Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Thursday, April 27, 2017

Percutian ringkas ke utara (6Hari 5 malam)

Kami cuma merancang untuk membawa mak (ibu mertua) pulang ke kampung di Ayer Hitam Kedah. Mak memang jarang balik kampung. Kali terakhir kami balik bersama masa Yaya masih baby..kiranya dah 3 tahun tak balik... lama kan?

Since kali ni ada kenduri, kami rasa ni waktu sesuai untuk bawa mak balik kampung sebab ramai saudara dapat dia jumpa masa kenduri nanti.. Dan memang betul.. mak memang sangat gembira sepanjang percutian kali ni sebab dapat jumpa ramai sedara mara.. Mak happy, kami pun happy tengok

So plan asalnya nak ke ayer hitam, then ke padang besar dan pangkor jer.. tapi last minit tukar plan dari pangkor ke LANGKAWI woooww tetiba.! Kenapa langkawi pulak? Sebab tengok mak sihat jer dan ceria sepanjang masa di Ayer Hitam ni. Lagipun Ayer Hitam & Kuala Perlis dekat jer... so lets go to Langkawi mak! Ye lah.. ikutlah.. kata mak :)

Tapi last minit plan gini.. so buget ke pangkor nak guna untuk budget ke langkawi memang tak cukuplah kan.. haha.. takpe.. niat ke langkawi kali ni cuma nak bersantai dan gembirakan mak jer..lagipun ni percutian kali ke-3 untuk kami ke langkawi.. so kami cuma pergi ke tempat yang kami tak pernah pergi lagi.. cable car, chenang, dataran lang, makam mahsuri.. semua tak pergi.. hahaa  kami cuma ke tanjung rhu (5 stars for tanjung rhu), MARDI (5 stars jugak), Taman lagenda (panas tapi still 5 stars), Pasar Malam Ulu Melaka (3 stars only sebab Pasar Malam Kedawang lagi best)  dan of course tempat wajib Langkawi di HIG, Idaman Suri, Beras terbakar, Minyak Gamat Nusantara

Ini kos percutian wajib kali ni (sekadar untuk ingatan aku kelak)

Minyak        70 + 100 + 100 + 100+ 60 + 50 = RM480
Tol (Touch n GO reload RM150 baki 17.70) = RM132.30  
TOTAL minyak &Tol = 612  
Budget asal tol & minyak cuma RM500.. huuu..  dah lari budget kali ni.. Harga minyak masa ni RM2.24/liter..mahal weh

Tiket feri dari Kuala Perlis - Langkawi - Kuala Perlis (3 Dewasa & 4 Kanak-kanak) = RM212
(Budger tiket feri ke Pangkor cuma RM100..so sekali lagi budget pun dah lari..huuu)

Homestay 2 hari 1 malam (teres 3 bilik di Ulu Melaka) & Avanza = RM300
Penginapan lain kami menginap di rumah sedara mak.
Asalnya nak ambik homestay juga..tapi husband pesan.. biarlah kita tidur di rumah sedara mak.. sebab masa menginap ni..bolehlah mak sembang-sembang dan bermesra dengan diorang.. bila lagi kan. Selain dapat jimat kos homestay selama 5hari 4 malam, dapat juga mengeratkan lagi silaturrahim.. Alhamdulillah memang tercapai niat tu kali ni.

Nanti free akan update gambar santai-santai kami di Langkawi sekadar untuk kenangan.

Percutian kali ni memang seronok. Selain dari dapat happykan mak, tercapai niat kami untuk bawa mak jumpa sedara mara dia, dan bawa dia jalan-jalan lupakan seketika masalah duniawi yang tak pernah putus ni..

Alhamdulillah.. niat baik kami kali ni juga membuatkan semua urusan kami sepanjang percutian kali ni sentiasa dipermudahkanNya..dan juga alhamdulillah semua sihat walafiat. Bayangkan ada satu ketika masa di Langkawi, tetiba lampu minyak kereta menyala... terus kami panic..sebab tak tau berapa jauh anggaran stesen minyak terdekat. Tengah-tengah rungsing tu.. tutup aircond sambil cari signboard setesen minyak.. tup tup terus timbul stesen minyak kat tepi jalan.. macam magic jer.

Masa kami nak  beli tiket feri pun camtu. Sampai kat Jeti Kuala Perlis dah pukul 9.45 pagi, terus dapat tiket then masuk  ke tempat berlepas... then tetiba jer pintu gate utama ke feri di buka.. Macam kami ni jadi VVIP, jadi orang pertama dapat naik feri padahal ramai yang duk menunggu kat tempat duduk.. tapi kami ni masuk je terus pintu dibuka dan masuk feri tanpa perlu bersesak-sesak.. alhamdulillah.


Walaupun budget kalini ciput dan tak dapat shopping sangat di Langkawi, takpe.. sebab niat asal untuk bersantai dan membahagiakan yang tersayang jer.

Moga ada rezki untuk percutian ringkas lagi kali ni. Mak pun dah booking untuk follow our next vacation.. InshaAllah ye mak. Moga mak sihat selalu dan dapat ikut kami lagi..


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini