Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, July 11, 2017

Berkasih sayang

Sekarang tiap pagi 7.30 dapat dengar motivasi dari Prof Muhaya.. dengar dalam kereta otw nak gi office.

Semalam dia cerita kisah berkasih sayang

mmm.. katanya perlu hadir perasaan sayang dari diri kita barulah perasaan sayang tu mengalir dari orang yang kita kasihi tu pada kita.. (baca dengan intonasi suara prof muhaya.. memang penyampaiannya sentiasa sampai ke hati..)

Katanya lagi... hati kena sentiasa bersih
Manusia ni ada 2 jenis hati..
1 - hati yang jernih
2- hati yang keruh
(sangat halus bahasanya kan.. bukannya hati jahat dan hati baik seperti yang selalu kita ucapkan)

Katanya hati yang jernih ni sentiasa memandang sesuatu dengan rasa kasih sayang dan simpati manakala hati yang keruh adalah sebaliknya..

Contohnya .. jika kita lihat ada seseorang ditangkap sebab melakukan rasuah.. apa yang akan kita fikirkan?

hati yang jernih akan kata..
Ya Allah ampunilah dia.. dia telah gagal dalam ujian kehidupanmu. Ampunilah dia dan bantulah semula dia

Manakala hati yang jahat pula akan kata..
Ha.. padanlah dengan dia jahat sangat kena masuk penjara.. Padan Muka..

Oh no.. manakah kita?
Aku.. of course not sebagai hati yang jernih itu.. tak pernah terlintas begitu..
Jujur menunjukkan hatiku bukanlah sejernih yang dibicarakan.. Sungguh jernih hati mereka itu..

Tapi hatiku juga tidaklah sekeruh hati yang berbicara itu

Ampunkanlah aku..
Jernihkanlah hatiku
Aku inginkan kasih sayang mereka...seperti mana aku ingin mencurahkan kasih sayangku pada mereka

Belajar rajin-rajin semua pelajar kesayanganku
Kata orang..
kalau nak anak kita disayangi guru, sayangilah pelajar kita supaya anak kita juga disayangi guru

InshaAllah.

Jemput makan bun manis homemade semalam


Dulu..
aku ada sorang ayah
sorang ibu yang hebat
sorang nenek
sorang kakak
sorang abang
sorang saudara kembar
sorang adik laki
dan sorang adik perempuan..
alhamdulillah
aku dapat memanggil gelaran abang, kakak, adik, ma, abah dan wan
walau kini yang zahir dah dijemput mengadap Ilahi
aku masih dapat memanggil nama mereka dalam doaku tiap masa

Hargailah mereka
Takde mereka siapalah kita
sejarah kita semuanya bermula dari mereka
makan pakai 
merangkak, bertatih, berjalan , berlari
semua mereka yang bantu
mereka yang ajarkan
siapa kita untuk begitu bangga dengan ilmu di dada yang sekelumit cuma itu

Wake up guys..
make your family proud of u!
Anda insan hebat!

1 comment:

tengku afza engku yusof said...

kak.. mohon share yee.. tq..

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini