Jom CLICK untuk auto CLICK disini.. :)

Friday, February 15, 2019

Yang indah-indah

Assalamualaikum
Allah.. lamanya tak update blog.. 
banyak aktiviti, banyak kerja, banyak komitment

alhamdulillah, dimurahhan rezeki 2018 dan ditambahkan lagi dengan rezeki 2019 yang tak di sangka- sangka.. semuanya rancanganNya semua

Antara aktiviti atau hajat aku yang kesampaian..

1. Cat pagar
Bersungguh-sungguh addin-addini cat pagar .. tengah panah dering pulok tu..
Thank you sayang ibu


2. Aktiviti biasa.. taman tasik bandar


3. 5 ekor anak kucing comel
Kami baru je hilang anak kucing, Oden. Kucing tu ada kisahnya sendiri yang buatkan aku sayang sangat kat dia. Hubby selamatkan kucing tu dari terkurung dalam bilik gelap, area Dungun. Kebetulan je singgah situ sementara tunggu rombongan nak ke rumah pengantin tiba.. Kucing tu macam nak ucapkan terima kasih kat hubby. Dia baik sangat.. pandai bawa diri Sempat bermanja dengan dia sebulan je, pastu hilang tak balik-balik. Moga dia dalam lindungan orang-orang yang baik

So lepas Oden hilang, ada kucing lain yang memang selalu datang rumah kami, beranak 5 ekor.. haa terus dapat ganti 5...tapi tetap tak sama kan dengan Oden. Sampai sekarang aku rindu Oden


4. Rezeki makan bersama keluarga


5. Rezeki berjumpa dengan kesayangan semua.. Abang Long Ahmad yang sekarang belajar di Tahfiz Beserah.. hari-hari acik boleh datang pasni tau


6. Rezeki ditemukan dengan cikgu Mak. Cikgu pengasuh yang menjaga Ilman , Aby, Yaya hampir 2 tahun.. sekarang semua dah sekolah kat tempat baru.. 



7. Rezeki yang tak disangka-sangka dapat meraikan birthday kesayangan ramai ni selepas menghilang beberapa tahun.. Sungguh satu ketika itu semua orang rindu padanya. Alhamdulillah moga rindu itu terubat kini


8. Rezeki dimudahkan urusan Hasya pergi dan balik ke TKC dengan tambang murah Air Asia. Kalau Mas, memang tak mampu la nak hantar naik flight sokmo

9. Rezeki dikurniakan anak-anak yang sihat, saling mengasihi

aku suka gambar ni.. Kakak memang suka manjakan adik-adik dia..

Yang ni tak nak kalah dengan kakak.. ha ha!

Sweet memories

Ni sweet tak?


Budak hensem yang sentiasa menghiburkan

Tapi sekarang.. detik ini.. Ilman dah hampir menjauh dari ibu..
Ilman bukan lagi manja yang tidur bersama ibu..
Ilman suka tidur sendiri..
itu ok lagi
tapi kadang
ilman tetap nak tidur dengan boy
sebab boy mestilah dengan boy..
owh anak.. camne lagi 2 tahun?
sape nak tidur dengan ibu

Apa pun.. syukur atas rezeki yang tak pernah putus ini
Alhamduliillah


Daisypath Anniversary Years Ticker
babies
baby

Happy Birthday Princess!

Hasya Addini

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Same dress, toys and bed..but different Addini