Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, December 15, 2017

Main masak-masak : Waffle

Kali ni main masak-masak waffle
Waffle maker beli kat Lazada
Tara.. yang ni guna tepung waffle ready made.. senang je lah.. bancuh dengan air je
Tapi agak mahal.. rasanya RM18 sekilo ..

So sekarang masih mencari resepi terbaik. Dah cuba 2-3 resepi tapi nak cari yang lebih sedap lagi

Kalau ada resepi sedap , bagitau eh! Thanks in advance :)

New journey for me & Hasya

Alhamdulillah.. Hasya mendapat keputusan UPSR yang baik.  Gambar ni masa turun pentas ambik result.. nampak kelegaan kan.. ibu lah yang lega.. Hasya rilex aje hi hi

dan semalam 16 Dec, first step hasya gi ujian bertulis untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Ujian kat SEMSAS Kuantan je..  So aku angkut semua sekali.. cuti sekolah kan..
Result belum tau lagi.. ujian pun secara berkomputer... tunggu next step pulak. Moga ada rezki untuk anak ibu InshaAllah

Happy Graduation Day Hasya Addini

Date : 18.11.2017 (Sabtu)
Tempat : Sek Keb Assunta Convent Kuantan

Hasya bersekolah kat sini dari darjah 1 hingga darjah 6
aku pulak rasa sedih tengok keakraban sesama mereka .. terutama kasih sayang dari guru-guru mereka.. seperti anak-anak mereka je layaknya 
Terima kasih diucapkan cikgu-cikgu semua yang menjaga dan mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang .. anda semua memang hebat dan terbaik!

Hasya : barisan tengah, 5 dari kiri
yang duduk di tengah .. guru kelas Hasya yang sangat baik, Cikgu Zairol

Selepas turun dari pentas, terus kami bergambar kat bawah je.. 

Hasya dan Mysara.. rakan dan jiran terdekat.. hari-hari main sama-sama
Bunga yang kecik tu beli dari sekolah.. RM15... hmmmm

Aku dan hasya.. hujung belah kanan

Bukan senang nak naik pentas sama-sama dengan yang tersayang kan
Alhamdulillah Hasya terpilih sebagai tokoh pelajar cemerlang Kurikulum.. so dapatlah aku naik pentas. Semua ibu-ibu je yang naik pentas.. bapa-bapa tangkap gambar ha ha! Semoga kejayaan ni menjadi pendorong untuk terus berjaya dan menjadi ikutan adik-adik semua.. Insha Allah.

Hmmm.. imbau balik kenangan naik pentas ni, dulu pernah pertama kali jugalah aku naik pentas meraikan kejayaan yang tersayang.. masa tu gigih aku yang sarat 6 bulan mengandungkan Ilman.. naik bas sorang-sorang dari Kuantan ke K.Trg tengah-tengah malam.   Then esok tu balik semula dari K,Trg ke Kuantan. Syukur tak sia-sia usaha aku sebab nampaknya yang tersayang tu terus mengorak langkah demi langkah mencapai kejayaan yang diidamkannya.. Tahniah my dear.. we are so proud of you! Teruskan dan kekalkannya..

Hasya : Line tengah, 4 dari kiri
yang duduk hujung sekali, lelaki adalah cikgu zairol, guru kelas hasya

Ni hari terkahir hasya di sekolah. 
Aku tanya dia.. napa mata kakak bengkak?
Alaa.. sedihlaa ibu.. ha ha!
Ingat aku je yang over sedih.. rupanya dia semestinya lagi sedih kan

Semoga terus berjaya semua my Love
Terima kasih guru-guru sekolah assunta


Happy Graduation Day Durrah Khayla Addini


Date : 11.11.2017 (Sabtu)
Tadika Pasti Al Hidayah Beserah
Tempat : Era Gemilang Event, dekat airport Kuantan


Moga jadi anak ibu yang solehah dan menyejukkan hati selalu.. menjadi kebanggaan ibu abah dunia akhirat ye.. InshaAllah sayang!


Shopping with my young man!

Wah.. terus young man.. padahal baru 2 tahun Ilman.. hi hi!

Aku cuba untuk jadikan Ilman my man.. harusla kan! Tak boleh latih dia manja-manja sangat!
Selalunya aku cukup risau kalau bawa ilman gi shopping especially groceries.. keadaan akan jadi memang huru hara.. Nak cari barang lagi.. nak cari dia lagi ha ha! Kadang dia sengaja main sorok-sorok.. Padahal aku dan hubby memang dah cukup risau kalau tak nampak kelibat dia depan mata walau sesaat.. sebab macam-macam boleh jadi.. macam-macam dia boleh buat.

Tapi .. pernahlah jugak aku terbaca.. pesanan orang-orang..
anak lelaki ni biar dia explore semua keadaan supaya dia jadi kental dan melawan arus kehidupan
jangan biar dia terkurung.. nanti dia tak tahu realiti kehidupannya nanti jauh berbeza dari kurungan hidupnya tu.

Jadi, one day, balik taska.. aku bawa Ilman gi Nirwana .. ni first time aku gi dengan Ilman je... alahai nervous jugak rasa.. Apa yang aku plan, kalau keadaan tetap huru hara macam biasa. jawabnya tak jadilah beli barang nanti.. Tapi takpe, kita try dulu!

So aku buat deal dengan Ilman.. tak boleh beli mainan. Kita beli ayam dan susu ilman je.. Ok ibu katanya ha ha.. Kita tengok ok

Masuk nirwarna dia ambil bakul tarik.. dia nak bawa sendiri.. terus gi cari susu.. then letak dalam bakul. Then cari ayam.. tunggu orang potong ayam..then dia nampak kentang.. kitorang selalu beli kentang untuk amna.. so dia sebut suruh beli kentang amna.. okla.. ambik letak dalam bakul. Then sudah ambik ayam.. dia nampak tembikai.. nak tembikai katanya.. ok takpe boleh.. asal makanan yang sihat aku ok kan je.. then gi timbang.. pastu lalu lorong pasta cari pasta sikit.. cari susu kotak untuk masak.. pastu gi bayar.. Semuanya teratur je.. sampai kaunter eh lupa belum ambik roti. ambil roti jap pastu bayar. Ilman memang bawa duit 50 sen awal-awal tadi, dia bagi pada cashier nak bayar katanya... ha ha gelak je cashier. Dah bayar, minta dia bawa satu plastik .. yang paling ringan plastik kentang je. agak berat sikit.. tapi takdelah berat sangat. Saja nak dia belajar.

Akhirnya.. berjaya shopping dengan Ilman kat nirwarna. Wah kemain suka bila orang duk puji Ilman good! Nak gi lagi katanya!

Ok Ilman, lain kali ibu bagi cabaran lain pulak ok!

Hai.. nervous lagi lah jawabnya

gambar lama masa awal dec baru ni shopping kat pengkalan kubor.. memang huru hara. ha ha! tangkap broza se untuk ilman supaya dia pandai main gaya boy sebenar (konon hi hi)
Harga : RM70- muroh kan!

Masih cerita di pengkalan kubor.. beli pedang lambang kesatria melayu sejati ha ha
7 riyal je.. muroh kan!


Ni pulak masa gi makan kat PDM Beserah. Kakak takde masa ni sebab gi rombongan sekolah ke Melaka dan KL. Hubby pun takde . ada meeting kat KL. So macam biasa memang huru hara jadinya ha ha! 

Daisypath Anniversary Years Ticker
babies
baby

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini