Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, December 15, 2017

Happy Graduation Day Hasya Addini

Date : 18.11.2017 (Sabtu)
Tempat : Sek Keb Assunta Convent Kuantan

Hasya bersekolah kat sini dari darjah 1 hingga darjah 6
aku pulak rasa sedih tengok keakraban sesama mereka .. terutama kasih sayang dari guru-guru mereka.. seperti anak-anak mereka je layaknya 
Terima kasih diucapkan cikgu-cikgu semua yang menjaga dan mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang .. anda semua memang hebat dan terbaik!

Hasya : barisan tengah, 5 dari kiri
yang duduk di tengah .. guru kelas Hasya yang sangat baik, Cikgu Zairol

Selepas turun dari pentas, terus kami bergambar kat bawah je.. 

Hasya dan Mysara.. rakan dan jiran terdekat.. hari-hari main sama-sama
Bunga yang kecik tu beli dari sekolah.. RM15... hmmmm

Aku dan hasya.. hujung belah kanan

Bukan senang nak naik pentas sama-sama dengan yang tersayang kan
Alhamdulillah Hasya terpilih sebagai tokoh pelajar cemerlang Kurikulum.. so dapatlah aku naik pentas. Semua ibu-ibu je yang naik pentas.. bapa-bapa tangkap gambar ha ha! Semoga kejayaan ni menjadi pendorong untuk terus berjaya dan menjadi ikutan adik-adik semua.. Insha Allah.

Hmmm.. imbau balik kenangan naik pentas ni, dulu pernah pertama kali jugalah aku naik pentas meraikan kejayaan yang tersayang.. masa tu gigih aku yang sarat 6 bulan mengandungkan Ilman.. naik bas sorang-sorang dari Kuantan ke K.Trg tengah-tengah malam.   Then esok tu balik semula dari K,Trg ke Kuantan. Syukur tak sia-sia usaha aku sebab nampaknya yang tersayang tu terus mengorak langkah demi langkah mencapai kejayaan yang diidamkannya.. Tahniah my dear.. we are so proud of you! Teruskan dan kekalkannya..

Hasya : Line tengah, 4 dari kiri
yang duduk hujung sekali, lelaki adalah cikgu zairol, guru kelas hasya

Ni hari terkahir hasya di sekolah. 
Aku tanya dia.. napa mata kakak bengkak?
Alaa.. sedihlaa ibu.. ha ha!
Ingat aku je yang over sedih.. rupanya dia semestinya lagi sedih kan

Semoga terus berjaya semua my Love
Terima kasih guru-guru sekolah assunta


No comments:

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini