Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, November 2, 2018

Mana kampungnya.. ?

Rumah besar itu akan ditinggalkan
sepi..

Penghuni rumah itu juga telah pergi
sorang membawa diri
sorang lagi dibawa pergi

Hilangla riuh tawa rumah indah itu
aku sunyi
dia..?
haruslah lebih dari apa yang aku rasa
pedih !

Sedih..
apakah hari tua kita semua juga begitu nanti?
harus pergi mengikut rentak alam?

Didoakan moga kita terus dalam rahmatNya
walau di mana kita berada
Moga Allah sentiasa melindungi kita semua
Dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan berpanjangan
agar kita bisa terus berbakti padaNya di penghujung usia
bersama keluarga tercinta
ditemani mereka yang kusayangi

Tabahla mak
moga mak sentiasa sabar dan
dikurniakan kesihatan berpanjangan

Monday, October 29, 2018

The value of ONE minute!

Kerana SATU minit itu, semuanya berubah!
Segala harapan tinggi menggunung hancur berkecai!
Nyanyian, sokongan, teriakan, tepukan, siulan padam!

1 minit itu cuma 60 saat!
Tapi segala kemungkinan boleh berlaku
Mereka lupa pada erti 60 saat itu

Tapi kerana 60 saat itulah semangat mereka terus hilang
semuanya bertukar kepada amukan, tepikan, hinaan dan cacian
Mereka cuma nampak hitam
mereka lupa pada yang putih sebelum itu

Aku tetap bangga!
walau aku bukanlah pemain
walau aku tidaklah beria-ria menjerit indah di detik 119 itu
walau aku juga inginkan hitam putihku itu megah berkibar di detik 120 itu
tapi
usahlah dilupa
semuanya telah ditakdirkan

Detik itu
Semangat juang dan kesungguhan sungguh tinggi melangit
tepukan, senyuman berkaca di mata
Semua yang ada bersiul riang menanti hitam putih berkibar megah dengan rasminya
semuanya telah berdiri megah, bersiap sedia menanti detik 120

Tapi..  harapan lenyap sekelip mata
bukan mata kita saja
tapi mata mereka itu juga!
pedih!

Seminggu cerita ini takkan habis
atau mungkin juga berlarutan selama sebulan, ataupun 12 bulan mungkin
Namun
sambutlah mereka dengan penuh kesyukuran sebagai WIRA kita semua!
tanpa mereka yang bersungguh pada malam itu, takdelah perjuangan

Berpeganglah pada pepatah ini..
Kalah menang adat permainan!
yang penting budi bahasa dan semangat perjuangan itu!

Congrats guys!
You DID it!
We are so proud of u!
Still.. and forever!

Moga ada pengajarannya untuk kita semua
dan moga ada rezeki lagi untuk kita semua ..
satu hari yang indah itu
akan tetap ditunggu bersama
dengan penuh impian dan harapan!


#bukanfanatikbola
#tetibaterjebakdenganbolafinal
#20tahunsekalitengokbola
#tapimungkinsebabhitamputihadalahkebanggaanku

Thursday, September 20, 2018

Mana baby ibu pergi?

Hmm... dah lama baby ibu menghilang..
yang ada cuma kanak-kanak riang.. yang dulunya adalah baby comel itu
sekarang kanak-kanak riang itu dah mula menunjukkan bakat masing-masing
conteng, nyanyi, bergaduh, berlari, tarik rambut, bertumbuk, lumba makan, berebut makanan dan macam-macam
yang mana nanti kelak akan hilang juga dari pendengaran dan penghilatan bila usia berlalu
jadi, teruslah .. berterusanlah kalian dengan alam kanak-kanak yang penuh menghiburkan itu
ibu akan terus menjadi pendengar, pemerhati, pengadil dan sebagainya
ibu akan terus jadi chef terhebat, guru terhebat kalian

Mana baby ibu pergi?

seawal tahun 2018 ni, si baby ibu Ilman Khalish dah mula belajar dengan sendirinya tidur tanpa diulik tepukan dan dodoian ibu
baby ibu tak lagi mencari wanginya ketiak ibu ini
baby ibu tak lagi mencari mana susu ibu yang sentiasa melenakannya tiap malam
baby ibu lebih selesa tidur dengan botol susunya
lebih seronok tidur dengan konsep ' boy tidur dengan boy, girl tidur dengan girl'
so, terkedulah ibu
terkelip-kelip ibu mencari babynya yang dah mula menghilangkan diri
sedih
terkadang di kala abah outstation, barulah si baby mencari ibu.. yang kadang dicari, kadang tidak
setiap hari,
puas dipujuk,
kadang ibu menang yea!
tapi selalunya abahlah yang menang tanpa perlu memujuk apa-apa pada si baby
owh baby yang dah mula menjadi kanak-kanak 3 tahun
belum kanak-kanak 8 tahun
macamana ye.. 5 tahun akan datang?
dah remajakah baby?
yang tak boleh lagi dipeluk cium di khalayak ramai?
ibu akan belajar perlahan-lahan
walaupun sukar
harapnya cuma bayangan kelam

Baby juga tidak lagi teringin tidur di atas ribaan ibu sepanjang perjalanan kita
baby dah pandai cari port yang lebih selesa dalam kereta
tidur di atas toto, beralaskan bantal di dalam seat belakang kereta
jadi, kosonglah ribaan ibu
hilang sudah baby yang kini menjadi kanak-kanak 3 tahun itu
baby .. ibu rindu detik itu
walaupun berat dan lenguh di ribaan
tapi ibu suka

5 di ribaan..
tapi kini kosong

5 menemani ibu mengulit mimpi indah
tapi kini kosong

owh.. baby.. kembalilah pada ibu
ibu rindu pada 5 baby comel itu
yang tetap akan comel
sentiasa


Monday, June 25, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 dari kami sekeluarga..
Maaf zahir batin samada yang sengaja atau tak sengaja
Moga ada rezeki dan dipanjangkan umur untuk berhari raya lagi tahun hadapan

Oh ye. tahun ni raya di kampung mertua dulu.. Felda Chemomoi, Triang Bera Pahang
Kali ni semua adik beradik ipar duai balik.. cucu saudara pun balik.. owh.. aku dah jadi atok sedara tau.. hi hi..
Alhamdulillah..aidilfitri kali ni disambut meriah 
syukur

sebahagian gambar ahli keluarga


Solat raya dengan anak 2018

Alhamdulillah..
Tahun ni diberi kesempatan olehNya untuk solat hari raya dengan anak-anak.
Bagiku inilah rezeki yang paling besar aku terima pada hari raya kali ni.. sebab bukan senang nak solat hari raya sambil bawa anak-anak yang kecil dan macam-macam ragam especially ilman si hero ni!

Seawal jam 3.30 pagi aku dah bangun kukus nasi dagang, masak nasi kunyit 7 minit. Pukul 5 semua dah siap masak..terus aku hidang dalam bekas siap-siap. Pukul 6 aku dah siap mandi sunat raya & solat subuh. Then terus kejutkan Hasya, amna & durrah.. kejut suruh mandi sunat & solat subuh. 
6.30 kejut Ilman dan Yaya.. Alhamdulillah semua senang je.. sebab dah pesan siap-siap malam tadi, esok bangun awal & jangan nangis kalau nak ikut gi mesjid solat raya.
Pukul 7 semua dah siap pakai baju raya..then kami makan sikit untuk alas perut..
7.15 dah siap bergambar raya ha ha.. awal kan.. 
7.30 dah gerak naik kereta.
7.39 dah siap parking kereta dan sampai dalam masjid.
Sampai je pagar masjid, ada sorang pakcik tunggu budak-budak.. dia bagi duit raya sikit sorang.. apa lagi.. seronokla semua kan.. sengih memanjang

Semua duk pegang duit raya.. happy je semua

Dari kiri: Anis, Hasya. Durrah, Amna (telekung biru), Yaya & Ilman.
Aku : tangkap gambar

Ilman paling excited kali ni.. Ilman.. mana-mana semua tempat dia akan excited.

So.. dari pukul 7.39 hingga selesai solat pukul 9 am.. (lama kan!), macam-macamla ragam diorang. Aku cuma risau satu je.. kalau ilman buang air besar.. hai la.. mesti susah nak gi toilet dengan orang ramai kan
Tapi alhamdulillah.. Allah permudahkan semua urusan kami solat. 
Since sampai awal kan, kami cop tempat duduk kat belakang sekali.. jadi ilman dan yaya boleh duduk kat dinding belakang main-main.
Tapi.. nak tunggu siap solat ni.. macam-macam la ragam.
tumbukla.. gocohla.. muncungla.. tarik tudungla.. baring tu tak payah cite la kan..

Tapi alhamdulillah.
selesai sudah
Moga diberi rezeki dan kesempatan lagi di masa akan datang

Selamat Hari Raya semua
Maaf zahir batin samada sengaja atau tak

Tuesday, June 12, 2018

27 Ramadhan

Alhamdulillah.. sudah 27 ramadhan
Berbaki 2 malam je lagi
Alhamdulilllah tahun ni dapat bertarawikh.. ke masjid bersama anak-anak
agak mencabar mula tu.. tapi sekarang semua dah ok
Kena banyak sabar dan ingatkan anak banyak kali pasal behave kat masjid

Durrah masih berpuasa penuh.. terawikh sentiasa bersama aku. baru darjah 1
Hebat
Hasya dah balik.. barulah complete rasanya
Projek kuih raya dah bermula.. tapi ha ha

Ok selamat berpuasa baki 2 hari lagi

Thursday, May 24, 2018

Ragam anak di waktu pagi

Ini biasa berlaku
bukan nak merungut.. tapi sekadar untuk kenang-kenangan bila mereka besar nanti..
kalau tak tulis nanti lupa.. macam Hasya, seingatku, dia jarang meragam waktu pagi.. Hasya sangat senang bangun pagi. Tapi tak pasti dan tak berapa ingat, berapa kali ragam paginya.. hmmm.. jadi, sementara aku masih ingat ragam si kecik yang lain ni, jomla baca ragam mereka ni.. yang kadang aku sengih je di pagi hari tapi kadang .. hmmmmmmmmmm hailaaaaaaaaaaa kan!

Tiap hari, berselang seli mesti ada salah sorang yang berdong dang sayang ni.
Jiran sebelah aku panggil 'pasang gesek' ha haaa

Contoh pagi ni, Durrah..
bangun sahur ok sengih -sengih sebab ada robot katanya yang tolong angkat dari tempat beradu, basuh muka, basuh tangan, makan sampailah beradu semula sementara tunggu subuh nak ke sekolah kan. Tapi.. .. kejut je bangun subuh.. terus pasang gesek.. aaa sudah.. berpanjanganla sampai naik kete.. huuuu

Tu giliran durrah. So yang lain tak pasang gesek ke?
Eh lupa. Juara bertahan pasang gesek.. Amna camne kan?
Ha ha.. cam biasa mesti ada gesek sikit.. volume 1 je masa bangun sahur tadi.. aku biar je sebab kejap je dalam 1 minit je camtu.. warm up pagi kut tu hi hi!
Amna ni kadang dulu .. (dulu tu bulan lepas kut).. boleh kata tiap hari pasang  gesek. Kadang volume 2, kadang 4.. aku biar je. Sebab dia akan diam sendiri bila dah naik kete.Tapi, tu lah.. letih juga dengar gesek lagu ni. Selalu aku tanya dalam dia duk nangis tu.. Amna.. pasang lagu apa tu? Didi ke apa? ha ha... lagi kuat gesek dia bunyi ha ha!
Opsss...ada kawan amna bacakah ni?
Tamara, Hana.. Hanis? Hope u can advise your bff ni eh..suh dia cabut bateri gesek dia ni

Selalunya kalau takde sape-sape nangis, aku akan usik...
oooooo bateri abis rupanya pagi ni

Kadang selalu dah pesan
tiap malam sebelum tido aku pesan
esok tutup gesek tu.. cabut bateri dia.. or off kan je..lagu dia dok best!
ok ibu.. amna dah cabut dah

Kadang aku selalu usik lagi
esok pasang lagu apa pulok? 
Haaaa semua gelak je
Haiiii laa manja ibu ni

Semalam semua ok. Gesek abis bateri kut ha ha!

Ilman selalunya ok. Sejak dua menjak ni, dia tido lagi masa hantar gi sekolah. Kalau dia bangun sendiri, tengok mood jugak. Tapi biasanya ok.. kalau dah ok tu, dia akan merangkak turun dari katil , then merangkak macam baby.. pastu sukalah bila semua orang usik...
ala laaa laaa.. tengok tu baby baru bangun .. merangkak dah ha..
tapi kadang meragam jugak
contoh kelmarin tu, abah gi keje awal. Biasa dia gi skolah dengan abah dia.. tapi kali ni aku hantar sebab abah gi awal..then lupa semalam nak pesan awal-awal malam tadi yang abah tak hantar. Jadinya meraung-raungla cari abah. Puas tipon bagai.. last-last diam sendiri bila pujuk duduk atas riba aku sambil bawa kete sama-sama. Ni dah biasa bagi aku..takpelah janji dia diam

Yaya?
Yaya ni minggu ni sangat bagus. Minggu ni la.. kalau tak, tiap ari jugak bunyi gesek. Minggu ni bagus sebab dah pesan awal-awal tiap malam sebelum tido.. esok jangan nangis, jadi good tau
Pastu bila dah ada orang lain pasang gesek, jadi agaknya automatik dia tak pasang gesek..
Lagi-lagi bila tiap-tiap kena puji good tak nangis kan..

Semua nangis ada?
Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Pernah semua pasang gesek serentak!
adussssss dussss! masa ni rasa nak nangis juga rasa.. ha ha!
sebb baik husband ada sekali uruskan budak-budak ni pagi hari.. kalau tak rasanya huru hara dah aku gi keje.. mau macam mak limah dah agaknya ha ha!

Sabarlah rtny..
maybe tak lama lagi aku akan rindu pada ragam mereka ni
Syukurlah pada ragam-ragam mereka ni
Ada mereka yang masih bersendirian bangun pagi
hanya menguruskan diri sendiri
ada yang menguruskan kucing kesayangan sebagai peneman
ada yang mengurusakan suami sahaja
ada yang menguruskan orang tua
ada yang menguruskan mereka yang sakit
dan macam-macam

inilah warna kehidupanku di waktu pagi
kadang menghiburkan.. kadang meletihkan
anggaplah ia penyeri terindah kehidupan
dalam membesarkan amanahNya ini
kelak aku akan sunyi ditinggalkan mereka
adakah mereka semua mampu melayan ragam aku yang tua ni nanti?
semoga anak-anak ibu dapat menjaga ibu abah yang makin tua ni pula nanti dengan baik
seperti mana ibu abah menjaga dan melayan kalian dengan begitu baik sekali


Pic: Ilman meragam di rumah tokma.. berebut mainan dengan cousin.. 
kalau dah ramai-ramai tu, normallah kalau tiap 15 minit dengar bunyi gesek.. ha! ha!


Ni pulak ilman di subuh hari.. by bye abah nak gi solat subuh mejid. Sengih-sengih je ha..
camtu lah anak-anak kesayangan ibu abah

Tuesday, May 22, 2018

6 Ramadhan

Alhamdulillah.. sudah menjengah 6 hari kita berpuasa

Durrah?
Durrah Khayla masih berpuasa penuh. Baru darjah 1. Jadi selalula kena puji-puji dia ni bagusla.. hebatla..  dan macam-macam
Awal-awal puasa memang lembik semacam. Semua makanan atau  minuman dia kata dia tak boleh tengok.. nanti teringin sangat katanya. Bukan bau ye.. tengok pun tak boleh. Tapi dalam lembik-lembik tu takdelah dia kata nak berbuka. Cuma time berbuka tu kena layan betul-betul. Tanya nak makan apa, air apa kuih apa. Time sahur pun camtu. Hubby akan angkat dia, basuhkan muka..suap sendirilah kan . Tapi dah sudah sahur, hubby angkat lagi Durrah untuk basuh tangan.. haaa macam puteri raja. Special benooo.. anak lain takde pulak special camtu benar..

Amna?
Macam biasa dah 11 tahun tak makan nasi kan. So makan apa? Setakat ni, pun aku layan je apa yang dia request. Biasanya kentang goreng, donut.. Sahur? honey star & susu, popia nestum, conflake madu, keropok, donut. Camtulah dia.. Makanan yang kita makan untuk kudap-kudapan tu lah menu utama dia. Semalam, berbuka dia makan kentang goreng dan cornflake madu. Sahur pagi tadi cornflake madu lagi. Jadi, stok makanan Amna memang sentiasa ready. Cornflake madu tu tak perlu tunggu raya..confirm abis dulu

Yaya dan ilman? Hmmm..cakap nak puasa tiap hari. Tapi tak sampai sejam dah order makanan. Weekend sabtu ahad baru ni, seb baik Durrah sabar bau makanan diorang. Tengahari aku suap nasi .,.pastu kuih itu kuih ni tak berenti makan dengan 'bak' lagi kan.

Aku dan husband?
Alhamdulillah.. aku dapat laluinya macam hari biasa. Hari pertama puasa, kolejku diberikan cuti khas sempena sambutan majlis konvokesyen kolej pada Sabtu lepas. Jadi dapatlah aku berehat..jenguk bonda jap kat rumah adik, pastu berehat je. Maklumla cuti kan.. he he
Husband macam biasa, awal Ramadhan dia akan selalu hadapi masalah penat.. tak stabil lagi katanya..Sekarang ni Alhamdulillah dah ok..hari pertama & kedua je tu penat.

Hmm.. ada satu rutin yang aku dan husband tengah praktis sekarang. Tak pernah buat lagi sebenarnya sebelum ni. Tapi dah 3 kali kami cuba rutin baru ni.. Masa pertama kali tu.. Allah.. menyesal pun ada rasa. Tapi, so far.. dah ok. Dah boleh biasakan diri, budak-budak pun dah ok..
Nanti aku cite eh.. hi hi..nanti bila dah betul-betul stabil

Oh ye.. lupa pulak nak cite.. hari pertama dan kedua puasa, tiap harilah ada suara budak nangis bangus sahur. Pastu nangis lagi time nak mandi & solat gi sekolah. Hmmm.. yang besar yang kecik sama je.
Tapi setakat semalam.. semua dah normal. Tu pun tiap malam kena remind.. kena bagitau...alahai anak.. camtu lah kan..Nanti dah besar, boring pulak tinggal aku dengan hubby je bangun sahur ..sape pulak nak nangis kan.. hi hi

#Menulis sekadar untuk ingatan

Friday, May 18, 2018

2 Ramadhan

Allah.. sudah 2 Ramadhan harini.
Didoakan semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari bulan yang mulia ni dan bersama dapat mengejar amalan yang patut diamalkan sepanjang bulan puasa ni..

Maafkan segala kesalahan saya dan keluarga, moga Ramadhan kali ni lebih baik untuk kita

Tuesday, May 15, 2018

Menulis bererti menangis
menangis tanda hati terluka.
tapi hatinya lagi parah pedih terluka!

Menulis bererti meluahkan
agar aku ingat
selamanya ingat
kisah pedih itu

Menulis bukan bererti menghukum
ia hanyalah untuk aku
supaya aku sedar
bahawa
dunia ini memang wujud
untuk dua hati yang berbeza
jauh bak langit dan bumi

9 May 2018
semua rakyat Malaysia akan mengingatinya sebagai tarikh penentuan
aku pun begitu mulanya
tapi
perancangan Allah itu lebih dalam pengetahuanNya !

9 May itu
kamu kamu dan kamu
yang sangat mulia dan berkedudukan
jujur mengakuinya
'Kita kan keluarga'
Berkali-kali

Tapi 9 May itu juga
kamu kamu dan kamu
berulangkali menyatakan
'Lari lari lari
Kalau kita kita lari'
berulangkali dan amat  mendalam
pedih mencucuk jiwa

Apakah maksudmu dengan perkataan 'kita keluarga' itu?
Inikah yang dikatakan keluarga?


Ibuku itu sudah tua
sudah uzur!
Ibuku itu hatinya sangat mudah terluka!
Kamu pun pernah punya ibu
Adakah kamu tak pernah punya perasaan untuk gembirakan hati ibu kamu itu?
Oh .. lupa.. katamu pada 9 May itu..
mereka itu telah tiada.. jadi, tidak perlulah dibicarakan kisah mereka
tidak perlulah dihirau pada janji mereka yang telah tiada itu lagi
janji mereka pada ibuku .. 'duduklah'
sebab janji itu hanyalah semasa hayat mereka masih ada lagi

Apakah kamu tidak punya perasaan itu?
jika keluargamu .. keluargamu sendiri..menyuruh kamu lari dari istana buruk itu?
Kamu menyuruh ibuku lari dari istananya yang telah dibina bertahun lamanya itu?
Istana yang dibina dari hasil titik peluhnya itu sendiri?
Oh mungkin aku lupa lagi..
Ibuku bukanlah sesiapa
Ibuku cuma maharaja di hati kami sahaja
Ibuku bukanlah sesiapa di hati kamu dan mereka itu juga mungkin


Tahukah kamu?
Itulah rumah yang mengajar kami erti dewasa
Yang sentiasa bernafas di segenap jiwa kami
Itulah rumah kesayangan bondaku
Bonda membesarkan dan mendidik kami bersendirian di sini.. bertemankan nenda
Oh.. aku lupa lagi
Istana ibuku itu bukanlah apa-apa
ia seumpama rumah tinggalan buruk sahaja.. bagi mereka itu..

Kami tidak inginkan apa-apa
cuma ketenangan untuk bonda
kegembiraan yang tak berbelah bagi bonda
yang entah berapa lama kami mampu menyenangkan hatinya
entah kami yang akan beransur dulu

Bertahanlah bonda
hingga akhir hayat kami
Jika kami yang pergi dulu
maafkan kami jika kami gagal mempertahankan kegembiraan dan kesenangan untuk bonda ini
Sedaya upaya kami cuba
untuk sentiasa bersedia
tapi jika tiba masa
jomlah kita lari bonda
lari bersama
untuk mencari kegembiraan di akhirat
lupakanlah duniawi yang dikejar mereka itu
berikanlah pada mereka
biarlah mereka berfikir semula
erti saudara yang mereka ungkapkan itu
adakah ikhlas atau lakonan ucapan semata?

Allah
Berikanlah ketenangan untuk ibu kami sentiasa..
Amin..



Thursday, May 3, 2018

DIY : Wainscoating Part 1 @ Kuantan

Hmmmm... sebenarnya dah lama angan-angan nak pasang benda ni..
tak tau lah nama dia apa.. until terbaca seorang blogger ni pun pasang benda ni.. wainscoating rupenya nama dia.. ha ha..! Tq share deco kat rumah u ni.. terus rasa nak buat juga kat rumah..nak jugak kan.. ha ha

Mostly kalau baca kos buat wainscoating ni agak mahal.. beribu-ribu!! Haaa mahal kan! Lebih 5 ribu tau!

So.. aku rasa yakin boleh buat! Chewaaahhh sangat kan!! Sebab aku ada Mr Mcgyver!!
 Haaaa sangat kan..

Maka.. banyak kali la aku duk bisik.. 
mula-mula tu bisik idea tukar cat baru dulu.. haa.. yang ni senang je .. terus lulus proposal!
Pastu bila bisik bab 'wainscoating'.. haaaa seperti dijangka...macam aku dululaa.. mendapa tu?
slow-slow la aku bisik .. bisik kut wassap.. ha ha.. jadi suruh dia google sendiri
banyak kali dan kali la aku bisik..
Sampai satu hari.. dia sendiri dah mula naik semangat plan gitu-gini .. kayu saiz gini.. deco gitu.. cat gini.. gaji gini dan macam-macam
jadi bila dia pun dah start enjin tu, jomla cepat-cepat aku bawa dia gi kedai kayu beli kayu wainscoating ni..
susah tau cari kayu ni, semua kedai hardware takde.. sampaila ada kedai cat suggest suruh tanya kedai perabut
then, kedai perabut yang bagitau nama kedai yang jual kayu-kayu untuk wainscoating dan deco-deco ni..
alahai rasa macam dah kecewa masa mula-mula tak jumpa cari kedai jual kayu ni tau

Ok.. tu mukadimah..hiii

So far, dah 2 minggu, baru siap 2 kotak.
Overall, prosesnya memang sangat rumit
Lagipun, buat time cuti je..hari kerja memang tak sempat nak bukak cerita ni dah tau
Kalau aku dah surrender.. confirm tak siap
Tapi aku tau... my man ni pasti akan buat sampai siap!
Aku macam dah slow sekarang.. tapi dia tak, lagi bersemangat adalah sekarang ni tau!! caiyok laaa!!

Pendapat aku kalau nak buat ni:

Kos : Mampu milik
Proses : 80% rumit, leceh, complicated, perlu details, semangat jati yang tinggi


Ni, aku teaser dulu setakat malam tadi..
Saiz deco : 4" x 2.5"

Ni first step :
1. Cat baru
Warna pilihan : Light purple
Warna lama : brown



Tarraa.. ni hasilnya.. matching dengan langsir kan :)


2. Pilih design kayu wainscoating
Bila gi kedai kayu ni, macam-macam pilihan ada.. siap ada sample kayu lagi.
PR kedai ni sangat bagus.. macam-macam guideline dia bagi untuk buat wainscoating ni.. melayu tau..
Recommended sangat pergi kedai ni..
Harga pun ok sangat.. within our budget!

Nanti aku cerita detail kayu yang kitorang pilih.

Step 3: Deco
Aku deco atas kertas dulu.. then hubby lakar kat dinding.
Ni nasihat orang kedai tadi la..
dia kata, garis siap-siap kat dinding lagi senang.. supaya nanti tak lari or tak senget kayu kita nanti..
Yeaa.. memang good sangat idea ni!!

Nah.. panjat laa tinggi-tinggi


Aku pun mesti la kena buat-buat sibuk juga a.k.a chef yang sediakan air dan makanan sekali supaya my man lebih mantop main panjat tangga kih kih!

Haaa.. tengok.. sampai ke syiling haa panjat..
Aku lah p.a, aku lah chef, dan akulah cameramannya ha ha.. well biasalah kan

Ok la.. nanti ada masa aku share lagi cara diy ni ok. 

Kemasan dia sangat leceh tau..



Thursday, April 19, 2018

Kolejku kini Kolej Universiti

Semalam.. tetiba tertengok bos kami yang sangat baik ni post gambar ni   dalam group wasap fakulti kami..

Tetiba terasa sesuatu..
Perasaan bangga atas penantian yang begitu lama dinantikan
Perasaan bangga pada wajah-wajah yang banyak menabur bakti dalam corak pentadbiran dan pentadbiran kolej sehingga akhirnya impian dan harapan besar itu tercapai
Hanya mereka dan orang tertentu yang memahami erti perjalanan sebuah kemenangan ini
Perasaan bangga aku pada wajah-wajah yang bertungkus-lumus dalam gambar ini
Perasaan bangga pada wajah mereka yang dulunya adalah sama seperti aku.. tapi kini.. nah..berdiri megah sebagai baris hadapan kolej.
Kalian semua memang hebat!

Walau beribu kepayahan
Walau ada rakan yang telah pergi menyahut seruan Ilahi.. al fatihah untuk arwah puan Salmi & arwah ustaz Syed
Walau ada rakan yang telah berpindah memilih alam kerjaya baru masing-masing
Walau ada juga yang memerhati dari jauh
Walau ada juga yang ...... dalam perjuangan ini... ye kuatkanlah semangat kalian kerana Allah itu sentiasa ada melindungimu

Walau banyak pahit maun manis dalam sebuah kejayaan
Buanglah yang keruh ambillah yang jernih
Bersatulah
Bersamalah
Untuk anak didik kita.. masa depan mereka

Syukur
12 tahun aku di sini
Tempat aku berkhidmat mencari rezeki
Tempat aku dan semua membantu jatuh bangun anak bangsaku untuk berjaya

Moga Allah sentiasa bersama dalam mencapai azam dan matlamat tinggi kami semua ini

Alhamdulillah

Tuesday, April 17, 2018

Pergi Fun fair di Kuantan

Wow pergi fun fair!! 
Yuhuuuu... sengih manjang anak aku sorang bila kabo.. jom kita gi funfair nak?
Bila last pergi fun fair? 
tak ingat dah.. tapi rasanya yang last pergi fun fair kat balok.


Al kisahnya... macam biasa hubby cuti jumaat sabtu . Sekolah amna pulak cuti jumaat sebab ada kem pengakap dan bahasa inggeris peringkat kebangsaan. So , terus hubby angkut semua anak dia yang tak sekolah balik kampung
Amna - sekolah cuti
Yaya - tadika.. so cuti aja hi hi
Ilman - taska.. lagi lah boleh cuti bila-bila
ha ha !!

Aku tak kisah pun sebenarnya.. sebab bukan senang juga kami nak balik kampung sama-sama. Maklumlah dia cuti jumaat sabtu, aku pulak cuti sabtu ahad. So kalau ada peluang, balik je terus.

Kemain happy diorang tau.. balik kampung sama-sama.
So..aku pun duk pikir apa aktiviti berfaedah aku boleh buat special untuk aku dan durrah.. macam reward la kan. Masa ni je lah boleh dating berdua je dengan durrah.

So, petang jumaat tu baru plan nak ke sini. Hubby kata ok je..
Hm.. lepas keje jumaat, ambil durrah dari transit, terus ke giant dulu sebab awal lagi. Makan dan solat maghrib dulu.. then baru datang sini. Fun fair ni sebelah giant je. Dari jauh dah nampak buai pusing dia dengan lampu kelip-kelip tu..

Sebelum masuk kena bayar tiket dulu
4 ringgit dewasa
2 ringgit kanak-kanak..
wah.. memang first class fun fair ni.. belum main apa-apa dah kena bayar kan

ni gambar kat dalam fun fair
(hi hi.. pakai baju kurung kafa pergi fun fair.. baiknya anak sape ni)
belakang tu buai pusing (euro wheel)
tiket : 4 token
1 token harga 2 ringgit
jadi harga ni adalah 8 ringgit sorang tak kira budak atau dewasa
aku tak naik yang ni.. tinggi sangat eh.. he he


ni super jet

selain dari games semua tu, macam biasa funfair mesti ada game yang tembak patungla, kail anak itik la, tembak bear la.. dan macam-macam. Kalau tak silap 3 token kat sini

Mula-mula main roller coaster ulat bulu ni dengan durrah. Aku tak nak naik mula tu, tapi takkan nak biar durrah naik sorang kan. Lagipun, barulah best pengalaman baru naik roller coster. Ni setakat naik Merry-go-round dah selalu jumpa kan. Jomlah Durrah.. 
Token : 4 seorang
Mula tu bagi 8 token la kan.
Tapi, pekerja ni baik hati..agaknya dia tengok durrah tu kecik dan tak effect cost dia pun.. means tak rugi karen kih kih.. jadi dia return 4 token semula. 
ok, jimat..! tq bangla.. moga u hidup senang cari rezki kat Malaysia untuk anak bini ye
Hmmm.. bagi aku mencabar la jugak bagi aku yang dah umur 4 series ni..
Tapi bila tanya durrah.. nak naik lagi? Naaakkkkk katanya.. ermm memang Gen Y sangat ! Eh Gen Z dah kan?

So ada baki 4 token tadi kan.
Durrah nak naik motor besar ni .
3 token untuk 2 minit.
Hmmm naikla nak.. padahal kat TC selalu ada benda gini kan huuu
Takpe la janji dia happy sebab dia yang pilih sendiri nak main apa


Eh .. dah habis gambar... alahai.. sorry tak banyak gambar
Lepas naik motor ni.. kami pusing-pusing je.. pastu ada baki lagi satu token.. bagi je kat budak yang baru nak masuk fun fair.. malas dah aku nak tambah beli token lagi he he

Bagi aku.. dia macam bagi keriangan la pada kids!
.. alaaa.. macam kalau nak gi genting tak berbaloi sebab tak wujud dah kan
lagi pun kos juga nak pergi sana

tapi kat sini confirm kids enjoy!
Kids mesti suka la..!
Janji poket mesti penuh okeh!

Dan bagi aku ni fun fair moden. 
walaupun agak mahal..
tapi bagus apa sebab terjamin dari segi safety.
Lagipun cuma perlu bayar tiket masuk dan token untuk main, takde dah kos travel kalau nak gi main tempat jauh 
tapi of course la gamenya tak sebanyak game kat genting or Legoland tu.. 
tapi ok sangat untuk happy kan anak-anak.

Hmm...maybe akan datang lagi dan bawa kids yang lain.
Tak fair la kan .. ni pun diorang tak tau.. Amna je tau tapi amna takpe, tak kecoh sangat he he
Cuma kena standby dalam seratus jugakla kut.. ye lah.. 
tiket masuk + token + makanan yang dijual dalam tu lagi..
oh ye.. dalam ni ada dijual air & minuman.. sediakan duit je ye..

Alright.. kalau nak tau detail.. boleh tengok klik kat bawah ni..



Kelass kan..! fun fair ada web site..! boleh tengok-tengok nak main apa dulu.. boleh buat budget dan korek tabung dulu kih kih (aku ler tu)

Ni antara game yang ada:

1. FAMILY RIDES
   - Dodgem car (kereta langgar)  - Euro wheel (buai pusing)   - Super jet   - X coaster   - Frightmare (rumah hantu)   - Spook    - Merry go round

2. KIDDIE RIDES
   - Day tona    - Samba ballon    - Roller coster (yang aku naik )   - Wave swings    - Formula 

3. THRILL RIDES
   - Challenger   - Sky rider   - Vortex   - Rock n Roll

Ok Enjoy your day.. !! 




Tuesday, April 3, 2018

Bonda tersayang datang rumah

Cerita bonda datang rumah ni boleh kira dengan jari..
Bonda agak susah nak berjalan jauh kecuali ada hajat tertentu
kali ni pun kedatangan bonda pun bersebab
so aku pun tumpang kidnap bonda datang rumah selalu..
bila lagi kan..

Bonda datang kejap je..
Sabtu datang..ahad dah balik semula.. sebab rumah aku takde orang pada hari kerja.
Bonda takut duduk rumah sorang sebab bonda kadang tak sihat.. nanti takde sape nak tengok katanya.. ye lah betul juga tu walau dalam hati nak suh bonda duk seminggu dua

Jadi, dalam kesempatan yang ada, kami bawa bonda ke pantai batu hitam jap.. makan cendol dan goreng pisang

Pasti tetiba terjumpa pulak dengan 2 orang ni.. terus ajak ilman ambil gambar
Ilman tak habis-habis nak beli baju ultromen
Seb baik ayat 'tunggu ilman besar baru boleh beli sebab baju tu beso' menjadi
Aduhai anak..!

Then ahad petang. dah ada tetamu vvip datang jemput bonda balik semula ke rumah beliau.. huu huu
Sempatla jamu makan nasi ayam dengan murtabak dari vvip dan egg tart

Ni menu pagi.. bonda kata nak belajar buat roti arab..


Petang.. aku buat egg tart.. big size terus ..buat dalam periuk pressure cooker philips.. senang je!
Kali ni second trial.. better la dari first trial aritu.. kerak dia keras. Kali ni aku kurangkan sikit tepung.. baru dia lembut.

Terima kasih bonda datang rumah ni
Walaupun bonda tak baca blog ni, tapi aku tau bonda cukup memahaminya..


Hari Anugerah Kecemerlangan PIBG Assunta 2018


Alhamdulillah.. Hasya dapat anugerah pelajar cemerlang lagi kali ni.
Sabtu lepas, 31 Mac 2018, PIBG SK Assunta menjemput semua 12 orang pelajar yang mendapat 6A dalam UPSR 2017.
Since aku dah naik pentas dengan Hasya masa terima Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kukurikulum di Assunta hujung tahun lepas, so aku bagi peluang (chewahhh.. peluang konon) pada hubby pulak untuk naik pentas kali ni. Kemain semangat kali ni ..:)

Tahiah kakak.. ibu abah bangga sangat dengan kakak. Moga kakak sentiasa bersyukur dengan rezeki kejayaan ini sokmo ye
Macam biasa.. semua nok ngikut abah ..naik pentas pun nak ikut.. hmmm naik je la anak.. moga satu hari.. anugerah ni untuk anak-anak ibu ni juga nanti inshaallah




Dapat sijil, plak anugerah yang sangat cantik, chocolate bouquet dan duit.. alhamdulillah

 Masa sesi ni .. kami duk telegram dgn hasya.. dia tengah prep.. so adalah line wifi. Dapatla dia tengok live gambar2 anugerah ni. 

Ni kawan-kawan hasya yang datang. Yang tudung hitam tu belajar di MRSM rasanya. Yang tudung labuh tu di SUPERB (ada 3 orang dapat masuk SUPERB kalau tak silap)..
Ada 3 orang yang tak datang.. wakil ibu bapa dan kakak.

Tahniah semua!! Auntie tumpang bangga atas kejayaan semua..
Semoga kejayaan akan terus menyusul lepas ni..amin

Dan.. yang paling bestnya.. 
adalah

Yeaaa!! aku dapat lucky no 47!
Wow.. dapat tupperware :) 
senyum lebar aku hi hi!
Dah la colour purple favourite aku, besar pulak tu.. alhamdulillah
Rezeki anak.. ibu pun dimurahkan rezeki sekali..

Anyway TQ assunta..
Aku memang suka anak-anak belajar kat sini..
macam ada magnet 
ha ha

Semoga Assunta terus berjaya mendidik anak-anak generasi akan datang dengan penuh cemerlang dan berdedikasi!

Monday, March 19, 2018

Complete!

Alhamdulillah..

Hasya balik cuti sekolah. Balik dengan bas je dengan senior dan form 1.
Dari TKC ke Komuter Seremban - 1 jam (naik bas TKC)
Dari Komuter Seremban ke Terminal bas TBS - 1/2 jam rasanya
Then naik bas Transnasional 6.30 pm dari TBS- sampai di Kuantan pukul 10.30 malam

Wah.. sape paling happy?
Mestilah aku dan Hasya..
tak habis-habis hasya cerita itu ini
tak abis-abis aku tanya cerita itu ini pada hasya
2 bulan tak balik rumah kan
Hasya memang betul-betul tak nak ke mana-mana.. nak rehat kat rumah je katanya
ajak mandi kolam kat de rhu pun tak nak
tapi kalau ajak gi shopping or makan? Eh.. mestila nak ikut.... !! ha ha ha.. kakak ni..

Seperti dijangka.. kakak memang kuat makan (dari dulu lagi)
So malam sampai rumah tu.. makan kueytiow goreng.. 2 pinggan
Sabtu
pagi - cucur bilis + cucur manis
Tengahari - nasi putih + talapia.. wahh kali ni semua menambah-nambah. Aku pun menambah kali ni.. happy kononnnn
Malam - dah janji nak makan luar.. mula tu plan ke brotherhood yang katanya sedap.. tapi tutupla pulak. So last minute tukar ke D'western Corner sahaja.. bolehla kan

Ahad
Pagi & tengahari - nasi lemak
Petang & malam
- Giant egg tart - sekali hadap habis diorang makan.. abah pun tak sempat makan
- bubur jagung
- roti jalan

Hari ni
- dah siap masak cucur manis + nasi kunyit + ayam
- tu pun siap tanya lagi.. kalau tak cukup camne ibu?
ha ha ha..

tunggu malam ni pulak
tinggal lagi beberapa hari hasya kat rumah
pizza belum, spageti belum,.. tungguuuuuuu!!

Alhamdulillah.. aku bersyukur seadanya

Friday, March 2, 2018

Kenapa pilih TKC untuk Hasya?

Haa.. tak habis lagi cerita pasal Hasya kan. Dah bulan Mac.. Hasya.. Hasya Hasya.. Bukan apa.. aku menulis supaya aku tak lupa akan special moment ini. Moga Hasya dan adik-adiknya pun faham kenapa ibu pilih TKC yang jauh ni untuk Kakak Hasya..

Masa isi borang permohonan online sekolah berasrama penuh, ada 1 satu je pilihan sekolah yang boleh dibuat. Tak macam MRSM, boleh pilih 3 tempat.

Kenapa pilih TKC?

1. Sejak Hasya menang peringkat sekolah, negeri dan kebanggsaan dan seterusnya mara ke peringkat akhir antarabangsa bagi pertandingan online essei di USM tahun lepas (dan mendapat tempat ke-5), aku rasa Hasya boleh pergi lebih jauh.. jauh dari apa yang aku sangkakan. Hasya juga sepatutnya layak untuk masuk sekolah yang lebih sesuai dengan kelayakannya mara ke peringkat antarabangsa tu. Aku pernah dengar nama TKC ni.. macam gah sikit la.. tapi aku tak sure sangat apa yang gahnya..
(Sampailah aku baru tau yang TKC ni adalah SBP yang pertama di Malaysia pada SPM 2016  masa taklimat ibu bapa tempohari..)

2. Apa yang aku ingat sangat dan adore sangat pasal TKC ni adalah, classmate aku a.k.a best student sekolah di SMPM Kuala Terengganu dapat sambung belajar di TKC masa Form 4. Masa tu barulah aku celik mata.. apakah TKC ni? Hebat sangatkah sampai best student beria-ria nak masuk TKC ni? Masa tu takde google untuk nak search pasal TKC. Aku cuma dengar kisah TKC yang sentiasa best ni dari surat-surat dia pada classmate aku yang lain. Aku bukanlah bff dia, tapi sebenarnya aku lebih dari adore pada dia. Macam idola la.. cuma idola sorok-sorok sebab tak nak nampak sangat kan.. ha ha. Sekarang ni dia dah jadi Pakar Doktor Mata.. kahwin pun dengan Doctor juga.. anak 5.. nampak sangat bertuah dan bahagia dia.. Alhamdulillah. (aku miss contact dengan dia masa form 5.. then terjumpa semula kat fb masa mula-mula zaman fb ni baru start.. masa ni kawan-kawan duk tag gambar kelas masa form 3, so dapatlah tau semula perkembangan dia.. sampai sekarang aku masih follow dia kat fb)

Tapi aku bukanlah nak Hasya jadi macam dia.. i mean kahwin dengan doctor.. ha ha..tapi, nama TKC pada masa tu buatkan aku masih teringat sampai sekarang. Tentang semua orang bercakap pasal TKC.. eh dia masuk TKC la.. Iya..? woww! Cikgu pun bercakap pasal dia masuk TKC!.. hmmm.. so semacam TKC tu sentiasa melekat .. dan macam adalah sedikit perasaan.. untungnya dia.. walhal aku tak tau pun sangat kenapa TKC menjadi sebutan semua orang masa tu.

Jadi, bila aku rasa Hasya ada peluang yang cerah untuk ke pergi lebih jauh, so why not kita apply TKC kan.. cuba jer.. kalau ada rezeki pergi, kalau tak dapat tak apa.. kita terima sahaja.. at least kita dah berusaha yang terbaik untuk Hasya. Itu sahaja

3. Sebab ke tiga adalah sekolah ni semua perempuan.. sama macam sekolah Assunta Kuantan. Aku tak kisah sangat pasal sekolah perempuan je ke..atau sekolah lelaki dan perempuan. Tapi faktor sekolah perempuan je buatkan ia jadi sebagai salah satu faktor pendorong kenapa aku pilih TKC untuk Hasya. Hasya pun setuju sebab ni sekolah perempuan dia suka.

4. Sejak Hasya selalu jadi antara top 3 student kat sekolah, adalah beberapa orang parents yang galakkan aku untuk hantar Hasya ke TKC. Hmm.. aku pun tak tanyalah kenapa.. (sebab nanti nampak sangat aku tak tau sangat pasal TKC ni,, he he.. sekadar tau nama je). jadi aku rasa TKC antara sekolah yang sesuai dengan Hasya.

5. Hati aku .. hati aku sentiasa berat pada TKC ni. Tak taulah kenapa.. Aku tak tau sangat dan tak teringin sangat nak buat survey beria pasal TKC ni.. tapi.. gerak hati ..mungkin dariNya untuk mendorong aku memilih TKC ni untuk Hasya..

Itu je kut sebab aku pilih TKC untuk Hasya.

Apa respond Hasya pasal TKC ni?

1. Kakak tak nak sebab jauh..
2. Kenapa ibu pilih sekolah jauh?
3. Apa TKC ni ibu? Kakak tak taula.. best sangat ke?
dan macam-macam soalanla dari Hasya

So jawapan ibu.

1. Tak apa.. kalau jauh, nanti ibu datang melawat kakak. Kalau hari cuti yang pendek je, kita gi bercuti area sana je.. cuti sambil holiday..  OK, dia setuju

2. Ibu rasa sekolah ni bagus untuk kakak tau. Ibu pun tak taulah bagus mana.. tapi ibu pasti kakak mesti suka kat sini nanti.

3. Kakak cuba tengok website TKC. Ibu dah tengok.. Ibu rasa kakak mesti happy duk sini sebab kakak kan tak suka duduk saja-saja je. Ibu rasa kat sini ada banyak aktiviti berfaedah kakak boleh buat tau.

Aku rasa.. adalah sekali je kut Hasya tengok web TKC. Aku pun adalah sekali dua je kut tengok web TKC. Entahla.. aku rasa .. kalau memang dah aku decide TKC sesuai untuk Hasya, tak perlulah aku beria-beria nak buat research pasal TKC lagi.. Pelik juga rasanya.. sebab biasanya akulah yang paling teliti sekali untuk buat sebarang keputusan.. Contohnya kalau nak gi bercuti, akulah yang akan beria survey sana-sini, baca review orang, tengok gambar sana sini dan macam-macam sampailah aku puas hati, then barulah buat keputusan. Tapi untuk TKC ni.. decide dulu YES, then barulah tengok-tengok sikit.. hmmm.. mungkin itulah gerak hati dariNya.. Kami ni cuma penyebab dan pendorong untuk Hasya sekolah di TKC ni.

Dan aku rasa.. pilihan TKC ni sangat tepat sekali

Sampai sekarang Hasya cakap..
Kakak tak pernah menyesal ibu hantar kakak kat sekolah ni..
Walau jauh?
Iye..walau jauh.. kakak suka sekolah sini..
betul ni?
Iye.. betul.. kakak seronok sini

ye.. alhamdulillah.. Hasya seronok, ibu dan abah lagi seronok

Nak tau tak.. setelah kami hantar borang permohonan SBP ni, kami dah beberapa kali buat keputusan.. keputusan untuk nak hantar atau tak hantar ke TKC ni.(kalau dapat TKC la.. kalau tak dapat senang cerita kan.)
Sebab pertama adalah jauh
Sebab kedua adalah susah nak jenguk selalu sebab jauh
Sebab ke tiga adalah takkan tak ada SBP lain di Kuantan ni yang bagus.. semua SBP kan bagus!
Sebab ke empat juga adalah masa.. husband kerja pada ahad.. so kalau kakak dapat sekolah jauh, husband kenala selalu ambil cuti ahad untuk hantar kakak balik..
dan macam-macam lagi

Tapi dalam duk buat keputusan tu, beberapa kali jugaklah aku ulang point aku pada Hasya dan hubby!
Ibu dulu takde peluang nak ke TKC.. kawan ibu tu hebat dapat masuk TKC tau!(walaupun aku tak pasti hebat manakah TKC sebenarnya sebab tak buat research sangat)
Jadi.. ibu rasa kakak ada peluang ..kita cubalah yang terbaik untuk Hasya
Hubby pun kadang menyampuk..
Betul kakak.. abah dulu pun takde peluang langsung nak masuk TKC tau.. sedih abah! (ha haaaa.. memangler dah awak tu lelaki kan.. confirm tak dapat masuk TKC.. main-main betul dia ni kan.. he he)

Ok, sebelum keputusan masuk SBP ni diumumkan, iaitu malam sebelum keputusan SBP diumumkan, Kami akhirnya decide..!

Kalau Hasya dapat TKC.. kita TAK AKAN PERGI TKC tau..
Kalau dapat sekolah selain TKC.. KITA AKAN PERGI!

ok SEMUA SETUJU DAH MASA NI..
masa ni banyak dah pro & cont yang kita duk bincang.
aku setuju, hubby setuju, Hasya pun setuju.
Ok fine.. kita tengok keputusan esok pagi ok

Aku kuat mengatakan.. Hasya takde peluang ke TKC sebab Ujian Segak kakak rendah. Ujian ini adalah ujian kecergasan. (Sebenarnya lebih kepada nak sejukkan hati supaya Hasya tak dapat ke TKC)
Hubby pulak kata.. Abah yakin kakak dapat masuk TKC ni. Kakak dapat banyak band 6. Ujian online haritu abah rasa kacang je bagi kakak. Cuma ujian segak je rendah.. Tapi abah yakin Kakak dapat sebab kakak dah masuk pertandingan sampai peringkat antarabangsa..
Tapi.. kalau dapat kita tak pergi ok.. kita ke SHARK je atau MRSM

Ok semua setuju dan tidur lena malam tu..
Sampailah pukul 5 pagi aku bangun.. tersedar whatsapp group Assunta duk heboh dah pasal diorang dah tengok result ke SBP ni..
Aku pun terus bangun dan check... dengan harapan yang tinggi agar Hasya dapat SBP Kuantan je.
Berdebar-debar masa buka web ni
Jeng jeng..
Sekali..

Tahniah.. dapat ke TKC!
Opss terkedu jap aku.
Hubby terus tanya.. camne? aku pun cakap.. haa kakak dapat TKC
Haaa.. kan betul abang cakap kakak mesti dapat TKC
Pastu.. hubby gi solat subuh masjid. Aku pun solat subuh kat rumah
Then.. termenung lagi aku.. ntahlah kenapa
Perasaan aku masa ni adalah kosong-sekosongnya
Takde perasaan.. nyesalnya kalau tak pergi
Takde juga perasaan.. jom la kita kena gi.. takkan tak nak pergi kakak dah dapat TKC ni!
Entahla.. aku cuma tenung je surat tawaran tu tanpa apa-apa perasaan.
Hubby balik masjid tanya lagi..agaknya dia tengok aku termenung jer kann
Doh camne.. TKC aa jomm..?
Haaa..? Aku dah macam... haaa..? OK.. TKC eh? Jadi EH.. sambil tersengih-sengih happy.
Iye.. TKC la..
Wahhh terus senyum lebar

Semua lupa dah pada keputusan semalam
Terus kejut Hasya untuk solat subuh
Kakak.. kakak dapat TKC.. kita gi TKC tau!
Haa.. haa ok ibu..
Tak taula.. dia happy ke terpaksa ke apa ke kan.
ha haa..

Paginya terus telefon bonda.
Hajat di hati nak telefon terus pukul 5 pagi tu.. tapi apa pulak nanti bonda pikir.. urgent sangat ke? hal kecemasan ke?
So.. sabar tunggu pukul 8 camtu ..
Terus bonda tanya..
Haa.. camna Hasya? dapat tak?
Dapat ma..
Alhamdulillah.. molek aa tu..
bila daftar?
dan berpanjanganla perbualan kami.. lebih kepada bersyukur dapat ke TKC

So.. GREEN LIGHT dah dapat dari Bonda.., so lagilah aku happy.
Bonda pernah cakap dulu.. masa dia tanya apply sekolah mana?
Aku cakap TKC.. kat Negeri Sembilan
Bonda cakap.. napelah jauh sangat .. takdok doh ke sekolah kat Kuantan tu? Kan ada banyak sekolah molek-molek dinung?
Ooo.. takpe .. nok suruh Hasya sekolah kat Seremban macam dia dulu lah tu. jawab bonda sendiri. (Aku dulu matrik kat Kolej Mara Seremban)
So, aku tak tau bonda sokong ke tak masa tu? Aku lebih banyak diamkan diri kalau dia tanya pasal SBP ni.. dengan harapan Hasya dapat SBP Kuantan je.. ha ha..
So.. alhamdulillah.. Allah memudahkan segalanya. Aku bersyukur dapat sokongan sepenuhnya dari bonda..
Terima kasih Ma.. Pilihan Ma.. sokongan Ma.. sentiasa tepat!

2-3 hari lepas keputusan ke TKC ni on, aku tanya lagi hubby (tak tanya awal-awal sebab takut keputusan berubah pulak kan.. hi hi)
Kenapa tetiba abang tukar keputusan gi TKC pulak? Kan malam tu kita dah decide tak kan pergi TKC kalau dapat?
Entahla.. bukan abang kata tak nak pergi.. tapi kalau nak pergi boleh je.. cuma jauh dan ada pro & cont la sikit. So dah dapat kita gi je la..
Laa.. pulak.. aritu dia yang beria kata tak payah pergi.. tak pe lah.. dah dia kata ok pergi.. so jangan tanya banyak.. dah dia support untuk ke TKC kita pergi . Aku pun sebenarnya dah putus harapan dan tak bersungguh sangat sebenarnya masa buat keputusan malam tu.. pergi pun ok tak pergi pun ok bagi aku.. takde faktor pendorong. So, bila hubby dah support 100%, teruslah aku pun ..ok kita decide ke TKC!! Yesss... akhirnya

Itulah ceritanya kisah kami dalam membuat keputusan ke TKC ni..

Semua yang terbaik itu dari Allah SWT.. yang buruk tu datangnya dari kami yang lemah ini
Terima kasih Allah atas peluang dan rezeki yang diberikan untuk anak kami Hasya Addini ni

Teruskanlah perjuangan dan impian ibu ye kakak ! :)

Friday, February 23, 2018

Sesi pendaftaran di Kolej Tunku Kursiah 12 Januari 2018

Suasana pada hari pendaftaran di TKC

Alhamdulillah.. setelah mendapat surat tawaran.. kami pun bersiap-siap semua barang keperluan yang perlu dibawa.. termasuklah membuat semua bayaran yang sepatutnya.
Semua bayaran wajib perlu dibayar di kaunter bank supaya ada cetakan komputer dan nanti tak perlu bawa cash dah ke TKC.. tunjuk je resit tu.

Ni je barang yang Hasya bawa.

1 beg roda isi pakaian
1 plastik ikea untuk isi botol air, payung, toiletries, hanger, stationeries dan lain-lain keperluan
1 beg isi buku, sijil dan alatulis
yang lain tu pakaian, telekung, towel dan lain-lain
Baldi, selimut, cadar dan beberapa keperluan lain wajib beli di koperasi sekolah.

Kami bertolak pukul 7 pagi dari Kuantan melalui Kuala Pilah.
Naik kereta Axia je sebab kereta Chery macam tak berapa sihat.. so lebih confident naik kereta axia lagipun minyak kan jimat.


Muat barang kakak dalam bonet..tak banyak sangat pun barangnya.

Pagi tu, sempatla aku masak untuk bawa bekal makanan. Aku memang suka bawa bekal..sebab yang pertama of coursela untuk berjimat. Yang ke-2 sebab lebih cepat.. order kat kedai ni kadang lambat.. lagipun boleh je budak-budak makan dalam kereta. Lapar jer terus boleh ngap he he

Aku masak nasi kunyit, nasi goreng, nugget dan ayam goreng.

Ni senarai barang yang perlu kakak sediakan. Semua dah settle kecuali pengesahan siji guru besar belum siap. Tak sempat.


So, setelah sekian lama, aku pun ambik semula tender jahit tudung sekolah.. a.k.a jahit jilbab sekolah sebab longgar. Kalau tak semua urusan jahit menjahit ni encik hubby yang buat. Aku dah lama surrender. Tapi demi Hasya ke TKC, aku jahit semula.. excited kan..ha ha!

Kami menginap di Homestay Sri Cempaka, Nilai. RM100 je semalam tau.
Aku suka sangat stay sini. Sebab utama mestilah murah kan.. untuk rumah teres 3 bilik. Sebab ke-2 adalah rumah adalah sangat cantik deconya. menarik dan moden style! Recommended sangat. Nanti ada masa aku nak buat review untuk homestay ni. Hingga hari ni, dah 2 kali kami menginap di sini. Memang tip top layanan dan selesa sangat-sangat.

Ni gambar kat depan homestay.. semua tengah excited nak hantar Hasya gi TKC termasuklah aku. Hasya rilex je.

Dalam surat tawaran, waktu pendaftaran start pukul 9.00 am. So kami sampai dalam pukul 8.45 am, tapi rupanya dah ramai orang mendaftar. Oh.. kalau tau boleh start awal, kami datang awal. Tak rugi masa. So kalau ada adik-adik yang nak datang daftar tahun-tahun akan datang, bolehlah datang awal tau.. Senang, ciap cepat!

Lepas daftar kat kaunter utama, diorang bagi tag nama, bagi nombor pendaftaran, kelas, dorm dan rumah sukan.

Then kami ke kelas untuk proses seterusnya.

Tannga dari dewan utama ke kelas. 
Kat sini memang cantik.. memang cantiklah! Tak macam sekolah. Betul-betul macam kolej. Jadi, perasaan sedih nak hantar kakak pun macam hilang jap sebab semua excited dengan sekolah baru yang sangat cantik ni.

Ni keadaan dalam kelas. Semua pelajar yang uruskan dari kaunter pendaftaran utama di dewan tadi sampai selesai daftar kat dorm. Cikgu cuma tengok-tengok je tau..memang boleh harap betul diorang ni.. kagum pun ada masa ni.
Keadaaan dalam kelas. Kami sedang tunggu giliran. Ada beberapa kaunter lagi dalam kelas ni untuk proses pendaftaran seterusnya. 

Ni je cikgu yang ada..dia cuma tengok-tengok je. Yang lain semua student form-4 yang uruskan.


Ni kaunter 1 (yang ada budak baju merah ni)
Mostly semua kaunter ni untuk serahkan borang-borang berkaitan, isi borang tambahan, buat file baru, ambil kuncik locker, serahkan slip bank bayaran dan ada juga kaunter bantuan khas untuk keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500. 
Rasanya semua dalam 6 kaunter kut kat dalam kelas ni. Masa ni sempatlah aku beramah mesra dengan student form 4 ni juga.. tanya makanan kat sini ok tak.. kat sini best tak.. belajar camne.. ha ha .. macam-macam soalan, mak -mak kan. Hasya diam jer. Macam aku lah yang nak nak duk sekolah ni. hi hi.

Hasya yang galas beg hitam. beratur untuk ke kaunter ke-2.
Dalam kelas ni, semua pelajar guna Ipad.. memang kat sini sistem pembelajarannya adalah menggunakan ipad. Dah contact anak pun pakai ipad. Tapi masa ni aku tak beli lagi ipad untuk Hasya. After Chinese New Year baru belikan dan bagi pada Hasya. Sebab?
Oh sebab pertama adalah.. kekurangan modal. Almaklumlah.. untuk nak daftar ni pun macam-macam bayaran dah kena buat, PIBG, Yuran asrama, yuran dobi, yuran koperasi dan macam-macam. Nanti aku cerita lagilah pasal ni lenkali. 
Sebab ke-2 adalah pengetua dah maklumkan yang penggunaan ipad sepenuhnya akan bermula selepas CNY. Pengetua pun consider jugaklah pasal parents yang dah banyak keluarkan duit pada awal tahun ni... so alhamdulillah.. legalah sikit. Takdelah semuanya nak kena settlekan sekaligus.

Ni suasana luar kelas. 

Kelas dan bangunan kelas memang cantik dan selesa sangat.

Ni file peribadi Hasya. Moga kekal sampai form 5 ye kakak.

Settle urusan di kelas tadi, kami ke bilik lain pula untuk buat kad library rasanya.

Tengok, semua student yang uruskan. Takde cikgu pun kat sini.
Masa ni diorang tengah ambil gambar untuk buat kad library. 


Oh ye.. mana Ilman dan Yaya masa aku tengah sibuk uruskan Hasya?
Ha ha.. ni dia

Ilman, Yaya dan Abahnya.. sedang sibuk mengail anak itik

Semua tempat dibawanya pancing dan anak itik. Tak sia-sia beli kat DIY semalam. Seronok sangat dia.

Then 10.30 semua proses pendaftaran ditangguhkan sekejap sebab ada taklimat ibu-bapa di dewan sekolah. Masa ni banyaklah information yang disampaikan oleh Pengetua, YDP PIBG dan HEM. 

Masa ni Pengetua tengah berucap.

Ilman sampai tertidur penat mengail anak itik.. ha ha.
Tapi seriously, dewan sekolah ni memang sangat cantik dan selesa.. Gah la orang cakap.

Masa taklimat ni lah baru aku tau..
yang TKC adalah SBP No. 1 di Malaysia... Owh.. ye ke? Aku tak tau pun pasal tu.. dan aku tak selidik pun pasal tu. Aku sebenarnya ada sebab lain kenapa aku pilih TKC untuk Hasya. Nantilah aku share ye. Hasya dan hubby memang dah tau sebab tu.. so sebab tu lah Hasya setuju untuk masuk sekolah ni walau jauh.. (err.. ke terpaksa dalam redha eh kakak?)

Masa taklimat ni juga, Pengetua maklumkan yang ada 1,200 permohonan untuk kemasukan ke TKC. Tapi yang berjaya cuma seramai 160 orang pelajar.
Owh.. masa ni aku rasa bersyukur sangat sebab Hasya diberi peluang dan terpilih ke TKC.

Masa taklimat ni jugalah YDP PIBG berpesan pada ibu bapa..
lepaskanlah anak-anak di sini.
Biarlah mereka berdikari di sini
Tak perlulah nak tau perkembangan anak setiap 1 jam di sini.
Nama pun sekolah berasrama penuh 
Dan 
Dia pun tau.. setelah 12 tahun menatang anak bagai minyak yang penuh,
 banyak perkara yang diambil kira sebelum membuat keputusan untuk hantar anak di TKC ni.. ye betul tu., aku setuju sangat.
Jadi, setelah mereka terpilih.. teruskanlah dengan keputusan menghantar mereka di sini. Biar mereka belajar disini
Berilah kepercayaan sepenuhnya pada guru-guru disini untuk mendidik mereka pula

Ye.. aku pegang pada prinsip itu. Aku serahkan Hasya di bawah didikan guru-guru hebat di TKC dan di bawah peliharaan Allah selalu hendaknya.

Bagus taklimat kali ni
Taklimat selesai dalam pukul 12 lebih. then aku teruskan lagi proses pendaftaran yang belum selesai.. ambil sticker kereta, ukur saiz baju dan lain-lain

Oh ye.. kat tepi dewan sekolah ada ATM ambank. Meps pun ada.. so senang kids nak ambil duit kat sini.


Lepas makan jap kat cafenya yang cantik tu.. kami terus ke dorm.
Masa parking kereta, terus ada fasi form 4 yang dah tunggu dah bawa ke dorm.
Fasi ni ajar semua cara nak pasang cadar, susun barang, lipat baju dan macam-macam. Kesian aku tengok fasi ni.. bersungguh-sungguh ajar Hasya.. dari A to Z. Sampai settle. Bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 4 lebih kut.




Ok dah settle semua, Hasya solat asar dulu. Kami perlu beredar sebelum pukul 5. So rushing jugaklah masa ni sebab Hasya belum lunch. Makanan kat cafe tadi dah habis. Then kami pergi cari makanan untuk Hasya, then hantar semula ke dorm.. luar dorm je. tak boleh masuk dorm masa ni.

Hmmm.. nangis tak ibu?
Soalan cepu mas yang semua orang duk sibuk tanya.. dah jawab tu tak percaya-caya jugak kan.. 
Percaya la.. pas aku cite ni eh.

Oleh kerana hubby dah tau dah.. dia memang dah tau.. aku ni memang sure bercucuran ayaq mata lah kan.. so, selalu sangatlah dia duk usik aku dengan kids..
Haaa tengok ibu tu.. tengok tu..
Rilex aa ibu..
Pastu semua gelak duk tengok aku..
Ha ha .. jadinya aku yang dari nak nangis.. terus jadi terdiam dan sengih-sengih malu 

Then.. masa Hasya nak tinggalkan kami masuk dorm.. masa nak bye-bye tu.. time tu hujan.
So, aku salam peluk cium dalam kereta jer.
Then hubby cepat-cepat turun ambil payung hantar Hasya ke dorm.. alaaaaa.. dia dah tau dah.. kalau aku yang turun, mesti banjir kan.. jadi cepat-cepat dia potong line.
So, dari kejauhan, di balik rintik hujan dalam kereta, aku tengok jerlah diorang bersalam dan berpelukan sambil bye-bye kat luar dorm tu.. Hu..
Baru nak nangis jer.. terus Ilman kacau balik.. dah bila masa aku nak feeling sedih-sedih tu..? hi hi

Okla.. panjang dah ni.. 
lenkali aku cite lagi ye
sekadar untuk kenangan 




gambar first day outing dengan Hasya selepas 2 minggu tak jumpa.



Daisypath Anniversary Years Ticker
babies
baby

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini