Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 10, 2017

Juzu' 30 & homemade pizza large size!

8 nov - alhamdulillah dah masuk juzu' 30. Lamanya aku ni mengaji.. kena improve lagi lepas ni ye rtny!!

Hasya request nak bawa pizza untuk bekal rombongan sekolah ke melaka & kl. Bertolak pukul 7 pagi.. so nak buat makan dalam bas katanya.. ok la nak.. ibu pun dah lama tak buat pizza.. semangat juga bila anak order ni. Hehe!

Deluxe cheese & beef pizza.
Yang ni bekal hubby & aku




Yang cheesy belah kanan tu semua hasya bawa bekal dalam bas.. share dengan kawan-kawan!

Ni lah peneman setia ibu.. kakak sibuk tengok tv aje kalini. Takpe.. lenkali kita pulak order dengan kakak kan ilman.. set!




Wednesday, November 1, 2017

Strawberry tahan lama lebih 10 hari!

Kami dimurahkan rezeki bercuti jap di Cameron baru ni. So masa nak balik, strawberry mestilah buah yang wajib dibeli. So kami beli la sikit .Beli pada 21 Oktober , Sabtu.
Buah stawberry memang biasanya tak tahan lama kan. Tapi kami berjaya mengekalkan kesegaran strawberry ni selama 11 hari..wowww kan!!

1. Bila sampai rumah, aku basuh, buang daun dan tangkai. Buah yang macam nak lembik or berair tu makan je terus..jangan campr sekali.  

2. Keringkan buah dulu.. sejat kat penapis then lap-lap sikit supaya takde air lagi. 

3. Ambil bekas TUPPERWARE. atau yang penting bekas yang kedap udara. Tupperware jenama TUPPERWARE biasanya memang confirm kedap udara. 

4. Alas tupperware dengan dengan tisu kering. 

5. Letak buah strawberry jarak-jarak sikit. Jangan terlalu rapat.

6.Simpan dalam peti bawah je. Jangan letak peti atas. Dulu aku pernah letak peti atas, memangla keras macam ais, tapi tak lama pastu terus lembik cair macam ais..huu

Ni buktinya semalam. 31hb. Selepas 11 hari, buahnya masih segar.

close-up sikit... 
Segar kan!

Cubalah sendiri!!
Boleh makan coklat strarbwerry lagi weekend ni...nyum nyumm!!

Daisypath Anniversary Years Ticker
babies
baby

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini