Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, June 9, 2017

Salam Ramadhan

13 Ramadhan sudah

hmmm... non-stop kerja kerja kerja
sekarang 4.05 petang. Baru stop kerja dari pukul 7.50 pagi.. pulun buat kerja.. ouwhh penat tak terkata. Stop solat zohor je jap tadi then sambung siapkan keje lagi

Tapi syukurlah.. siap sudah satu beban kerja tadi. Another work load dah menunggu berderet-deret..

Isnin baru ni.. 5 Jun 2017, anak saudara kami telah dijemput Ilahi.. diagnos kanser darah.. usia 18 tahun.
Alhamdulillah majlis pengebumian dan tahlil ringkas berjalan lancar di kampung halaman mertua di Felda Chemomoi.

Dan terkejut juga bila lihat hubby yang turun ke liang lahad untuk sambut jenazah dan kebumikan di liang lahad tersebut.

selesai semua aku tanya..

abang turun bawah tadi ?
a ah...abang turun tadi.. buka kain kapan kat bahagian muka jenazah.. letak muka jenazah supaya cium tanah dan mengadap kiblat..

terkedu aku.. sebab setau aku.. setakat makluman aku.. dia tak pernah buat dan tak pernah turun ke liang lahad begitu.
Eloklah dia belajar.. lagipun anak sedara dia sendiri kan..

dan terus aku berbisik..

kalau ditakdirkan aku yang pergi dulu.. 
uruskanlah aku sebegitu..
aku mau tangan suamiku ini yang menguruskan aku hingga detik terakhir itu
aku mau dia yang mengiringiku dengan sekalung doa agar roh aku ditempatkan bersama orang yang beriman
aku mau dia yang meminjamku sementara dari Ilahi.. memulangkannya semula pinjaman tersebut kepada Ilahi

Jika dirimu tidak membaca ini.. sebarkanlah

Takziah untuk keluarga Nurul Izzaty Nadhirah bt Abu Zaharin.
semoga Allah merahmatimu sentiasa dan digolongkan bersama orang beriman
amin..
bersabarlah untuk ibu dan ayahnya


Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini