Banyak nak cerita.. supaya aku tak lupa..
Banyak nak share.. supaya aku ingat moment perpisahan itu
Tapi.. masa selalu menjauh.
Seakan dengki pengalaman baru aku itu..
Yang sakit tapi indah
Yang perit tapi membahagiakan..
Ni kisah semalam. 2 hari kami ke sana.
Sabtu - kami jumpa dari jam 12.30 pm ke 6pm shj. Outing day. Kami sekadar ke aeon Seremban 2 untuk beli barang dan makan. Then rehat kat hotel budget S2 RM100.. semua tido penat kecuali Hasya.
Hasya macam biasa.. selera sokmo makan
Ni pulak semalam. Datang melawat sahaja. Dari 12.30pm.. makan-makan then 1.45 pm kami pun bergerak balik.
Alhamdulillah.. Hasya memang seronok kat sini. Aku yakin dia akan happy kat sini.. sebab tempatnya memang cantik.. then ada banyak aktiviti kat sini . Yang penting sekali, favourite spot Hasya, kat mana lagi kalau bukan kat library.. memang superb librarynya. Tu lah faktor daya tarikan utama hasya si ulat buku.
Hasya request nak jadi librarian... aku support sepenuhnya..! Ada 3 step ujian nanti katanya. Takpe.. cuba dulu. Kalau ada rezki alhamdulillah.. kalau takde, focus pada ujian memanah after chinese new year nanti k!
Ok la.. ada masa akan ku tulis lagi.
Detik-detik indah perpisahan sementara di Kolej Tunku Kurshiah
We love you sayang!
Take care..
Ku serahkan segalanya di kejauhan ini kepadaNya untuk melindungi dan menjaga Hasya pinjaman sementaraNya kepada kami.