Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, February 23, 2018

Sesi pendaftaran di Kolej Tunku Kursiah 12 Januari 2018

Suasana pada hari pendaftaran di TKC

Alhamdulillah.. setelah mendapat surat tawaran.. kami pun bersiap-siap semua barang keperluan yang perlu dibawa.. termasuklah membuat semua bayaran yang sepatutnya.
Semua bayaran wajib perlu dibayar di kaunter bank supaya ada cetakan komputer dan nanti tak perlu bawa cash dah ke TKC.. tunjuk je resit tu.

Ni je barang yang Hasya bawa.

1 beg roda isi pakaian
1 plastik ikea untuk isi botol air, payung, toiletries, hanger, stationeries dan lain-lain keperluan
1 beg isi buku, sijil dan alatulis
yang lain tu pakaian, telekung, towel dan lain-lain
Baldi, selimut, cadar dan beberapa keperluan lain wajib beli di koperasi sekolah.

Kami bertolak pukul 7 pagi dari Kuantan melalui Kuala Pilah.
Naik kereta Axia je sebab kereta Chery macam tak berapa sihat.. so lebih confident naik kereta axia lagipun minyak kan jimat.


Muat barang kakak dalam bonet..tak banyak sangat pun barangnya.

Pagi tu, sempatla aku masak untuk bawa bekal makanan. Aku memang suka bawa bekal..sebab yang pertama of coursela untuk berjimat. Yang ke-2 sebab lebih cepat.. order kat kedai ni kadang lambat.. lagipun boleh je budak-budak makan dalam kereta. Lapar jer terus boleh ngap he he

Aku masak nasi kunyit, nasi goreng, nugget dan ayam goreng.

Ni senarai barang yang perlu kakak sediakan. Semua dah settle kecuali pengesahan siji guru besar belum siap. Tak sempat.


So, setelah sekian lama, aku pun ambik semula tender jahit tudung sekolah.. a.k.a jahit jilbab sekolah sebab longgar. Kalau tak semua urusan jahit menjahit ni encik hubby yang buat. Aku dah lama surrender. Tapi demi Hasya ke TKC, aku jahit semula.. excited kan..ha ha!

Kami menginap di Homestay Sri Cempaka, Nilai. RM100 je semalam tau.
Aku suka sangat stay sini. Sebab utama mestilah murah kan.. untuk rumah teres 3 bilik. Sebab ke-2 adalah rumah adalah sangat cantik deconya. menarik dan moden style! Recommended sangat. Nanti ada masa aku nak buat review untuk homestay ni. Hingga hari ni, dah 2 kali kami menginap di sini. Memang tip top layanan dan selesa sangat-sangat.

Ni gambar kat depan homestay.. semua tengah excited nak hantar Hasya gi TKC termasuklah aku. Hasya rilex je.

Dalam surat tawaran, waktu pendaftaran start pukul 9.00 am. So kami sampai dalam pukul 8.45 am, tapi rupanya dah ramai orang mendaftar. Oh.. kalau tau boleh start awal, kami datang awal. Tak rugi masa. So kalau ada adik-adik yang nak datang daftar tahun-tahun akan datang, bolehlah datang awal tau.. Senang, ciap cepat!

Lepas daftar kat kaunter utama, diorang bagi tag nama, bagi nombor pendaftaran, kelas, dorm dan rumah sukan.

Then kami ke kelas untuk proses seterusnya.

Tannga dari dewan utama ke kelas. 
Kat sini memang cantik.. memang cantiklah! Tak macam sekolah. Betul-betul macam kolej. Jadi, perasaan sedih nak hantar kakak pun macam hilang jap sebab semua excited dengan sekolah baru yang sangat cantik ni.

Ni keadaan dalam kelas. Semua pelajar yang uruskan dari kaunter pendaftaran utama di dewan tadi sampai selesai daftar kat dorm. Cikgu cuma tengok-tengok je tau..memang boleh harap betul diorang ni.. kagum pun ada masa ni.
Keadaaan dalam kelas. Kami sedang tunggu giliran. Ada beberapa kaunter lagi dalam kelas ni untuk proses pendaftaran seterusnya. 

Ni je cikgu yang ada..dia cuma tengok-tengok je. Yang lain semua student form-4 yang uruskan.


Ni kaunter 1 (yang ada budak baju merah ni)
Mostly semua kaunter ni untuk serahkan borang-borang berkaitan, isi borang tambahan, buat file baru, ambil kuncik locker, serahkan slip bank bayaran dan ada juga kaunter bantuan khas untuk keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500. 
Rasanya semua dalam 6 kaunter kut kat dalam kelas ni. Masa ni sempatlah aku beramah mesra dengan student form 4 ni juga.. tanya makanan kat sini ok tak.. kat sini best tak.. belajar camne.. ha ha .. macam-macam soalan, mak -mak kan. Hasya diam jer. Macam aku lah yang nak nak duk sekolah ni. hi hi.

Hasya yang galas beg hitam. beratur untuk ke kaunter ke-2.
Dalam kelas ni, semua pelajar guna Ipad.. memang kat sini sistem pembelajarannya adalah menggunakan ipad. Dah contact anak pun pakai ipad. Tapi masa ni aku tak beli lagi ipad untuk Hasya. After Chinese New Year baru belikan dan bagi pada Hasya. Sebab?
Oh sebab pertama adalah.. kekurangan modal. Almaklumlah.. untuk nak daftar ni pun macam-macam bayaran dah kena buat, PIBG, Yuran asrama, yuran dobi, yuran koperasi dan macam-macam. Nanti aku cerita lagilah pasal ni lenkali. 
Sebab ke-2 adalah pengetua dah maklumkan yang penggunaan ipad sepenuhnya akan bermula selepas CNY. Pengetua pun consider jugaklah pasal parents yang dah banyak keluarkan duit pada awal tahun ni... so alhamdulillah.. legalah sikit. Takdelah semuanya nak kena settlekan sekaligus.

Ni suasana luar kelas. 

Kelas dan bangunan kelas memang cantik dan selesa sangat.

Ni file peribadi Hasya. Moga kekal sampai form 5 ye kakak.

Settle urusan di kelas tadi, kami ke bilik lain pula untuk buat kad library rasanya.

Tengok, semua student yang uruskan. Takde cikgu pun kat sini.
Masa ni diorang tengah ambil gambar untuk buat kad library. 


Oh ye.. mana Ilman dan Yaya masa aku tengah sibuk uruskan Hasya?
Ha ha.. ni dia

Ilman, Yaya dan Abahnya.. sedang sibuk mengail anak itik

Semua tempat dibawanya pancing dan anak itik. Tak sia-sia beli kat DIY semalam. Seronok sangat dia.

Then 10.30 semua proses pendaftaran ditangguhkan sekejap sebab ada taklimat ibu-bapa di dewan sekolah. Masa ni banyaklah information yang disampaikan oleh Pengetua, YDP PIBG dan HEM. 

Masa ni Pengetua tengah berucap.

Ilman sampai tertidur penat mengail anak itik.. ha ha.
Tapi seriously, dewan sekolah ni memang sangat cantik dan selesa.. Gah la orang cakap.

Masa taklimat ni lah baru aku tau..
yang TKC adalah SBP No. 1 di Malaysia... Owh.. ye ke? Aku tak tau pun pasal tu.. dan aku tak selidik pun pasal tu. Aku sebenarnya ada sebab lain kenapa aku pilih TKC untuk Hasya. Nantilah aku share ye. Hasya dan hubby memang dah tau sebab tu.. so sebab tu lah Hasya setuju untuk masuk sekolah ni walau jauh.. (err.. ke terpaksa dalam redha eh kakak?)

Masa taklimat ni juga, Pengetua maklumkan yang ada 1,200 permohonan untuk kemasukan ke TKC. Tapi yang berjaya cuma seramai 160 orang pelajar.
Owh.. masa ni aku rasa bersyukur sangat sebab Hasya diberi peluang dan terpilih ke TKC.

Masa taklimat ni jugalah YDP PIBG berpesan pada ibu bapa..
lepaskanlah anak-anak di sini.
Biarlah mereka berdikari di sini
Tak perlulah nak tau perkembangan anak setiap 1 jam di sini.
Nama pun sekolah berasrama penuh 
Dan 
Dia pun tau.. setelah 12 tahun menatang anak bagai minyak yang penuh,
 banyak perkara yang diambil kira sebelum membuat keputusan untuk hantar anak di TKC ni.. ye betul tu., aku setuju sangat.
Jadi, setelah mereka terpilih.. teruskanlah dengan keputusan menghantar mereka di sini. Biar mereka belajar disini
Berilah kepercayaan sepenuhnya pada guru-guru disini untuk mendidik mereka pula

Ye.. aku pegang pada prinsip itu. Aku serahkan Hasya di bawah didikan guru-guru hebat di TKC dan di bawah peliharaan Allah selalu hendaknya.

Bagus taklimat kali ni
Taklimat selesai dalam pukul 12 lebih. then aku teruskan lagi proses pendaftaran yang belum selesai.. ambil sticker kereta, ukur saiz baju dan lain-lain

Oh ye.. kat tepi dewan sekolah ada ATM ambank. Meps pun ada.. so senang kids nak ambil duit kat sini.


Lepas makan jap kat cafenya yang cantik tu.. kami terus ke dorm.
Masa parking kereta, terus ada fasi form 4 yang dah tunggu dah bawa ke dorm.
Fasi ni ajar semua cara nak pasang cadar, susun barang, lipat baju dan macam-macam. Kesian aku tengok fasi ni.. bersungguh-sungguh ajar Hasya.. dari A to Z. Sampai settle. Bayangkan dari pukul 2 sampai pukul 4 lebih kut.




Ok dah settle semua, Hasya solat asar dulu. Kami perlu beredar sebelum pukul 5. So rushing jugaklah masa ni sebab Hasya belum lunch. Makanan kat cafe tadi dah habis. Then kami pergi cari makanan untuk Hasya, then hantar semula ke dorm.. luar dorm je. tak boleh masuk dorm masa ni.

Hmmm.. nangis tak ibu?
Soalan cepu mas yang semua orang duk sibuk tanya.. dah jawab tu tak percaya-caya jugak kan.. 
Percaya la.. pas aku cite ni eh.

Oleh kerana hubby dah tau dah.. dia memang dah tau.. aku ni memang sure bercucuran ayaq mata lah kan.. so, selalu sangatlah dia duk usik aku dengan kids..
Haaa tengok ibu tu.. tengok tu..
Rilex aa ibu..
Pastu semua gelak duk tengok aku..
Ha ha .. jadinya aku yang dari nak nangis.. terus jadi terdiam dan sengih-sengih malu 

Then.. masa Hasya nak tinggalkan kami masuk dorm.. masa nak bye-bye tu.. time tu hujan.
So, aku salam peluk cium dalam kereta jer.
Then hubby cepat-cepat turun ambil payung hantar Hasya ke dorm.. alaaaaa.. dia dah tau dah.. kalau aku yang turun, mesti banjir kan.. jadi cepat-cepat dia potong line.
So, dari kejauhan, di balik rintik hujan dalam kereta, aku tengok jerlah diorang bersalam dan berpelukan sambil bye-bye kat luar dorm tu.. Hu..
Baru nak nangis jer.. terus Ilman kacau balik.. dah bila masa aku nak feeling sedih-sedih tu..? hi hi

Okla.. panjang dah ni.. 
lenkali aku cite lagi ye
sekadar untuk kenangan 




gambar first day outing dengan Hasya selepas 2 minggu tak jumpa.



Daisypath Anniversary Years Ticker
babies
baby

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini