Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Tuesday, May 15, 2018

Menulis bererti menangis
menangis tanda hati terluka.
tapi hatinya lagi parah pedih terluka!

Menulis bererti meluahkan
agar aku ingat
selamanya ingat
kisah pedih itu

Menulis bukan bererti menghukum
ia hanyalah untuk aku
supaya aku sedar
bahawa
dunia ini memang wujud
untuk dua hati yang berbeza
jauh bak langit dan bumi

9 May 2018
semua rakyat Malaysia akan mengingatinya sebagai tarikh penentuan
aku pun begitu mulanya
tapi
perancangan Allah itu lebih dalam pengetahuanNya !

9 May itu
kamu kamu dan kamu
yang sangat mulia dan berkedudukan
jujur mengakuinya
'Kita kan keluarga'
Berkali-kali

Tapi 9 May itu juga
kamu kamu dan kamu
berulangkali menyatakan
'Lari lari lari
Kalau kita kita lari'
berulangkali dan amat  mendalam
pedih mencucuk jiwa

Apakah maksudmu dengan perkataan 'kita keluarga' itu?
Inikah yang dikatakan keluarga?


Ibuku itu sudah tua
sudah uzur!
Ibuku itu hatinya sangat mudah terluka!
Kamu pun pernah punya ibu
Adakah kamu tak pernah punya perasaan untuk gembirakan hati ibu kamu itu?
Oh .. lupa.. katamu pada 9 May itu..
mereka itu telah tiada.. jadi, tidak perlulah dibicarakan kisah mereka
tidak perlulah dihirau pada janji mereka yang telah tiada itu lagi
janji mereka pada ibuku .. 'duduklah'
sebab janji itu hanyalah semasa hayat mereka masih ada lagi

Apakah kamu tidak punya perasaan itu?
jika keluargamu .. keluargamu sendiri..menyuruh kamu lari dari istana buruk itu?
Kamu menyuruh ibuku lari dari istananya yang telah dibina bertahun lamanya itu?
Istana yang dibina dari hasil titik peluhnya itu sendiri?
Oh mungkin aku lupa lagi..
Ibuku bukanlah sesiapa
Ibuku cuma maharaja di hati kami sahaja
Ibuku bukanlah sesiapa di hati kamu dan mereka itu juga mungkin


Tahukah kamu?
Itulah rumah yang mengajar kami erti dewasa
Yang sentiasa bernafas di segenap jiwa kami
Itulah rumah kesayangan bondaku
Bonda membesarkan dan mendidik kami bersendirian di sini.. bertemankan nenda
Oh.. aku lupa lagi
Istana ibuku itu bukanlah apa-apa
ia seumpama rumah tinggalan buruk sahaja.. bagi mereka itu..

Kami tidak inginkan apa-apa
cuma ketenangan untuk bonda
kegembiraan yang tak berbelah bagi bonda
yang entah berapa lama kami mampu menyenangkan hatinya
entah kami yang akan beransur dulu

Bertahanlah bonda
hingga akhir hayat kami
Jika kami yang pergi dulu
maafkan kami jika kami gagal mempertahankan kegembiraan dan kesenangan untuk bonda ini
Sedaya upaya kami cuba
untuk sentiasa bersedia
tapi jika tiba masa
jomlah kita lari bonda
lari bersama
untuk mencari kegembiraan di akhirat
lupakanlah duniawi yang dikejar mereka itu
berikanlah pada mereka
biarlah mereka berfikir semula
erti saudara yang mereka ungkapkan itu
adakah ikhlas atau lakonan ucapan semata?

Allah
Berikanlah ketenangan untuk ibu kami sentiasa..
Amin..



1 comment:

tengku afza engku yusof said...

amin..... jom kite sama2 lari... lari mencari ketenangan dan kedamaian... huhuhu

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini