mungkin terdengar dari persekitaran . Tapi aku tak nak galakkan sangat panggilan tu sebab tau nanti bibik akan balik kampung satu hari nanti. Jadi, kesian pulak kat anak bila mama balik kampung tak timbul-timbul kan. Kalau bibik balik kampung takpe.. kuang kuang

Okeh.. jadi.. weekend lepas.. tetiba tenung aku sambil sebut
Buuu
Ohh apa ilman..?
dia diam jer.
Owh oklah.. takpe tunggu lagi
2-3 hari lepas tu dia buat camtu lagi
tenung dan sebut
Buu..
Hee dan semalam..
ulang lagi..
Buuuu Buuu... tapi banyak. 2-3 kali jerk

Takpe.. ibu akan tunggu lagi
This sweet moment

Sebelum ni Ilman selalu panggil aku 
Bahhhhhh
Abah pun dia panggil abah..
mmmm tak aci kan!

Okeh.. untuk rekod.. Ilman at 1 year 7 bulan.. baru dapat sebut nama ibu
Jangan merajuk eh
Anak lain pun semua lambat tapi tak ingat masa umur berapa.. sebab tu lah kali ni tulis siap-siap kat sini untuk ingatan



Suka sangat makan durian .. suka sangat abah ada geng makan durian!
So far semua makan kecuali aku dan yaya.. hehe


Wednesday, February 15, 2017

Yaya penyelamat!

Malam tadi yaya demam. Jadi harini gi taska ilman jer. Durrah pun merengek sama tak nak gi skolah sebab takde geng. Oklah..layan kan je lah hantar taska semua..walau sadis.. kena tambah RM10 x 2 orang sebab sekarang ni transit taska bayar untuk belah petang je (lepas balik tadika). Kalau datang pagi kena tambah 10 ringgit sorang lagi..cikgu dah bagitau.. huu.. redha je lah 20 ringgit melayang untuk anak-anak

Then tengahari cikgu taska bagitau yaya cirit ..jadi tak boleh duduk taska dah harini sebab cirit mudah jangkit. Ok lah.. pahamlah kena gi ambik segera kat skolah. 

Dah balik rumah.. tengah makan kek coklat .. tetiba yaya tunjuk sampul duit raya.


Ibu.. duit ibu ke?
Owh.. ha ah la.. memang duit ibu sebab ada nama ibu kat sampul tu. 
Yaya jumpa mana?
Ni kat sini jer.. tepi bakul baju ilman

Maybe sampul tu duk bawah bakul baju tu selama ni.

Oh Ya Allah.. duit ni lah yang aku duk cari sangat..Lepas bibik balik, merata duit ni aku cari sebab plan nak beli periuk tefal 5pcs online RM245. 

Aku memang ingat sangat duit ni memang aku simpan dalam sampul duit raya & ada nama 'ibu' kat situ. 

Ya Allah..pernah aku terlintas dan buat andaian...rasenya bibik sapu bawa balik kampung kut.. or maybe dah terguna tanpa sedar. Jahatkan kuasa jahat tu hasut! Eiiowww

Tapi.. now see!
Kerana RM20 untuk kesihatan anak-anak, aku dapat balik RM202! 
10 x ganda rezki yang Allah nak bagi tetiba dengan pelbagai cara..

Alhamdulillah Ya Allah
Ampunkanlah dosaku menuduh bibik ambik duit tersebut..

Camne eh nak minta maap dengan bibik.. baru tipon dia 2 malam lepas tanya khabar. Alhamdulillah bibik sihat je, kerja kilang buat santan kotak. 

By the way.. tq yaya.. 
U r soo smart
Selesai masalah ibu selama ni
Sooo.. lets proceed idea shopping periuk tefal yang kiv selama ni...
Wah..terus rasa sengih sampai telinga!
Wanita dan shoppimg kan memamng sentiasa bff kan!

Happy world!


ME time.. berjayakah?

What is ME TIME?
Tanya hubby.. owh.. well.. it is time for my self only. I need time to pamper myself kih kih yo yo lah kan! Actually i want read motivation book, but i cant find it online. Yang jumpa semalam, blog prof Muhaya masa tahun 2010..dah lama tapi sangat bermanfaat.

Prof Muhaya banyak menceritakan kisah pengalaman beliau melakukan pembedahan mata.. bagaimana susahnya melakukan pembedahan mata tersebut. Tapi kebanyakan kisahnya menceritakan kejayaan pembedahan beliau banyak dipengaruhi oleh pengaruh latar belakang pesakit tersebut.
Ada seorang pesakit, mengalami sakit mata dan tidak berjaya dipulihkan. Sepelas berbincang dari hati ke hati, rupanya pesakit melakukan suatu perkara yang membelakangkan suaminya. Mungkin itu sebab redha tidak diperoleh oleh si suami.
Ada juga kisah bekas guru besar, buta disebabkan masalah katarak. Pembedahan mata sangat sukar dijalankan tapi akhirnya berjaya dilakukan..mungkin hasil berkat ramai student dan guru yang mendoakan beliau.

Okeh.. today berjaya melaui ME TIME dengan aktiviti rutin yang utama dan menulis blog. Yess.. menulis diary juga adalah salah satu good activity untuk ME TIME.

2-3 hari lepas masih dibelenggu situasi kerja. 7.45 am dah mula menyiapkan draf soalan peperiksaan akhir. Oh my.. due date sepatutnya lagi 3 minggu tetapi tiba-tiba diawalkan jadi lagi seminggu.. so, what should u do? Gunalah masa yang ada sepenuhnya untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Soalan FINAL tu babe!.. perlulah prepare masa waktu bertenang.. dan 7.45 - 8.30 memang masa yang sangat sesuai.. tapi.. oh my ME TIME.. later on kena ganti kut or maybe hangus jerk as usual hik hik.. redha kan jer lah.

Okeh.. next mission nak cari buku motivasi. Library Gambut dah tutup nak pindah ke Library baru di Kamunting.. tapi Library Kamunting tak buka-buka lagi. Katanya pertengahan tahun ni baru buka..(info dari FB).. mmmm libary UTC pulak cuma ada buku kanak-kanak dan majalah... mmmm macam nak terbang ke Libary K.Trg jer..macam-macam ada. Boleh pinjam buku, boleh renew online.. senang kan.. Tapi entah bila pulak ada kesempatan nak balik kampung ni. Hasya dah start tuisyen kat Assunta. Sabtu pun ada kelas.. Mmmm.. kena plan bebetul kali ni.

Okeh.. Kuantan hujan 2-3 hari ni..cuaca sangat sejuk. Seronok selimut malam-malam berpelukan dengan Ilman Khalish. Selalu cakap pada Ilman.. Ibu nak tido dengan Ilman macam ni sampai Ilman besar tau.. harapan yang tak pasti

Oh yer..datang pagi ni.. diiringi lagu Arjuna Fyn Jamal.. terus rasa tersentuh. Lagu tu sangat beremosi dan sentimental..

See u agaian..





Thursday, February 9, 2017

Azam baru

Today dah 9 February.. baru nak cite pasal azam baru kih kih.. Sebenarnya ni bukan azam tahun baru..tapi azam yang baru timbul semalam. So terus update kat sini harini supaya tak lupa. Azam tahun baru tak perlu reveal lah kan hihi..

Okeh. citenya adalah..
Tiap hari sekarang sampai office pukul 7.45 am. Awalnya kan! Waktu bekerja start 8.30 am. Macam pekerja cemerlang rasanya.. perasan jap lah kan. Awal tu bersebab tau.. kalau tak mesti sampai pukul 8.20 ke atas macam tahun lepas. Alsebabnya adalah kena hantar addinies gi sekolah assunta. Pukul 7 am dah keluar rumah. Tahun lepas .. kul 7.50 am baru keluar rumah. See? bukanlah aku ni kategori rajin teramat nak datang keje awal 45 minit dari sepatutnya..owh.. i am not! hahaa

Jadi.. dah tiap hari sampai awal..terus lah buat kerja. kerja..kerjaa then sedar-sedar 5.30 .. kena stop sebab nak kena ambik budak-budak balik sekolah pulak. Kalau tak.. memang akan kerja lagi.
Masa sekarang ni sentiasa tak cukup. Kerja tak berenti. Minggu ni dah start 20 minggu jam mengajar..lagilah non-stop kerja. Minggu sebelum ni 16 jam mengajar pun dah rasa tak cukup masa inikan pulak 20 jam. Takpe.. go artini go!!

So.. semalam terpikir.
Dulu datang kerja 8.30 am balik 5.30 pm pun tak cukup masa kerja. Tahun ni datang kerja 7,45 am balik 5.30 pm pun tak cukup masa kerja. Mmmmm rasanya kalau datang kerja 6 am balik 7 malam pun tak cukup masa nak buat kerja. Kerja sentiasa ada.. tak putus. Jadi.. tak perlulah rasanya nak hadap sangat dengan masa berharga dari 7.45 am ke 8.30 am tu. Tak perlulah pulun bekerja sakan time tu. Mmmm aku rasa nak buat something beneficial to myself..can i?

Yesss.. thats my new azam! 7.45 am to 8,20 am is my ME TIME!

Bukanlah nak menjahit ke.. nak masak ke.. memang taklah kan.. mmmmm yes something beneficial..
Hopefully its worth and work!
Lets see next month yea!

Hope so..
Good luck RTNY!

p/s.. lamanya tak update blog. Harini baru perasan banyaknya komen dari reader. Owh.. nanti saya balas yer. Sorry memang dah lama tak buka blog. Sabar ye yang tanya pasal kabin, pasal kompressor dan lain-lain.

Okeh.. 8.22 am sudah.
Lets ready for class 8.30 am this morning.. :)

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini