Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, May 12, 2017

How much do you love me?

Semalam terbaca pasal cara berkomunikasi atau mengeratkan hubungan dengan anak. Komunikasi adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan kekeluargaan ni.

So antara cara meningkatkan komunikasi dengan anak:

1. Mengucapkan perasaan sayang pada anak.
Jangan anggap bahawa semua perkara yang dilakukan macam bawa diorang gi jejalan or ajak makan best tu dah dikira cara menyatakan perasaan sayang pada anak.
Mmmm.. oh aku macam terlupa.. jarang juga dah rasanya aku cakap i love u sayang to kids.. Ok. nanti balik kena praktis semula. Dulu memang selalu ucap..sebelum tido, time nak g sekolah

2. Tanya hal sekolah.
Yang ni memang selalu aku buat. Aku nak tau apa yang diorang buat kat sekolah..makan apa kat sekolah dan sebagainya. So.. passed!

3 dan seterusnya tak ingat.. tapi mostly memang aku buat kecuali no.1

So.. balik rumah semalam terus aku praktis

Mula tu diorang minta aku betulkan arial tv (rumah aku dah tak pakai astro..gambar memang teruk jer, so no more ria ke cartoon network ke.. kids ok jer tapi aku dengan hubby lah yang alahai boringnya takdak astro kan.. so now banyak masa terluang haha.. bagus jugak kan)

Ibu.. tolong betulkan arial tv kat atas tu... gambar tak elok.. kakak tak sampai
Ok.. i can.. but u need to hug me! ahaaa
Hak? what hak?
Hug.. yea hug..
ok kakak tau... (terus kakak & amna datang hug..wah seronoknya)

Malam masa tengok tv, aku duduk kat sofa dengan amna & durrah..terus aku tanya

Aby.. do u love me?
Yes ibu
Why aby? why do you love me?
i dont know.. but.. sebab aby love ibu laaa
ok.. how much ?
banyaklaaaa

Ok amna.. do u love me?
yess ibu.. amna love ibu soo much!
how much do u love me?
i said sooo much ! banyakla ibu
yela.. how much?
soooo much ibu!
but why amna..? why do u love me?
senyum-senyum jer..

Tak puas hati dengan jawapan diorang.. sebelum tido aku tanya lagi durrah

Abby sayang ibu?

Mestilah sayaaaaang sangat!

Ibu pun sayangg aby tau. Tapi nape aby sayang ibu?

Ohhh ok. 
Pertama sebab ibu bawa aby g jalan-jalan
kedua sebab ibu bawa aby balik kampung maktok
ketiga sebab ibu bawa aby balik kampung tokma
keempat sebab ibu masak ayam kfc malam ni (haha.. ni menu malam tadi)
kelima sebab ibu bawa aby gi cameron highland
hah? cameron? lama dah tu aby.. 3 taun lepas dah kita gi kan
takpe..aby ingat.. sebab tu aby sayang ibu (errr.. terkejut jap masa ni.. sebab duk pikir masa ni dia baru umur 3 tahun.. kuatnya memory dia)
(ada beberapa lagi sebab lain yang dia bagi.. aku tak berapa ingat. tapi mostly sebab bawa dia gi jejalan)

ok lagi nape aby sayang ibu? sebab ibu antar aby g sekolah ke?

ye jugak

lagi?

mmmmmm

ibu ingatkan aby sayang ibu sebab dulu aby duk dalam perut ibu.. penat ibu bawa aby merata-merata ikut ibu..

oooo.. yang tu. haaa mestilah sebab tu jugak aby sayang ibu

haaa.... terus rasa nak peluk durrah
i love u durrah khayla.. ibu pun tak tau banyak mana kasih sayang ibu pada durrah. Ibu tak nak cakap yang kasih sayang ibu kena kerat 5+1+1.. mesti tak fair kan?
Ibu sayang semua anak ibu ketat-ketat tau!



i love u my darling, ilman, yaya & durrah
gambar ni masa balik kampung mak mertua kat sanglang, ayer hitam kedah. bulan may baru ni. Tepi tu bendang padi baru nak tanam semula.. best sangat environment dia

i love u durrah dan hasya. gambar ni masa hari sukan sekolah pasti

i love u hasya, amna & yaya.. ni pun masa hari sukan sekolah pasti

No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini