Tuesday, December 30, 2008
Aku rindu...
Kutinggalkan Amna dan Hasya atas tugas. 4 hari terasa lamanya masa berjalan.... dan hari Rabu aku pulang dengan rasa rindu yang teramat ke atas buah hatiku ini..
Amnaa tersengih2 tengok aku! Lucu aku tengok dia. makin gemuk, chubby, bulat dan berat! Dan satu perubahan baru Amna..dia dah pandai gelak besar!! Cutenyaaa
Hasya dah tido dalam kereta Dear. Beg sekolah yang ku belikan untuknya .. siap dibalut wrapper cantik seperti yang dia pinta.. sengaja ku biarkan atas meja.... Aku hanya memeluknya dalam tido, menciumnya.. selamat malam sayang. Pagi esok .. seperti kujangka .. tak sabar2 dia untuk membuka hadiah besar itu.. dan dia terus menjerit riang!! Ye yeeeaaa beg skolah baruuu!
Membesarlah anak2ku dengan jerit tawamu.. aku bahagia mendengar dan melihatnya!
Cuti sekolah
6-8 .. Balik Manir sempene Hari Raya Haji
8-10 Stay kat KL..
10-12 Melaka
12-13 Klang, Shah Alam
19 Last day at Ikip 3
21-24 Kursus kat UTM KL.. aku drive!!
25-27 Balik Chemomoi
27-29 Tido umah baru Kemaman
Januari 2009
1-2 Cuti lagi
3-4 Start Kelas UiTM
Rasenya bulan Disember ni brapa ari jerk aku g keje..
ha ha haaaaaa semua orang camtu. nilah masenya untuk berpoya2 sebelum ribut semester bermula 19hb January nanti lalalaaaaaa
Tuesday, December 16, 2008
Pendafrataran Sarjana Perakaunan UiTM
Aku memandu sendirian ke UiTM Shah Alam.. sebagai seorang bakal pelajar. Proses pendaftaran berjalan lancar kecuali ketiadaan wakil dari fakulti perakaunan. Kata2 semangat dari dekan, timbalan dekan dan presiden IPsis membakar lagi impianku untuk menggenggam sarjana 2 tahun dari sekarang. InsyaAllah.. kalian doakanlah kejayaan aku kali ini... yerkkk!! Amin
Memories... Melaka!

Mula2 keluar exit tol Ayer Keroh.. kami pegi ke Taman Rama2.. cantik! Tapi yang tak bestnya ada taman sssnake.. Haha aku dan Hasya lari ikut pintu shortcut.

Aku suka lady bird kat belakang tu.. cute jerk!

Baaanyak sangat ikan! Amna suka sangat bagi makan ikan koi ni.. dia pun siap makan sekali makanan ikan ni... ishhh... tak senonoh betul..yeyek la sayang

Gambar wajib setiap pengunjung ke Melaka.. A Famosa.
Monday, December 15, 2008
Memories... Kuala Lumpur!


Inilah impianku dari zaman muda dulu2.. heheee jangan marah bonda! Ini kisah lama.. Dulu aku selalu dating kat KLCC ni.. lepak kat taman permainan kanak2 dan kolam sambil tengok budak2 comel mandi manda dan main2. Aku jugak mengimpikan melayan anak2ku disini.. dan akhirnya.. tak sangka plak.. impian jadi kenyataan. Hasya dan Amna terrsangatlah happy dalam kolam ni. Tengoklah Hasya tu.. siap baring2 lagi. Thanks Dear dan Allah kerana menjadikan khayalan aku menjadi realiti.
Cuti-cuti Malaysia.. berakhir!
12.00 am
Terkejut aku dari lena dan mimpi yang indah dengan suara Dear..
"Ayang.. dah sampai rumah.."
Mamai aku bangun. Rindunya rumah! Wahh.. banyaknya pisang kat pokok, adala dalam 4-5 tandan. Yang condong nak rebah pun ada. . Buah betik kegemaranku pun makin banyak kat pokok. Dulu sebelum bercuti, adala dalam 10 biji. Sekarang ni 20 kut.. nyum nyummm.. bestnya! Haa ada satu yang hampir masak. Dear petik bawa masuk dalam rumah.. kena peram dulu ni.
Aku buka pintu belakang.. baju kat ampaian dah lamaa kering. Sengaja ditinggalkan di jemuran supaya pencuri takut pecah rumah.. ingatkan ada orang. Aku pun angkat baju.. ahakss.. ada sawang labah2..! Baru seminggu aku tinggalkan rumah. Sempat lagi dia bina banglo mewah kat ampaian aku nih... ishh
Leka aku.. tak sedar Dear sibuk angkat amna dan hasya dari kereta ke dalam bilik. Hasya keletihan.. Amna pun tido dengan lenanya..baru malam ni dia lena gitu. Sejak pergi ambik air tawar Hj Ibrahim malam raya tu.. dia mesti meragam waktu malam....
Pastu.. aku dan dia sibuk angkat barang dari kereta ke dalam rumah.. arghhh banyaknya barang! Memang ketara begitu lama pemergian kami..
9.00 am
Amna dan Hasya kutinggalkan di rumah Kak Leha.. sementelah aku ke dewan ikip taman pertanian.. as invigilators.
2.00 pm
Aku memandu sendirian ke pejabat Kemaman untuk sign aku sumpah ..
4.30 pm
Aku bergegas ke rumah Kak Leha untuk mengambil Amna dan Hasya. Amna duk lepak depan tv baring2 tengok kartun. Kakak lompat2 gembira tengok aku datang..
15 December 2008
Hahahaaa... rindunya aku kat opis ni! Dan.. kerja mula menantiku di sini.
Wednesday, December 10, 2008
Holidays!
Nanti aku ceritakan lagi kisahku dengan gambar favorite.. especially masa kat KLCC!
Bye... jangan jelessss
Wednesday, November 26, 2008
Putus cinta..
Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku cukup tersentuh dengan cerita syahdunya..
Dialog antara dia dengan seseorang yang mungkin begitu jauh denganku sekarang..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
... Saya sedih sangat pastu saya masuk dalam bilik abang saya. Nangis esak2 sambil tutup muka dengan bantal
"Eh.. nape ni..", kate si abang
"Kita dah break dengan Nazir.." katanye dalam sebak.
" Ala.. kesiannya kat adik abang sorang ni.., tengok abang ni bahgia jerk.."
------------------------------------------------------------------------------------------------
Mmmmm dah begitu lama aku tak dengar ayat tu. Lamaaaa sangat! Dan dah lama aku rindu..
Wednesday, November 12, 2008
Personnel reminder!
1. 3.45 pm - Meeting
Esok Thursd
2. Ganti kelas Farah- 11-1 Costing, 2-4 FA1.. tak study lagi
3. 4-6 Test FA2 - Soalan tak buat lagi
Lusa Friday
4. 9-10 - 3293- soalan teori tak buat lagi, Net Invest Methd tak study lagi
5. 11-1 Kelas Farah lagi FA1.. bagi latihan jerk. yang mana?? tak tengok lagi
6. 3-5 Kelas Audit-bincang soalan final dan test. tak study lagi. soalan test tak prepare lg. nak discuss soalan mana tak tengok lagggi
Next week!
Monday
7. 11-1 3182 - Test 2 . Soaalan tak buat lagi, bagi assgnmt 2.. tak buat lg
8. 2-4 3293 - Discussion CBS, SIS.. ok well prepared!
Tues
9. 1323 11-2 Discuss soalan exam.. sempat lg tgk nest week!
10. 3182 1-2 Bagi assgnmt 3. tak buat lg
Wed
11. 11-1 Audit.. sempat tgk mggu dpn
Thursd
12. banyak gilerrr kelasss woooo
Fri
13.. Last day kelasssss
14. Last day key-in subjek pendaftaran!!
Next2 weekkk
Harap2 keje settle keyyyyyyyyyy
Prepare for UITM class plakkk!!
Wednesday, October 29, 2008
4 days holiday..
Itulah aktivitiku selama 4 hari bercuti
Dan semalam,
aku memulakan kerjaku dengan senyum manis, semangat baru,
Lupa sekejap pada kesibukan kerja yang terus menerus setia menemaniku ..
Indahnya bercuti di rumah sendiri..
Bebas, asyik, nikmat..
Mencari ketenangan dan keselesaan di teratak indahku
Semoga hari-hari indah itu akan terus menerus bersamaku
Hari esok dan mendatang..
Kerana itulah kebahagiaan..
Bagi seorang ibu, isteri dan anak
Tuesday, October 21, 2008
Got KEY!
"Abang dah ambil kunci rumah".
You know.. I've been waiting that sentences since 4 months agoooo
at last, today we get the key for our new house at Kemaman. 4 months waiting from the date of booking . After suffer difficulties and big trouble during loan application, loan processing, delay from lawyer, developer and sooo much tragedy (ha haa cam tragis jerk), we GOT it with a big smile.. from ear to ear smile hahaahaaahaaa... yeahh Thanks to Allah.
may I shout something through this blog...? Listennnn
WE GOT the KEYYYYY!
Happy Birthday to my love AMNA ADDINI!
And today.. I go to the office with a .. bitter smile.. depress, stress, ... ala semua orang keje sama jerkk.. a lot of work, buzy, dont have time to relax, ...... alaaa RELAX aaaa rtny! 6 weeks more before final exam. After that.. u'll take your semester break before the next semester coming!!
I think i need a family vacationlaa.. any suggestion???
Thursday, October 16, 2008
Happy Birthday to Baby Amna!







Hari Raya Aidilfitri at Chemomoi









Thursday, September 18, 2008
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak
But, whatever it is aku takkan sesekali bawa balik keje kat umah. InsyaAllah!
Tuesday, September 2, 2008
Happy Birthday Princess!
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com