Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, March 17, 2017

Bibik dobi baju

Bukan merungut..tapi menulis untuk kenang-kenangan..

Hmm baru sudah sidai baju untuk 2 round mesin basuh 11 kg x 2 round. Lepas sidai basuh lagi 1 round.  Total 11kg x 3 round. Huuu sadis. Ni la akibat malas dobi baju 4 hari..  Sepatutnya kena basuh baju selamg sehari barulah tak jadi gini. Haish.. tapi kepenatan melanda + minggu malas..  so sendiri nangis tengok kain baju berlonggok-longgok. Biasanya kakak & hubby tolong.. tapi minggu ni minggu exam, tak sampai hati pulak kacau kakak study.. biarlah dia focus. Hubby pun macam aku minggu ni.. minggu bersenang-lenang goyang kaki. Esok siaplah kami seme

Nak hantar dobi pun kut kami jer conquer mesin basuh , lagipun 1 mesin dah 6 ringgit, drier 6 ringgit lagi.. kalau 4 round tak ke 6x2x4 = RM48. Aisehh..baik bawa anak2 makan kat luar lagi berbaloi kut.

Ok.. kemon cinderelela.. ok lah tu ada mesin basuh..syukur banyak-banyak. Dulu-dulu depa basuh tangan manual tau..

Tak perlu nangis.!! Be strong ok. ! Bertabahla sementara tunggu mereka besar. Nanti-nanti mesti aku akan terkenang-kenang memory ni. Bukan senang nak besarkan anak. Macam tu lah jugak bukan senang ma, abah, tok wan besarkan & didik  dirimu masa kecik-kecik dulu.
Chill rtny!

Minggu ni mimpikan arwah kakak ingatkan aku suruh segerakan solat. Dia melambai-lambai suruh gi solat.
Then esoknya mimpikan arwah tok wan. Dia nak g jumpa pembesar.. MB rasenya.
Moga roh mereka dicucuri rahmat. Moga jasa baik mereka membesarkan aku dilimpahkan dengan seribu rahmat & ditempatkan bersama orang yang beriman.
Mmmm lamanya tak mimpikan arwah abah.

2 comments:

Dr Singa said...

kalau ada mesin lipat baju saya segera beli!!
:)

alfatihah untuk mereka

Nora Karim said...

Tang kain baju ni memang saya paling tak suka buat... kecuali ironing. Mujur duduk di Gombak ni, kakak saya suka handle kain baju. So saya fokus masak n kemas rumah... 😜

Moga semua yang telah pergi sentiasa tergolong dalam kalangan para solihin... Amin...

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini