Murah?
Mmmm..setakat mana anda rasa murah bagi sebuah homestay?
Bagi aku.. homestay yang murah mestilah:
- harga below RM150 semalam.
- ada keperluan asas di dapur seperti periuk nasi dan kettle
- at least ada 1 bilik
Yes.. bagi aku.. bila nak cari homestay mestilah memenuhi kriteria kat atas.
Tapi kan.. percayalah.. susahnya nak cari homestay yang harga below RM150 kan..
Biasanya yang ada pun jenis bilik studio. Studio memang lengkap dengan katil, tv, dapur & bilik air.. tapi takde bilik. Aku perlu bilik.. at least 1 bilik.. sebab.. mmm.. sebab aku bawa bibik.. Jadi perlulah asing kan sebab suami ada skali ..
Pernah sekali kami ke
Segamat, dapat homestay 1 bilik harga RM120 semalam... ada peti sejuk, tv,kettle & pinggan mangkuk je. Takde dapur. Kira standardlah kan harga camtu.
Pernah juga dapat homestay 2 bilik kat
Melaka.. RM100 semalam..haaa murahkan. Masa tanya tu katanya rumah tengah renovate, jadi dia bagi gambar luar rumah je. Nampak ok je. Kemudahan siap tv, dapur, peti ais, Masa dimaklumkan, kami penyewa pertama lepas renovate, wah rasa happy je sebab ye lah.. first customer kan.. mesti everything baru kan especially lepas renovate kan. Tapi kan.. adeh.. bila sampai.. indah khabar dari rupa. Rupanya homestay tu direnovate dari rumah kampung macam tinggalan jer, Ada tinggalan tangga yang bersambung ke rumah lain dalam rumah, bilik air bertampal sana sini, dan yang paling tak selesa rasa ngeri semacam jer malam-malam. Kami bermalam 3 malam kat sini. Ilman Khalish masa tu baru 6 bulan. Tiap malam nangis.. huuu pastu serik dah nak sewa homestay murah-murah ni
Pernah juga sewa homestay
Langkawi, RM150 semalam, juga sama... murah sebab rumah kampung yang agak sunyi dan seram. Bilik air bertampal sana sini, tong gas berbau gas masa masak..last-last kami tak guna terus dapur gas.
Kalau homestay kat
Cameron mesti majoriti RM200 ke atas.. standard dah rasanya harga tu
Area
kuantan pun harga camtu. Pernah sewa homestay 3 bilik masa rumah kami kena banjir tahun 2013.. RM150 semalam, Majoritu memang RM150 ke atas kan.
Aku memang nak homestay sebab nak dapur dan ada bilik. Nak ambik 2 bilik studio pun lebih kurang RM70 x 2 bilik = RM140 jugak.. So rasanya better cari homestay yang bajet lebih kurang 2 bilik studio tapi dapat at least dapur kan.
Jadi, masa nak pergi konvo Along (anak buah sebelah suami) 23 Oktober baru ni, terpaksalah kami cari homestay area Shah Alam. Tapi.. majoritinya mesti RM200 ke atas untuk homestay area Syeksen 7. Dekat tapi over bajet..nak menginap 2 malam . Lagipun majoritinya dah penuh orang booking untuk convocation jugak.. hmmmm... masa ni rasa macam alahai.. nampaknya terpaksalah korbankan duit lebih kurang RM400 juga untuk penginapan . .. alahai..
Tapi.. rezki Allah nak bagi.. tetiba terjumpa
Homestay Qalif Qaisara kat Face book..
Ruang tamu.. kecik je , tapi ringkas dan comel. ada meja makan skali
Flat kami tinggal yang warna putih hijau tu. Tingkat 16 dari 17 tingkat.. fuyoo.. nampak seluruh shah alam. Dont worry.. lift was there for u.
Antara gambar bilik, peti ais, mesin basuh, dan dapur.
Mula-mula tengok harga
Kami masih menawarkan Harga
Promosi yg mampu diduduki buat anda.
● Weekdays (Mon-Thu)
RM90/night
● Weekends (Fri-Sun & PH) RM120/night
Wahh..
murahnya kan..Kalau ambik 2 malam masa weekend, baru RM240 instead of RM400
kalau stay di area Syeksyen 7. Banyak juga beza tu.. Tapi macam risau
jugak takut peristiwa homestay Melaka & Langkawi berulang lagi kan.. so
baca lagi..
Homestay yg mempunyai
3 bilik tidur & 2 bilik air. Berada berhampiran dgn Pusat Bandaraya Shah
Alam.
Hmmm...
biasa jer kan .. takde yang menarik sangat
Baca
lagi..
Homestay kami
mempunyai 3 bilik tidur & 2 bilik air. Sesuai untuk semua golongan.
Dilengkapi dgn sistem kawalan keselamatan 24jam.
.
Antara kemudahan2 yg berdekatan ;
- 1 Lot Parking with Access Card.
Haa...
yang ni menarik.. Yess.. lot parking with access card & cctv.. Yes.. i
lioke.!
Kat
Shah Alam or KL or mane-mane area bandar camni kan .. memang susah nak parking
kan. Dulu pernah sewa homestay kat Lumut, flat tingkat 2 RM130
semalam. Dah la takde lif, susahnya hai nak cari parking..
Pernah
pergi rumah kawan husband area Sentul, MashaAllah, bertindan-tindan
diorang parking kereta. Rasanya ada kes kena tolak kereta pagi-pagi dulu kut.
aduhai.. mesti hilang mood nak pergi keje tiap hari kan
Then
.. barulah aku wassap owner homestay Qalif Qaisara..
Banyak
lagi kemudahakn lain yang ada rupanya:
-peti
sejuk
-mesin
basuh
-
Towel
-kelengkapan
masak (dapur, periuk, microwave, kettle, kuali, pinggan, jug, mangkuk, sudu,
garfu, semua complete.. dah la complete, baru pulak tu hihi.. first customer
kan sukenya)
-
iron &iron board.
Hmm
.. rasanya ok kut. Owner pun boleh dibawa berunding, Aku minta diskaun sebab
bermalam 2 malam .. dia layan. Aku sampai awal , minta check in awal pun
dia layan... so ok lah kan..
Tapi
kan.. part yang paling bestnya.. bila check in, rupanya ada
lagi complimentary lain yang kami dapat:
- 3
helai towel besar & 3 helai towel kecik (yang ni kena pulangkan semula ye)
- 2
batang berus gigi & ubat gigi colgate
-
Milo 3 in 1, nescafe
-Mineral water besar 2 botol
- Dan
yang paling best... kami dapat 2 jenis mandian. 1 mandian biasa yang kecik, 1
lagi mandian scrub.. wah.. kelass gitu. Hotel pun tak bagi scrub kan mmmm
Oh
ye.. area taman ni juga ada playground. Jadi, balik jalan kids boleh main
taman, time nak keluar gi jalan pun kids boleh main-main dulu kat sini.. mmmm I
lioke sangat!
Okeh.. jom bagi rating (out of 5 bintang):
Kebersihan kawasan : 3.5 bintang
Kebersihan dalam rumah : 4.5 bintang
Kemudahan dalam rumah : 4.5 bintang
Kemudahan dapur : 4.5 bintang
(complete.. dont expect soo much, luas dapur standard dapur rumah
flat.. but for me.. its ok. kecik tapi comel)
Kebersihan bilik air :
4 bintang (oklah.. standard deco untuk rumah flat, bersih, ada air
panas, hiasan dalam bilik air menarik, air flush biru - nampak bersih sangat,
hotel pun takde air flush biru kan hehe)
Harga :
Amat memuaskan dan berpatutan
Kemudahan ke tempat awam / tempat menarik :
Banyak pilihan
Keselamatan :
3.5 bintang
Sebab :
Ada 17 kes denggi di kawasan ni- tertera di dinding lif. mmm agak
takut jugak mula tu.. patutla nampak ada banyak air minuman untuk kucing
disediakan di tingkat bawah flat. Mungkin pihak kejiranan perlu buat sesuatu
bagi menangani masalah ni
Kebanyakan penghuninya di kalangan bangsa asing.. Indonesia,
Bangladesh dan pekerja kilang. Jadi perlu berhati-hati juga untuk mengelakkan
perkara yang tak diingini berlaku
TAPI.. yang penting ada CCTV & kejiranan rukun
tetangga yang baik kat sini. Security guard pun ada, acces card pun ada.. (jadi
bukan sebarang orang boleh masuk area flat ni..Rasa selamat kan?)
Dan.. yang penting.. sepanjang 3 hari kami disini, tak pernah
tengok sebarang anjing berkeliaran.. haaa.. rasa selamat dan selesa kan?
Kepuasan :
4 bintang
(Pasti jadi pilihan utama jika berkunjung ke Shah Alam lagi
So..
mane lagi nak cari homestay 3 bilik , complete dapur dan parking lot yang harga
RM90 weekdays dan RM120 weekend di Shah Alam?
Confirm
aku booking homestay ni lagi jika ada plan ke Shah Alam semula.. InshaAllah.
Oh
ye.. kemudahan lain:
- Kedai Runcit, Kedai Serbaneka, Restoren
- Pam minyak (Petron,Petronas 24jam).
- Maybank
- 15minit ke AEON Mall Shah Alam
- 15minit ke MSU College
- 15minit ke SEED College
- 10minit ke TUDM Subang
- 10minit ke Politeknik Shah Alam
- 15minit ke Stadium Shah Alam
- 15minit ke IDCC, SACC, Anggerik Mall, Kompleks PKNS,
Plaza Alam Sentral
- 20minit ke i-City Shah Alam
- 30minit ke Subang Airport
*Akses via Federal Highway, LKSA Highway, Guthrie
Highway, NKVE
Sebarang pertanyaan hubungi ;
📞010.2857.480 (Mizi)
Atau WhatsApp 012.4474.707
Lokasi :Taman TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam.
p/s.. menulis sekadar untuk ingatan diri sendiri.. .. lenkali senang nak booking :)