Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, July 7, 2017

Nikmat selepas sakit

Allahuakbar!

Salam 13 Syawal sudah

Nikmatnya berhari raya.. sampai tak sedar ingatan supaya makan berpada-pada.

hmmm kannn.. akibat nikmatnya minum ais di hari raya.. akibatnya 3 hari 3 malam aku demam urat.. bangun makan tido jer.
Masa ni kan rasa macammmm.. aduih.. tak nak dah minum air batu pasni.. haaa masa tu lah kan..

Tapi sebenarnya aku memang seorang yang kurang minum ais. Sepanjang sebulan ramadhan, adalah 5-6 kali jer minum ais... see? sikit je kan..

Tapi disebabkan hari raya, dengan cuaca panas, dan nafsu sebulan dah tak minum air di siang hari... nahhhh... kaw-kaw aku minum. Dahla sana sini semua orang hidang air oreng la, air nyor la.. woww bestnya!

Lepas berurut 2-3 kali dengan mak mertua...(terima kasih mak.. sedap mak urut hehe), alhamdulillah beransur baik. Bukan terus baik yer.. sakit urat ni bukan terus baik tau kan..

Then 2-3 hari lepas, tak tau lah gara-gara makan lewat or makan pagi dalam kuantiti sedikit or masih melarat sakit urat yang aritu, sakit kepala dan sakit urat kembali. Petang jer sakit kepala berdenyut-denyut. Balik keje.. terus rehat, mandi, makan tido. Subuh awal dah bangun dan cergas jer. Tapi dalam 12 tengahari jer terus sakit kepala nyut-nyut.. aduihai... sakit badan


Cuma pagi tadi.. alhamdulillah, bangun solat isyak pukul 4 pagi, then 5.30 pagi bangun semula. sebab berkobar-kobar nak masak roti jala kuah kari untuk jamuan raya tadika durrah.

Wah.. semangat kan.. dan alhamdulillah.. hingga sekarang tak sakit kepala. Rasanya perlu sesuatu untuk motivasi diri baru semangat dan barulah sakit kepala tu hilang.

Dulu bulan puasa pernah juga sakit kepala.. rasanya sebab berbuka dengan mihun dan pastu sahur pun dengan mihun. Pelikkan.. rasanya ok je sahur dengan mihun. Dulu-dulu rasanya takde masalah pun sahur dengan mihun. Mihun pun dah kira makanan berat bagi aku. mmmmmm.. tu lah.. dah berusia kan.. kena perlu lebih perhatian lepas ni pasal pemakanan.

Mungkin dah nak cecah 40-an ni badan dah mula tak kuat. Antibodi dah lemah.
Rasanya perlu ambil suplement untuk menguatkan badan supaya sentiasa cergas.. barulah bertenaga.. anak-anak pun gembira jer

Dah 3-4 malam aku tak sedar bila masa diorang masuk tidur.
Sedar-sedar jer ilman dah tido lena kat sebelah aku.. intai bilik kakak.. semua lena tido..
owh.. sorry anak-anak ibu.. dah 3-4 malam kita tak peluk cium sebelum tido..
mesti rindu ibu kan..

InshaAllah malam ni doakan ibu sehat.
Ibu nak tido lewat malam ni.. kita tido sama-sama malam ni eh

Ibu tak kisah sambil tengok tv ada suara orang nangis.. rupanya eh betullah ada orang nangis luar tv haha.
Ibu tak kisah.. bila sambil tengok tv, ada jer orang yang lalu lalang berlari sana-sana depan tv.. terpaksalah kejap-kejap ibu alih kepala sana, alih sini
Takpelah kalau ibu terpakca baca sarikata jer untuk paham cerita tv sebab banyak sangat background singer dan action depan tv.. ha ahaha
Macam-macam kan
tu belum cerita.. g dapo langgar moto ilman, sambil basuh pinggan sambil ilman tarik baju nak susu hahaa
Cerita yaya yang nangis ngada-ngada wajih 3-4 kali dari balik sekolah sampai time tido.. alahai yaya.. thats not good hobby for u.. tukar eh

Hmmmmmm macam-macam kan

Okerh..
semoga kita semua sihat walafiat sentiasa

Jemputlah beraya ke rumah ye

4 comments:

Muhammad Hisyamuddin Bin Arman said...

salam kak. tumpang tanya ye. pasal cat kereta. perlu buang semua ke cat lama? seblum spray kolor lain?

tengku afza engku yusof said...

isnyaAllah.. semoga sihat2 selalu.. jaga diri tau my sis!! well.. insyaAllah.. nti datang beraya ke kuantan ehh.. :-)

Engku Artini said...

tq busu.. terus rasa sihat bila kata nak datang kuantan.. welcome2!

Engku Artini said...

Untuk En Muhammad Hisyamuddin..

Saya refer jawapan encik pada soalan yang hampir sama dengan reader lain ye..
Soalan dia camni:

Nak tanya if cat kereta (warna putih) saya masih okay xde masalah just nak tukar warna . kene buang cat asal ke ?

Cadangan jawapan dari suami saya:
Untuk cat putih tu, tak perlu buang cat putih tu.. cuma tetap kena buang lapisan clear asal. Gunakan sand paper saiz halus, saiz 800-1,000 kalau tak silap. Ini bertujuan supaya masa kita spray cat baru ia akan melekat ke atas permukaan yang kita spray tu.

Semoga membantu.. terima kasih.

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini