Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, March 10, 2017

ME Time : Juzu' 20

Alhamdulillah.. arini dah masuk juzu' 20. Tinggal 10 juz lagi nak khatam. Ni pun tak setiap hari ME Time.. kebanyakan masa, sampai office 7.40 am tu terus buat kerja. Minggu ni baru hari ni mengaji..kalau sempat me time, memang aku wajibkan mengaji sebagai aktiviti utama.. wajib 2 helai. Mmmm kalau tak buat camtu, duk kejar duniawi ajer.. haip!

Sebenarnya dah SETAHUN aku ngaji. Quran ni beli masa 8 Mac 2016. Target mesti khatam bulan Mac juga. Tapi, today dah 10 Mac 2017, setahun dah berlalu belum khatam juga. 

Aku rekodkan progress aku ngaji untuk ingatan aku. Kan senang aku nak refer balik..macam hari ni aku tau dah setahun aku tak khatam-khatam lagi.. kalau KPI kerja ni kira failed dah kan! huuu
Okeh.. ini progressnya (untuk ingatan aku je ni)

Juzu' 1, 2 & 3 - 1 month
Juzu' 4,5 & 6 - 1 month
Juzu' 7-11 (5 juzu') - 1 month (Ramadhan)
Juzu' 12& 13 - 1 month
Juzu' 14 - 1 month
Juzu' 15 & 16 - 1 month
Juzu'17 - 3 months
Juzu' 18 - 3 months
Juzu' 19 - 1 month

See.. dulu aku boleh habiskan 3 juzu' dalam sebulan. Rasanya masa ni aku masih mengepam susu untuk Ilman. Jadi tiap kali aku pam aku ambil quran baca. So, 2 kali pam sehari, 2 kali sehari lah aku ngaji. Mmmm boleh jer kan.
Bulan Ramadhan kira pencapaian terhebat aku setakat ni.. wahhh 5 Juzu' ! Maybe masa ni kan tak keluar makan, so banyak sikit masa dan maybe aku baca lebih 3 muka surat untuk sekali baca kut.. aku pun tak berapa ingat. Tapi.. wah rasa kagum jap. So, ingat RTNY, Ramadhan tahun ni pun kena macam ni jugak.. at least 5 juzu' tau.. InshaAllah!
Tapi..
Start September hingga Bulan lepas memang very bad performance. 1 juzu' untuk tempoh 3 bulan.
Masha Allah.. sibuk beno aku rupanya . Rasanya dalam seminggu maybe sekali je baca.. then maybe selai je baca.. owh.. teruknya. Memang masa ni sangat buzy.. non-stop kerja masa ni. 
Owh.. start today.. aku cuba baiki diri.. CUBA tau RTNY!

Mmmm.. just to update:
So far, my me time tak berjaya mana pun . Selain mengaji, aku cuba update blog jap. Then terus keje. Padahal berapa kali je aku update blognya.. 
Mmm... nangis jap.
Alaa..ngengada jer. rilex aa
Tapi kan.. keje kalau 24 jam pun takkan abisnyer. U need me time lah rtny! Come on..!
Hopefully so.. one day!

Jom kerja!



3 comments:

Laura Azura Zainal said...

Your Me Time makes me cry kakak. Me also has been neglecting this for so long time. Nak dapat a page a day pon susah sgt. Thanks for writing it here. Such a reminder for all.

Engku Artini said...

dulu selalu dengar zura ngaji dalam bilik. akak pun rasa semangat bila dengar zura ngaji tu yang beli quran untuk tinggal kat office. hmmm marilah sama-sama kita teruskan rutin ni supaya tidaklah kita ke arah duniawi semata yang tak pernah habis.. ingatan untuk akak sendiri

Nora Karim said...

Alhamdulillah dan tahniah kak... yang penting istiqomah. Saya sejak berhenti kerja, dapat beberapa kali khatam Quran. Masa first time khatam Quran lepas berhenti kerja (dalam bulan Ramadan), menangis2 sebab rasa lamanya la hai tak baca Quran. Masa tu saya baca 1 muka surat setiap kali lepas solat. So, dapat 5 muka surat setiap hari.

Sejak 2 tahun yang lepas, saya aim, mesti taddabur setiap ayat yang saya baca... jadi lambat sikit nak khatam. Tapi aura taddabur Quran ni lain sikit.

Moga kita sama2 istiqomah kak. Good luck untuk kita... 🤗

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini