


Kubaca mesej from Anif & Arif, aku tersenyum ceria
Tengahari.. call bonda.. dan bonda.. semakin banyak mengadu domba, mengadu kepedihan hati, kesedihan yang disimpan.. Dan aku.. cuma mengiakan jer. Tak mampu berkata kerana air mata dah mula bergenang.. Bersabarlah bonda. Aku hanya mampu menjadi pendengar setia..
Banyak mesej yang kuterima dan kata ucapan Happy Birthday .
Kak Tina, Emi, Ja, Liza, Zurai, Shakira, Huda, Fida, Tini, Akmal, Ita dan beberapa orang lagi..Semoga doa mereka dimakbulkan Allah..
Harapanku..
Aku berjaya mencapai impian di dalam kerjaya dan ilmu yang dicari.
Silaturrahim kami bertambah erat.. di sebelah bonda juga di sebelah mak. Terasa rindu pada pak di kampung..
Aku akan terus tersenyum berharap untuk yang satu itu..
Kebahagiaan kami berkekalan dan Allah merahmatinya
Kesihatan kami berpanjangan dan di dalam redhaNya selalu
Sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan olehNya
Dan pelbagai impian lain untuk menjadi yang terbaik
Cuma aku tertanya-tanya.. perlukah aku meneruskan peganganku yang satu ni..
"Walaupun hari-hari aku terima batu yang keras dan busuk, aku tetap berikan mereka bunga yang indah dan wangi".. " seakan terasa begitu banyak bunga yang dah kuhulurkan, tetapi batu itu seakan makin busuk dan sengaja dicampakkan untukku.. arghhh aku bingung!
Sambutan tahun ni terasa lebih bermakna kerana Hasya beria2 meraikan Harijadiku.. dengan janji manisnya "VIOS yang ada tv untuk ibu.." Bila ku tanya mana VIOS ibu?.. Ibu ni.. sabarla.. ibu ni tak sabarla.." Hingga kami tertidur dalam kepenatan semalam.. masih itu juga jawapannya.. uhukss..
Semoga aku berkesempatan untuk tahun hadapan dan menuntu semula VIOS TV ku itu.. ha haaaHasya yang suka merajuk dan suka dipujuk.. Seakan satu perasaan lain timbul semasa memandikannya saban pagi ke sekolah. Aku amat suka memandikannya.. bangga, sayang, kasih, dan bermacam perkara terlintas. Nanti.. kakak kena belajar mandi sendiri.. jangan suka merajuk lagi tau..
Kali ni.. doakan aku semakin kuat dan tabah. Semester kedua semakin sukar, semakin mencabar. Aku perlukan kekuatan, doa dan semangat dari kalian yang menyayangiku..
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com