Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Saturday, March 18, 2017

Mainan masak-masak baru : Bread Maker Tesco

One day tertengok kat tv.. chef tu ajar buat roti, letak semua barang dalam BM, tunggu jer.. tak perlu uli dengan tangan pun.. semua BM yang uli then siap doh. Boleh bentukkan roti ikut suka hati. Aku pun terus.. ehh what? Gitu jer ker? Alahai mudah beno. Aritu masa aku uli buat doh pizza kemain penat weh tangan. Rupanya semudah main campak-campak  gitu jer? Owh ini tak boleh jadi. Terus jadi semangat nak beli BM yang mampu milik. Yang tak mampu jangan mimpi keh. Hihi biar papa asal bergaya gitu.. atau pun ingat rtny.. pakai baju di badan sendiri tau! Mmmm baiklah

So budget ciput jer hasil duit yaya jumpa sebagai penyelamat aritu. So servey-servey.. ramai yang kata BM tesco pun ok apa..baru RM200. Ok lah..kan. bukan nak jual pun kan. Buat main-main kat rumah je.. hoho

Ok.. seme hubby yang uruskan ikut lazada.
Harga asal RM199
Discount debit card maybank 10%.
+ caj postage RM12.50
Total semua RM191 jerk.. wah.. lagi murah kan. Okeh terus on.
Lepas 3 hari terus sampai


So.. apa lagi.. darat undang la aku jap. Terus baca buku panduan .. kena basuh dulu then bake dulu 10 minit..then baru boleh letak bahan-bahan roti.

So.. here i am.. wah kemain tau start uli kul 8 malam dah rasenya
Camni.. campak jer semua bahan..start yang cair dulu..last skali yis.


9.30 baru siap BM uli camni.
Gebunya kan!

Then.. bentukkan roti paung.


Bakar dalam 20 minit..

Wah semerbak bau...!. sib baik jadik. Cuma agak gemuk-gemuk roti. Lenkali kena buat kecik sikit baru comel macam roti paung manir

Malam tu tidur kul 1 malam. esok kerja sambil selsema sebab lewat tidur.Sambil bakar tu sambil makan panas-panas. mmm dap dap! Alhamdulillah jadik. Lenkali nak letak filling pes kacang pulak mesti best macam manir mari.. hihi..

Friday, March 17, 2017

Bibik dobi baju

Bukan merungut..tapi menulis untuk kenang-kenangan..

Hmm baru sudah sidai baju untuk 2 round mesin basuh 11 kg x 2 round. Lepas sidai basuh lagi 1 round.  Total 11kg x 3 round. Huuu sadis. Ni la akibat malas dobi baju 4 hari..  Sepatutnya kena basuh baju selamg sehari barulah tak jadi gini. Haish.. tapi kepenatan melanda + minggu malas..  so sendiri nangis tengok kain baju berlonggok-longgok. Biasanya kakak & hubby tolong.. tapi minggu ni minggu exam, tak sampai hati pulak kacau kakak study.. biarlah dia focus. Hubby pun macam aku minggu ni.. minggu bersenang-lenang goyang kaki. Esok siaplah kami seme

Nak hantar dobi pun kut kami jer conquer mesin basuh , lagipun 1 mesin dah 6 ringgit, drier 6 ringgit lagi.. kalau 4 round tak ke 6x2x4 = RM48. Aisehh..baik bawa anak2 makan kat luar lagi berbaloi kut.

Ok.. kemon cinderelela.. ok lah tu ada mesin basuh..syukur banyak-banyak. Dulu-dulu depa basuh tangan manual tau..

Tak perlu nangis.!! Be strong ok. ! Bertabahla sementara tunggu mereka besar. Nanti-nanti mesti aku akan terkenang-kenang memory ni. Bukan senang nak besarkan anak. Macam tu lah jugak bukan senang ma, abah, tok wan besarkan & didik  dirimu masa kecik-kecik dulu.
Chill rtny!

Minggu ni mimpikan arwah kakak ingatkan aku suruh segerakan solat. Dia melambai-lambai suruh gi solat.
Then esoknya mimpikan arwah tok wan. Dia nak g jumpa pembesar.. MB rasenya.
Moga roh mereka dicucuri rahmat. Moga jasa baik mereka membesarkan aku dilimpahkan dengan seribu rahmat & ditempatkan bersama orang yang beriman.
Mmmm lamanya tak mimpikan arwah abah.

Friday, March 10, 2017

ME Time : Juzu' 20

Alhamdulillah.. arini dah masuk juzu' 20. Tinggal 10 juz lagi nak khatam. Ni pun tak setiap hari ME Time.. kebanyakan masa, sampai office 7.40 am tu terus buat kerja. Minggu ni baru hari ni mengaji..kalau sempat me time, memang aku wajibkan mengaji sebagai aktiviti utama.. wajib 2 helai. Mmmm kalau tak buat camtu, duk kejar duniawi ajer.. haip!

Sebenarnya dah SETAHUN aku ngaji. Quran ni beli masa 8 Mac 2016. Target mesti khatam bulan Mac juga. Tapi, today dah 10 Mac 2017, setahun dah berlalu belum khatam juga. 

Aku rekodkan progress aku ngaji untuk ingatan aku. Kan senang aku nak refer balik..macam hari ni aku tau dah setahun aku tak khatam-khatam lagi.. kalau KPI kerja ni kira failed dah kan! huuu
Okeh.. ini progressnya (untuk ingatan aku je ni)

Juzu' 1, 2 & 3 - 1 month
Juzu' 4,5 & 6 - 1 month
Juzu' 7-11 (5 juzu') - 1 month (Ramadhan)
Juzu' 12& 13 - 1 month
Juzu' 14 - 1 month
Juzu' 15 & 16 - 1 month
Juzu'17 - 3 months
Juzu' 18 - 3 months
Juzu' 19 - 1 month

See.. dulu aku boleh habiskan 3 juzu' dalam sebulan. Rasanya masa ni aku masih mengepam susu untuk Ilman. Jadi tiap kali aku pam aku ambil quran baca. So, 2 kali pam sehari, 2 kali sehari lah aku ngaji. Mmmm boleh jer kan.
Bulan Ramadhan kira pencapaian terhebat aku setakat ni.. wahhh 5 Juzu' ! Maybe masa ni kan tak keluar makan, so banyak sikit masa dan maybe aku baca lebih 3 muka surat untuk sekali baca kut.. aku pun tak berapa ingat. Tapi.. wah rasa kagum jap. So, ingat RTNY, Ramadhan tahun ni pun kena macam ni jugak.. at least 5 juzu' tau.. InshaAllah!
Tapi..
Start September hingga Bulan lepas memang very bad performance. 1 juzu' untuk tempoh 3 bulan.
Masha Allah.. sibuk beno aku rupanya . Rasanya dalam seminggu maybe sekali je baca.. then maybe selai je baca.. owh.. teruknya. Memang masa ni sangat buzy.. non-stop kerja masa ni. 
Owh.. start today.. aku cuba baiki diri.. CUBA tau RTNY!

Mmmm.. just to update:
So far, my me time tak berjaya mana pun . Selain mengaji, aku cuba update blog jap. Then terus keje. Padahal berapa kali je aku update blognya.. 
Mmm... nangis jap.
Alaa..ngengada jer. rilex aa
Tapi kan.. keje kalau 24 jam pun takkan abisnyer. U need me time lah rtny! Come on..!
Hopefully so.. one day!

Jom kerja!



Wednesday, March 8, 2017

When Hasya is TALLER than ibu...

5 March 2017
On the way balik dari rumah Tok Ma ke Kuantan.. Hasya bercerita pasal BMI.
terus aku tanya
Berat sekarang berapa dah?
42kg
Ooo ok la.. tinggi berapa pulak? (sambil rasanya mesti 145+cm jer sebab dulu 140+)
153cm
Eh.. what?? Biar betul.. aritu kan ke 140 lebih je?
Itu dulu lah ibu.. lama dah..
Ha..? Lama dah tu bila..?(aku masih tak dapat terima kenyataan tu walaupun dah lama sedar.. kakak adalah jenis yang tinggi.. dan aku adalah jenis yang kecik molek je orangnya..huu)

Okey.. nanti kita ukur ambik gambar.

mmm..macam sama je kan?
Okey..takpe kita zoom lagi


See..? Betullah Hasya dah 3cm tinggi dari Ibu.. 
Baiklah terimalah kenyataan gambar raya nanti Hasya konpem akan lebih tinggi dari Ibu.. 
Membesarlah dengan sihat anakku sayang.. :)


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini