Thursday, December 19, 2013
Pabila anak daraku berbicara..
Bicara satu
Ibu berkursus di UTM KL minggu lepas. Hasya tak dapat ikut sama ke KL. Plan asal nak bawa Hasya ke KL dan lepas tu bolehla bawa dia jalan-jalan KL macam tahun lepas bawa dia ke Sogo dan KLCC. Tapi disebabkan cuaca yang agak teruk dan Kuantan pun baru je reda musibah banjir, ibu terpaksa pergi KL sorang-sorang naik bas waktu malam. Kawan-kawan ramai yang dah pergi waktu pagi dan bermalam di Vistana. Arh..sebut tidur hotel, lagilaa meraung Hasya nak ikut ke KL. Tapi, setelah pujuk-pujuk nak beli something dari KL, pujuk sambil main-main dan layan sembang topik lain, Hasya pun nampak macam dah ceria dan senyum memanjang je..
Kakak.. kakak dah ok kan.. tak sedih lagi kan ibu nak g KL
geleng kepala..
Ni tadi kan dah senyum-senyum ibu tengok.. mesti dah happy kan.
geleng lagi
Ala.. sayang ibu ni, tadi dah ok, nape muram pulak ni.. tak best la camni. Kakak dah tak sedih kan
Sedih
Tapi ni muka senyum je ..
Tapi... dalam hati mana ibu tau..
opsss terlopong jap aku... okey.. dalam hati ye.. fuhhhhhh...ayat!!
Bicara dua
Sedang menonton episod raikan cinta di astro. Tiba part pengantin perempuan bersalam dengan ibu bapa dan nangis sebab sedih ..
Nanti bila kakak kawin nanti, mesti kakak pun camni.. Pastu nanti kakak duduk rumah lain dengan suami kakak..
Janganlah duduk rumah lain.. duduklah sini dengan ibu. Nanti mesti ibu sedih sebab tak dapat tengok kakak lagi tiap hari..
Takpe nanti kakak datang jumpa ibu selalu..
Tak best, ibu nak kakak duduk sama ibu. Nanti boleh kita main masak sama-sama.. kan kan
Tapi kalau kakak dengan suami kakak kerja bukan kat Kuantan camne..
Alaa.. kakak cari la kerja kat Kuantan jer..Nanti boleh duduk sini ye..
Okey..kakak janji. Tapi kan ibu, kalau kakak duduk kat rumah sebelah je boleh tak?
Nape lak..?
Sebab rumah ni macam sempit je sket.. (dengan nada yang sangat berlapik..)
Oooo takpe, kakak duduk je bilik ibu tu. Ibu boleh je duduk kat mane-mane pun..
Ok ibu.. lagipun bolehla kakak jaga adik sekali nanti. Adik kan sakit..
Haa betul tu. Tapi kan kakak nak kawin dengan sape nanti?
Entahla ibu..
Mmmmm kakak kawin dengan orang sebelah je la kakak.. nanti senang nak balik rumah ibu pegi sebelah je
Haa macam ciksu kan ibu.. dekat je rumah ayah su tu..
Haaa betul.. tapi dengan sape kak...?
Hahaaaa... entah, manelaa kakak tau.. ibu ni....
Ha haa.. tapi kakak janji ye kalau kakak dengan suami kakak kerja kuantan nanti duduk rumah ibu je ye..
Janji .. sambil senyum
Nanti boleh ibu jaga anak kakak nanti..
Hahaaaa.... (kami sama-sama gelak sambil berpelukan..)
Hasya ohhh hasya... Mainan atau kenyataan..? Janji kosong atau sebuah harapan?
Ibu tau.. ini hanyalah borak anak dara kecil ibu..
Tuesday, December 17, 2013
sudah jatuh ditimpa tangga
Banjir baru selesai.. musibah yang kami hadapi amatlah sedikit bebanding mereka yang lagi perit kesusahannya..
Tapi kami diuji dengan musibah tempias banjir.
Kerugian banjir bolehlah letak tepi.. 2 almari buku bilik solat, tilam lama, dan lantai kayu 2 bilik.. itu je.
Tapi akibat banjir.. suhu jadi tak menentu. Kereta chery mula meragam..tetiba cermin belakang jadi retak seribu lepas banjir. Tak nak tukar takut hujan lebat muncul lagi.. jadi terpaksa lah tukar dengan harga airmata..600 riyal..
Akibat banjir dan hujan lebat juga, jalan jadi licin. Kereta wira hubby tersondol kereta saga lama yang buatannya agak gah berbanding body wira..bonet kemik, cermin lampu pecah, bumper depan pun remuk..kebetulan pulak cermin tepi juga remuk seribu. Nak baiki lagi? ye.. perlu baiki juga sebab hubby nak berulang kerja ke Kemaman. Baiki dan baiki... harga dibayar dengan harga yang tak ternilai.. keselamatan hubby semasa eksiden tu...600 riyal juga.
Akibat meredah banjir nak balik ambil pakaian anak-anak, tab aku jatuh dalam air. Tenggelam dan terus senyap hingga kini. Kos kerugian 600 riyal lebih jugak. Lalu aku hilang punca untuk bersosial bersama kaum keluarga yang mungkin sedang rancak bercerita perihal kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Aku terasa hilang dalam kemesraan mereka.. ketinggalan dalam serba serbi..
Ok. takpelaa aku guna henset lama..guna dan guna.. tapi akhirnya senyap dan rosak. gulp! tersedu aku.. nak nangis tak guna.. Dan sekarang.. aku guna henset lama.. teramat lama..9 tahun lepas..tapi alhamdulillah dia masih bernyawa dan berjasa bagiku.
Huu... ujian tuhan. Semua haknya.. sekejap je dia akan ambik balik hakNya..bila-bila masa.. Aku hilang semua gambar dan memori perkembangan puteri addinies dalam tab. Aku hilang memori indah aktiviti bersama keluarga tercinta.. aku hilang kenangan suka duka bersosial bersama keluarga tercinta.
Ampunkanlah kami. Mungkin ujian yang sedikit tapi pedih ini adalah kerana kelalaian dan kealpaan kami kepadaMu..
Tiada gambar, tiada cerita-ceriti .. ini je yang aku ada.
Little addinies pulak dah mula bertanya2.. bila nak beli baju sekolah, kasut sekolah, alatulis, alatulis, buku sekolah... ibu, atul dah beli buku sekolah, bila kita nak beli?
Wallahu'alam
Friday, December 6, 2013
Musibah hadapi banjir di Beserah Kuantan
Monday, December 2, 2013
sister and lil baby
Sunday, December 1, 2013
Tuesday, November 26, 2013
Air tangan anak..
Semalam demam, lemah tak bermaya je rasa.. Pastu mulalah mood nak bermanja dan mengada-ngada datang..hehee
`Amna..ibu tak laratla..tapi ibu nak air ..
Ibu nak air apa, amna buatkan untuk ibu..
Ibu nak air milo spesel boleh..
Boleh, mmmm tapi Amna tak pandai nak letak air panas ..camne
Takpe, amna buat jer, tak perlu letak air panas ..
Okey ibu...`
5 minit lepas tu, Amna pun datang ..dengan secawan milo
Milo tanpa air panas..lama dia kacau nak bagi hancur milo hehee
Sedap jugak..air tangan anak kan..
Tq sayang
Thursday, November 21, 2013
Aktiviti cuti sekolah #1 puteri Addinies
Aktiviti 2 : Pergi kenduri kahwin di Taman Pertanian Kuantan
Awalnya agak berdebar nak bawa mereka pergi kenduri ni. Macam-macam aku pikir..macam mana time nak makan nanti, camne nak handle durrah khayla kalau bb dhia tetiba nangis, macamana kalau tempat tu panas terik dan amna nanti mula gatal-gatal dan start nangis.. macamama kalau tetiba bb nangis nak menyusu..(im not so comfortable to NIP without hubby... agak kekok), so.. misi WONDERPET sangat diperlukan disini.
Alhamdulillah, mereka sangat behave sepanjang majlis ni. Kami siap boleh makan nasik minyak, buah jambu, tambah laksa, aiskrim, biskut yang sedap, dan kek coklat lagi. Yang bestnya, puteri Addinies siap boleh bersalam dengan pengantin heheee..
So, here d pic.. smile.. !
Aktiviti 3 : Ke taman permainan Indera Mahkota
Since adiinies sangat bagus masa pergi kenduri, aku meneruskan misi aktiviti cuti sekolah ke taman. Taman ni sangat cantik sebab dikelilingi tasik. Berangan nak joging kat sini sambil teman addinies kayuh basikal keliling tasik.. hehee tapi susah pulak nak angkut basikal diorang ni kan..
Khemah dah lama beli. Lupa dah simpan kat mana. Satu masa tu, daddy jemur toto di ruang tamu. Toto tu jemur atas 2 buah kerusi. Jadi toto tu nampak macam ala-ala khemah gitu. Kakak pun request nanti nak main khemah-khemah pakai selimut katanya.. Pastu ehh ehh baru teringat yang rumah kita memang ada khemah. Terus cari dan pasang untuk diorang main.
Wednesday, November 20, 2013
Saturday, November 16, 2013
Hobi membaca dictionary
Aku di dewan ..menghadiri majlis konvokesyen para pelajarku. Majlis pastinya bersidang dalam tempoh lama. Aku dah standby tab fully charged untuk digunakan sepanjang majlis nanti. Ofkos untuk blogwalking, facebook or ape-ape lah kan, asalkan hilang boring dan ngantuk dalam dewan..hehee..
Pandang kanan..ohh jiran sebelah pun berintenet, pandang depan pun sama..well dunia teknologi kan..
Tapi..pandang kiri..
Opsss opocot jap aku!!
Ehh awak.. Baca apa tu..??
What...? Baca English dictionary? Fuyoooo!! terkesima sunggoh aku. Tak pernah dibuat or tengok orang baca dictionary okey. Aku guna dictionary semata-mata untuk cari maksud perkataan yang tak paham jer.
Owhh.. Sungguh berilmu awak .. Saya tumpang bangga dengan hobi awak ni..(bukan tumpang hobi..hehee)
Hebatkan! Awak ada?
Erti sebuah kejayaan
Tahniah tahniah tahniah! Semoga terus berjaya mengharungi kehidupan baru di luar..realiti sebuah kehidupan.
Aku..bangga dengan anak didikku..!
Friday, November 15, 2013
Suprise tak jadi!!
Macam biasa..kami memang suka suprise-suprise ni. So, balik lunch konon-konon nak surprisekan orang, tapi takde orang pulak kat rumah. Okeh..takpe misi diteruskan.. Main masak-masak lak. Masak nasi, sup sayur, telur dadar. Siap!
Tunggu lagi..sementara tunggu orang balik, jemur baju jap.. Siap jemur pun belum balik lagi. Takpe..teruskan misi dengan tidur-tidur ayam hehee. Nanti ada orang balik, kita pura-pura tidur ayam..hikkhikkk.. Konon seronok laa nanti dapat main-mainkan orang hikhik
Tapi...
Tunggu punye tunggu, tak balik juga..
Tidur tak dapat tidur jugak..
Masa berjalan, perut pun dah lapar
Tunggu lagi sambil kacau air.Tak sampai juga.. Huuu..Ambil pinggan 2 bijik.. Ceduk nasi sepinggan.. duduk depan lauk.. Ambik telefon ..call
Mmmmm...rupanya tak balik rumah tengahari ni, ada hal.
Dia kuciwa tak dapat makan nasi kat rumah, aku lagilah kuciwa..penat masak akhirnya terpaksa makan sorang jer..
Adehhh..udahla, lepas ni tak nak buat surprise lagi..
Wednesday, November 13, 2013
mahkota untuk ibu..
Friday, November 8, 2013
Julies Le-mond sedap!!
Ngantuk pulak petang-petang hari yang dingin ni. Sambil menghirup udara segar pantai gelora berhadapan ofis baru kami ni..
Ceewahh panjang pulak mukadimah. Sebenarnya nak bagitau mengantuk ...plus sedapnya biskut lemond ni..bertambah-tambah sedap bila ianya adalah biskut percuma.. (Makanan free semua sedap kan hehee)
Camne nak biskut percuma ni..? Ohh datangla ke ofis baru kami..( bukan biskut aku punye ye..promo sedap je) Nanti nak usha biskut ni kat tunas manja pula..
Bye..nak sambung makan free hihi..
Sunday, November 3, 2013
Coklat Ding Dang
Dulu-dulu...ding dang adalah coklat paling best untuk kami ..
Dapat coklat bulat-bulat sedap sangat !! Pastu yang lagi best sebab dapat mainan!!
Pakat main ramai2... Wohoooo!!
Dulu-dulu pun siap ada iklan kat TV lagi rasenya...kannn
Tapi
Balik baru ni, ipar belikan ding dang sepeket .. Pakat makan ramai-ramai. Wahhhh mula tu seronoknyaa rase!! Tapi, bila buka... Huuuhuuuu ding dang dah tak macam ding dang. Dah takde coklat bulat, cuma ada gula-gula tak best 2 biji dan mainan yang tak best jugak..
Sungguh kuciwa rasenya.. Adakah semuanya gara-gara menyahut bajet 2014...mengurangkan pesakit diabetes negara... ?
Tuesday, October 29, 2013
Senyum jer ...!
Whatever it is..senyum jer
Si princes..tersenyum manis kemain.. Galak bertamu..
Mmmm maybe dah mula kenal erti .."indahnya kehidupan.."
Smile yang..
Ibu sayang baby tiap masa dan ketika..
Samalah sepertimana tokma sayang ibu tiap masa dan detik.. Terima kasih bondaku
Wednesday, October 23, 2013
Bajet beli kereta atau rumah baru
Beliau merupakan pensyarah ekonomi (kalau tak silap saya lah) di IPT Muadzam. Menurut beliau, info ni diambil dari insittusi kewangan dan ahli ekonomi.
1. Bajet pinjaman kereta
Jangan lebih 15% dari gaji bersih (gaji yang ditolak KWSP dan SOCSO)
Contoh : (ni bukan contoh gaji aku ye.. ni contoh aje.. masing-masing bolehla kira ikut gaji sendiri ok :) )
Gaji kasar RM2,500
-EPF (11%) (275)
- Socso
Angaran Gaji bersih 2,200
Installment kereta (15%) RM330
Tapi, dengan installment sebanyak tu, kereta apa yang kita boleh beli ye? MyVi pun tak lepas kan.. kecuali downpayment besar.. (kalau mampu).
Menurutnya lagi, kalau bajet pinjaman kereta lebih dari 15%, kelak kita akan hadapi masalah kewangan lain pulak nanti..
So, Artini.. pikir dan buat kira-kira ye.
2. Bajet pinjaman rumah
Pinjaman rumah pula sepatutnya dalam 1/3 dari jumlah gaji bersih (setelah ditolak KWSP dan SOCSO).
Contoh : (lagi sekali, ni bukan gaji aku ye.. sekadar contoh aje :))
Gaji kasar RM3,000
-EPF (11%) (330)
- Socso
Angaran Gaji bersih 2,600
Installment rumah (1/3) RM867
Tapi, majoriti rumah sekarang ni di Kuantan adalah dalam RM200k ke atas.. terutamanya untuk rumah semi-D. Aku pernah buat kira-kira dulu, anggaran untuk bayar pinjaman rumah untuk harga lebih kurang RM200k keatas tu adalah dalam RM1000+ sebulan.
8 tahun lepas (2005), rumah semi-D yang aku diami sekarang cuma berharga RM137,700. Tapi sekarang, rumah teres pun belum tentu dapat beli pada harga tersebut. Dengan harga tersebut, installment rumah kami cuma dalam RM700 ke RM800 sebulan. Jadi, untuk memiliki rumah semi-D yang baru dan selesa dengan design rumah yang cantik, harganya boleh mencecah sekurang-kurangnya RM250k+ dan installmentnya adalah dalam RM1300+ ke atas, bergantung pada usia peminjam bagi urusan MRTA.
So Artini.. fikir-fikirkan lagi sekali.. beli rumah lelong atau subsale pun bagus juga kalau rasa nak terjebak dalam dunia hartanah seperti blogger hartanah terkemuka Abang Ensem.blog.
Ok.. itu aje,, moga membantu.
Tuesday, October 22, 2013
Penoh rghumbuuu!
Hadiah anak punye pasal, penoh pun penohla..
Motor baru untuk hadiah birthday Puteri durrah, 2 years.
Maklumlaa beli kt kampung, terpaksa la tapau dalam kereta hikhikk penuh sampai bumbung :-)
Monday, October 21, 2013
Malas..
Mood malas melanda.. Malas nak update blog..sebab ...hahahaa... Heheee
So tataplaa gambar bekfest aku semalam di kampungku tercinta..
Sedap ngatttt... Nok etek dok?
Wednesday, October 9, 2013
Terkenang..
Teringat dan mengingati..
1. Siapakah yang mengajarku berjalan..?
tak tau.. takde gambar or vidoe yang merakamnya..
tapi mestinya dia
2. Siapakah yang menyuapku makan dan minum?
semestinya dia
3. Siapakah yang memakaikan pakaian dan menukar lampinku?
semestinya dia
4. Siapakah yang membasuh lampin dan kain bajuku..?
tetap dia..
5. Siapakah yang memujukku takkala tangisan mengiringiku..
dia
6. Siapakah yang menemaniku mandi dingin pagi hari di tepi paip rumah ?
dia.. diaa
7. Siapa pula yang memasak nasi goreng kegemaranku, pisang goreng kesukaanku dulu..
dia juga
8. Apakah makanan harianku dulu..?
tak ingat..tapi semestinya dari air tangannya
9. Siapakah yang menemaniku tidur tiap malam tika kecil dulu..
aku tidur bersamanya.. aku ingat itu.. tiap malam.. di rumah kecilku dulu
10. Siapa yang mengikat tocang rambutku tiap pagi ke sekolah rendah.. sungguh kemas sekali?
ye dia.. aku sungguh ingat itu
11. Siapa yang menjahit baju sekolahku dulu..?
dia.. ye dia sangat pandai menjahit.
12. Siapa yang mengajarku menjahit.. yang mengajarku cucuk benang ke lubang jarum dan simpul benang..?
aku tak ingat itu... tapi ku pasti.. semestinya dia
13. Siapa yang ke Kolumpo mengiringi kejayaanku sebagai graduan dulu?
ye.. dia salah seorang dari mereka.. walaupun jauh, dia tetap pergi.
14. Siapa yang menghantarku sebagai seorang isteri nun jauh hampir 400km jauhnya darinya..
dia .. dia hadir melepaskan tanggungjawabnya..
15. Siapakah yang sentiasa bersamaku.. menemaniku.. membawaku berjalan-jalan balik kampung naik bas
ye.. dia.. aku pasti dan aku sungguh ingat itu.. kerana aku sangat gembira detik itu.
Oh.. banyak yang aku lupa..
tapi..
Siapakah yang berada disisinya ketika hayat terakhirnya masih ada..
Aku... tiada di sisinya..
Aku.. tidak bersamanya..
Sedih
Aku tidak tahu itu
Aku tidah tahu itu adalah detik-detik terakhirnya
Aku tidak tahu dia sedang menunggu detiknya..
Sungguh.. aku tak tau.
Pull stop.
Redha.
Pilu.
2 tahun berlalu.
Al fatihah nenda
Jasamu takkan ku lupa
Makan free
Makan free today..!
Sukaa sukaa..!
Sbb..sume workload akan hilang berterbangan....
Wowww wowww best teramat.. Hahaaa..
Tapi ..jap je la..
Huhuuuu
Takpe.. Yg penting.. erkkk ...Kenyang alhamdulillah.
Monday, September 30, 2013
Main tarik upih
Bergerak ke upih tu tarik si kakak yang bigg biggg tuuu...! hahaaa |
Seronok sungguh Durrah kena tarik..siap letak bantal dan cik bear lagi... lagi best siap minum air soya lagi tuuu bagusss bagusss! |
Amna... pun sakan enjoyyyy,,, happyyy happpyyy!! |
Pastu diorang tukar upih guna selimut pulak... lagi seronok durrah tu.. ! |
![]() |
Saya nak main jugaa.. tapi takde orang ajak, huhuuuu sian saya kan |
Bersungguh-sungguh Amna tolak durrah..! |
Thursday, September 26, 2013
Konvensyen KIK IKIP 2013
What is KIK?
Kumpulan Kreatif dan Inovatif.
Hadiah...?
Mesti ada trofi, Anugerah Emas, Perak dan Gangsa dan wang tunai u.... wowww!!
Kumpulan kami.. ALL Star 4 akan menjadi peserta pertandingan ke-4.. dari 8 penyertaan.
Selamat berjuang semua..! hahaaaa
p/s.. untuk my group members, jangan lupa objektif utama pertandingan kita ni uolsss hahaaa
GOOD LUCK & All the best!
Tuesday, September 24, 2013
Makan durian
Semalam tokma kirim durian, duku dan rambutan.
B... Nak durian tak?
Yeaaaa..! Nak duyyannn nakkk duyyannnn!
Berpestala mereka bertiga makan duyyannn..
Erkkkkk seluar mana b....
Friday, September 20, 2013
Lunch apaa?
Aikkk... Jgn gelak !
Tiba tiba tengahari tadi rasa nak balik rumah, sebabb ofis sunyi ..haha! Alasan logik kan. So terus pecut balik rumah. Kul 1 baru sampai sebab jammm hari jumaat. Biasanya 15 minit dah sampai rumah..hohoo
Okeh, balik konon nak supprisekan orang ngehh ngehh, ingatkan orang kat rumah masak. Orang kat rumah lak ingat aku tak balik ishhh ishhhh. Maka, inilah jadinyaa
Cari ini...
Thursday, September 19, 2013
Hasil tanaman mempelam mas hitam 2
Mmmm dua singgit dua singgit !! kata mail upin ipin
Hahaha.... its free jer laa .. Copla hok mane se nok.. Sila sila..
Ahmad se
Kak ngah se
Abg Adam se
Hakim se
Abg cik se
Kak Nisa se
Ameer se
Farah faqihah se
Abg haziq se
Afeeq, aqib, al amin nok juga? ambik ambik..
Tapau untuk org kampung skali neh :-)
Ehh mummy gegel tu no jg ke
Happy Birthday Princess!
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com